Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terasa macam baru semalam menulis entri “Goodbye 2010, Welcome 2011” dan “Melangkah Tahun Baru 2011 dengan Niat yang Betul“, kini kita sudah melangkah ketahun baru 2012. Ini bermakna usia kita semakin pendek untuk berada di dunia dan semakin dekat ke alam akhirat. Apakah pencapaian kita tahun 2011 lebih baik daripada pencapaian 2010 atau mungkin kehidupan kita lebih banyak ujian berbanding 2010. Walau apapun yang berlaku samada yang baik atau yang susah pasti semuanya itu ada hikmah bagi mereka yang bersabar.
Kehidupan ini tidak lari dengan ujian ALLAH SWT. Senang-susah, berjaya-gagal, kahwin-cerai, kaya-miskin, sihat-sakit, gembira-duka, hidup-mati semua ini adalah sifat berlawan yang pasti akan ada dalam kehidupan manusia. Tidak semua yang kita rancang akan menjadi dan banyak perkara yang tidak dirancang datang menerjah hidup pada masa yang tidak dijangka. Terima sahaja ketentuan ALLAH SWT dengan redha pasti kita tidak akan merasa susahnya hidup ini. Kita akan merasa hidup ini tersangat susah apabila kita cuba melawan takdir yang telah ditentukan ALLAH SWT. Peritnya hidup dimadu apabila kita tidak menerima hakikat takdir dari ALLAH SWT. Tulis senang tapi untuk dipraktikkan bukan mudah tetapi itulah hakikat kehidupan.
Alhamdulillah blog Denaihati melalui berbagai transformasi sepanjang 2011. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang terlibat secara lansung dengan blog Denaihati iaitu Kak Jie, Ariffshah, Anarm, Shahril, Jaws, Serverfreak dan Eizil juga kepada semua sponsor yang sudi bersama dengan semua contest yang pernah dianjurkan sepanjang 2011. Ucapan billion terima kasih kepada 1.1 juta Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu singgah dan berkongsi idea sepanjang tahun 2011.
Berbagai perancangan sedang dibuat untuk 2012 untuk mengukuhkan kehadiran blog Denaihati dan yang paling utama untuk memperkasakan tagline Hidupkan Untuk Memberi. 2012 akan membawa dimensi baru kepada blog Denaihati bersama dengan Rakan Blogger yang setia bersama. Kejayaan itu kurang bermakna seandainya tidak dapat membawa Rakan sekeliling berjaya bersama.
Welcome 2012, Goodbye 2011. Semuga 2012 bakal diwarnai dengan berbagai rempah ratus kehidupan yang akan dapat kita harungi dengan tabah dan redha. Jangan berangan-angan dengan masa depan yang belum tentu tetapi jangan pula meratapi kegagalan masa lampau, hidup mesti diteruskan dengan hanya berharap sepenuhnya kepada ALLAH SWT bukan pada makhluk yang lain.
SELAMAT TAHUN BARU 2012.
163 Comments
Semalam adalah episod kita hari ini. Opera hidup meniti batas waktu, mengejar pelangi hari esok. Alhamdulillah dengan nikmat dari-Nya.
Curahan rasa JT @ ..Letak Skrip Countdown Acara Pada Blogspot
Mogaa impian blum terlaksana pada 2011 akan kembali ditebus pada 2012 ..amin
selamat tahun baru untuk semua..semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas2..
Curahan rasa cikpuanhady @ ..Spontaneous Thursday | 500 + 1 tahun 8 hari + Revamp Blog
happy new year!smoga 2012 tahun yg lbh baik utk kite semua..
selamat tahun baru.. semoga denai hati dimurahkan rezeki dan dapat anjur lagi banyak contest…
Curahan rasa matmim @ ..Nampak rileks je.. Tapi sebenarnya rancak menari…
selamat tahun baru semua…semoga 2012 anda semua lebih sukses… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Selamat Tahun Baru 2012
sama-sama berubah kepada yg lebih baik.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..ada lagi kes sejenis – gay
slmt thn baru 2012..smg DH trs sukses..
Curahan rasa izah @ ..INNER BUNGA BORONG 3
Selamat tahun baru pada mu jua…DH…ikhlas tapi jauh…dari ku di sini
Curahan rasa Cyza @ ..Served News OR Alternative News – Your Choice
Semoga DH terus maju jaya, mencapai apa yg diazamkan utk tahun ini, meningkatkan PR yg lebih tinggi, pengunjung yg lebih ramai dan sukses sentiasa utk terus berbakti pada masyarakat dgn slogan ” Hidupkan Untuk Memberi” yg sentiasa menjadi nadi rakan2 utk terus setia tanpa berbelah bagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Tahun Baru 2012 Dan Selamat Tinggal 2011.
Kepada DH, semoga byk lagi entri yg menarik, tip2 yg berguna, panduan2 yg hebat serta info2 yg terkini untuk tatapan rakan2 baru dan setia anda.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Tahun Baru 2012 Dan Selamat Tinggal 2011.
tahun baru,umur pon dah jd baru dah.. hehe
Curahan rasa Fakarepain @ ..( VIDEO ) PENDARATAN PERTAMA AIRBUS A380 EMIRATES DI KLIA
Selamat Tahun Baru 2012 dan Selamat Tinggal 2011 kpd semua teman2 blogger.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Tahun Baru 2012 Dan Selamat Tinggal 2011.
jom join ni;.
Curahan rasa fakhruddin @ ..[GiveAway] Penanda Buku Khairul Fahmi dan Kalendar 2012 The Red Warriors
Selamat tahun baru untuk rakan-rakan semua 🙂
selamat tahun baru!
Comments are closed.