Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terasa macam baru semalam menulis entri “Goodbye 2010, Welcome 2011” dan “Melangkah Tahun Baru 2011 dengan Niat yang Betul“, kini kita sudah melangkah ketahun baru 2012. Ini bermakna usia kita semakin pendek untuk berada di dunia dan semakin dekat ke alam akhirat. Apakah pencapaian kita tahun 2011 lebih baik daripada pencapaian 2010 atau mungkin kehidupan kita lebih banyak ujian berbanding 2010. Walau apapun yang berlaku samada yang baik atau yang susah pasti semuanya itu ada hikmah bagi mereka yang bersabar.
Kehidupan ini tidak lari dengan ujian ALLAH SWT. Senang-susah, berjaya-gagal, kahwin-cerai, kaya-miskin, sihat-sakit, gembira-duka, hidup-mati semua ini adalah sifat berlawan yang pasti akan ada dalam kehidupan manusia. Tidak semua yang kita rancang akan menjadi dan banyak perkara yang tidak dirancang datang menerjah hidup pada masa yang tidak dijangka. Terima sahaja ketentuan ALLAH SWT dengan redha pasti kita tidak akan merasa susahnya hidup ini. Kita akan merasa hidup ini tersangat susah apabila kita cuba melawan takdir yang telah ditentukan ALLAH SWT. Peritnya hidup dimadu apabila kita tidak menerima hakikat takdir dari ALLAH SWT. Tulis senang tapi untuk dipraktikkan bukan mudah tetapi itulah hakikat kehidupan.
Alhamdulillah blog Denaihati melalui berbagai transformasi sepanjang 2011. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang terlibat secara lansung dengan blog Denaihati iaitu Kak Jie, Ariffshah, Anarm, Shahril, Jaws, Serverfreak dan Eizil juga kepada semua sponsor yang sudi bersama dengan semua contest yang pernah dianjurkan sepanjang 2011. Ucapan billion terima kasih kepada 1.1 juta Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu singgah dan berkongsi idea sepanjang tahun 2011.
Berbagai perancangan sedang dibuat untuk 2012 untuk mengukuhkan kehadiran blog Denaihati dan yang paling utama untuk memperkasakan tagline Hidupkan Untuk Memberi. 2012 akan membawa dimensi baru kepada blog Denaihati bersama dengan Rakan Blogger yang setia bersama. Kejayaan itu kurang bermakna seandainya tidak dapat membawa Rakan sekeliling berjaya bersama.
Welcome 2012, Goodbye 2011. Semuga 2012 bakal diwarnai dengan berbagai rempah ratus kehidupan yang akan dapat kita harungi dengan tabah dan redha. Jangan berangan-angan dengan masa depan yang belum tentu tetapi jangan pula meratapi kegagalan masa lampau, hidup mesti diteruskan dengan hanya berharap sepenuhnya kepada ALLAH SWT bukan pada makhluk yang lain.
SELAMAT TAHUN BARU 2012.
163 Comments
Wooww, dah mau maghrib masih ramai…salut untuk DH
Curahan rasa Dadan @ ..DENAIHATI.COM BLOG BERSAHAJA DARI NEGERI JIRAN
selamat tahun baru bro DH.
Curahan rasa blackrosehunter @ ..Kad Pengenalan Baru 2012
hadapilah tahun 2012 dengan hati yang tenang
Curahan rasa fakhruddin @ ..[GiveAway] Penanda Buku Khairul Fahmi dan Kalendar 2012 The Red Warriors
Selamat Tahun Baru 2012
Curahan rasa manmala @ ..Ciri-Ciri Wanita Syurga
Selamat Tahun Baru 202
Curahan rasa manmala @ ..Ciri-Ciri Wanita Syurga
jadikan tahun ini lebih baik dari thn sebelum ini
Curahan rasa manmala @ ..Ciri-Ciri Wanita Syurga
semoga tahun 2012 membawa lebih sinar
Curahan rasa rosezha @ ..Hari – hari terakhir di tahun 2011
selamat tahun baru 2012
Curahan rasa rosezha @ ..Hari – hari terakhir di tahun 2011
yupp selamat datang 2012… tahun lepas masa nak menyambut 2011 akak ‘x sambut’ di blog sbb masa tu berblog hanya untuk menyapu sawang, tapi heran plak tahun 2012 berblog macam 1 kemestian.. hisshhh…
Curahan rasa aimaniman @ ..Mama Rela Iman Pergi 2012…..
good year to all denaihai visitter ^^
Curahan rasa ikmal @ ..Lajukan scrolling pada google chrome anda.
slamat thun baru sume…:)
Curahan rasa Syapit @ ..HaRi InI bUkAn SeMaLaM
met thun bru ya mbak dan smw komentator, mg smwnya akn lbih baik…amin
Entri terbaruku Internet Gratis Simpati Puas 2
Semoga Denaihati akan melangkah lebih jauh dalam dunia blogger dan berbagi kejayaan tersebut dengan semua rakan blogger
Curahan rasa Berita Satu Dunia @ ..Hari Libur Nasional dan Cuti Bersama 2012
Saya compidence akan seperti itu
Satu helaan nafas kita….satu langkah menuju kubur kita….
Curahan rasa Dadan @ ..TIPS JITU MENDATANGKAN BANYAK PENGUNJUNG KE WEB / BLOG ANDA
selamat tahun 2012… semoga hidup lebih bermakna
Curahan rasa yangbaik @ ..Entry Pilihan di hujung tahun 2011
Comments are closed.