Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terasa macam baru semalam menulis entri “Goodbye 2010, Welcome 2011” dan “Melangkah Tahun Baru 2011 dengan Niat yang Betul“, kini kita sudah melangkah ketahun baru 2012. Ini bermakna usia kita semakin pendek untuk berada di dunia dan semakin dekat ke alam akhirat. Apakah pencapaian kita tahun 2011 lebih baik daripada pencapaian 2010 atau mungkin kehidupan kita lebih banyak ujian berbanding 2010. Walau apapun yang berlaku samada yang baik atau yang susah pasti semuanya itu ada hikmah bagi mereka yang bersabar.
Kehidupan ini tidak lari dengan ujian ALLAH SWT. Senang-susah, berjaya-gagal, kahwin-cerai, kaya-miskin, sihat-sakit, gembira-duka, hidup-mati semua ini adalah sifat berlawan yang pasti akan ada dalam kehidupan manusia. Tidak semua yang kita rancang akan menjadi dan banyak perkara yang tidak dirancang datang menerjah hidup pada masa yang tidak dijangka. Terima sahaja ketentuan ALLAH SWT dengan redha pasti kita tidak akan merasa susahnya hidup ini. Kita akan merasa hidup ini tersangat susah apabila kita cuba melawan takdir yang telah ditentukan ALLAH SWT. Peritnya hidup dimadu apabila kita tidak menerima hakikat takdir dari ALLAH SWT. Tulis senang tapi untuk dipraktikkan bukan mudah tetapi itulah hakikat kehidupan.
Alhamdulillah blog Denaihati melalui berbagai transformasi sepanjang 2011. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang terlibat secara lansung dengan blog Denaihati iaitu Kak Jie, Ariffshah, Anarm, Shahril, Jaws, Serverfreak dan Eizil juga kepada semua sponsor yang sudi bersama dengan semua contest yang pernah dianjurkan sepanjang 2011. Ucapan billion terima kasih kepada 1.1 juta Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu singgah dan berkongsi idea sepanjang tahun 2011.
Berbagai perancangan sedang dibuat untuk 2012 untuk mengukuhkan kehadiran blog Denaihati dan yang paling utama untuk memperkasakan tagline Hidupkan Untuk Memberi. 2012 akan membawa dimensi baru kepada blog Denaihati bersama dengan Rakan Blogger yang setia bersama. Kejayaan itu kurang bermakna seandainya tidak dapat membawa Rakan sekeliling berjaya bersama.
Welcome 2012, Goodbye 2011. Semuga 2012 bakal diwarnai dengan berbagai rempah ratus kehidupan yang akan dapat kita harungi dengan tabah dan redha. Jangan berangan-angan dengan masa depan yang belum tentu tetapi jangan pula meratapi kegagalan masa lampau, hidup mesti diteruskan dengan hanya berharap sepenuhnya kepada ALLAH SWT bukan pada makhluk yang lain.
SELAMAT TAHUN BARU 2012.
163 Comments
selamat tahun baru semua
Curahan rasa syamila @ ..Tentang Dhia…Ampunkan Dosaku
Met tahun baru 2012 for all, semoga kita di tahun 2012 ini mendapat banyak limpahan berkah dan rahmat dari Allah….Sukses selalu untuk semua
Curahan rasa Dadan @ ..Arti Dibalik Kemeriahan Tahun Baru 2012
Selamat Tahun Baru 2012 buat Denaihati dan pembaca blog ini… Moga terus sukses selalu…
Curahan rasa Azuan @ ..Dapatkan Backlinks Percuma Untuk Blog Anda
Salam,
Selamat Tahun Baru 2012 untuk DH sekeluarga, moga sukses selalu 🙂
Curahan rasa yanmie @ ..Penggemar Ulam-ulaman, Baca Ini!
salam tahun baru 2012 juga kak yan.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..ada lagi kes sejenis – gay
selamat tahun baru
Curahan rasa tokputih @ ..Analisis anakulucheka.com 2011
slmt tahun baru!
selamat tahun baru buat semua yang ada di DenaiHati..semoga tahun 2012 memberi makna kepada kita semua..amin..
Curahan rasa paihujey @ ..5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011
semoga blog DH terus memberi..hehe…2012 ni mesti lagi gempak!
Curahan rasa lin azlina @ ..Kesilapan Dalam Ombak Rindu!
selamat tahun baru semua! 🙂
Curahan rasa titan @ ..Filem Pendek 2011 – Tentang Titan
Selamat maju jaya untuk tahun 2012 dan tahun-tahun yang akan datang untuk blog denaihati dan team DH….
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Percutian yang tidak dirancang
Selamat tahun baru 2012 buat semua team Denaihati,Hidupkan untuk Memberi dan semoga blog ni terus popular
Curahan rasa wazy @ ..Selamat Menyambut Tahun Baru 2012
selamat tahun baru 2012
majulah sukan untuk negara 🙂
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Review 2011 Liverpool (Gambar)
sentiasa support rakan2 blogger…:)
Curahan rasa yas @ ..Mahasiswa dibelasah dan ditahan ketika berdemo dimalam Tahun Baru
ade juga perancangan untuk puanbee.com ,
macam2 rancangan hehe moga berjaya denaihati team
Curahan rasa puanbee @ ..Drama Ampunkan Dosaku Di Slot Azalea TV3 (SINOPSIS)
selamat tahun baru…
Curahan rasa penadigital @ ..(Video) Projek 3D Masjid Sheikh Zayed Yang Menakjubkan
Comments are closed.