Assalamualaikum dan salam 1Dunia, beberapa hari lepas sedang aku dan famili dalam kenderaan untuk pulang kerumah tiba-tiba anak perempuan aku yang berumur 7 tahun bercakap “Kakak tu tak tutup aurat lah”. Semua mata kami tertumpu ke arah yang disebut oleh anak aku tadi. Seorang wanita berumur dalam lingkungan 20an memakai tudung, berbaju kurung, membonceng motor tapi kainnya terselak sehingga kelihatan paha yang putih.
Tajuk wanita bertudung ni memang sensitif dan banyak telah dibicara sebelum ini. Awal tahun 2010 ada aku buat entri bertajuk “Bertudung untuk fesyen atau ikut syariat” mendapat respond yang hangat juga. Kumpulan wanita yang tidak bertudung selalunya menjadikan kumpulan wanita bertudung yangi tidak mematuhi hukum syariat Islam seperti wanita bertudung nampak paha sebagai perbandingan bahawa mereka lebih baik.
Menutup aurat bagi wanita adalah wajib seperti yang telah difirmankan oleh ALLAH SWT di dalam Al Quran dan tiada lansung KHILAF oleh Para Ulama tentang hukum ini. Hukum menutup aurat sama seperti wajibnya hukum solat fardu 5 waktu kepada yang tidak mematuhi ada hukuman yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT sebagaimana ditunjukkan kepada Rasulullah SAW ketika Mikraj ke Sidratul-Muntaha iaitu “Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain“.
Cuma kita jangan berkeras dengan wanita yang belum bertudung dakwah secara hikmah dan terus berdoa tanpa henti semuga ALLAH SWT memberi hidayah kepada mereka. Manusia tiada kuasa mengubah manusia melainkan dengan izin ALLAH SWT. Bagi wanita yang belum bertudung mesti ada azam yang kuat dan faham akan hukum yang bakal diterima kelak bukan hanya bersenang menunggu seru untuk menutup aurat kerana setiap saat aurat terdedah bukan sahaja wanita tersebut menanggung dosa malah bapa dan suami juga menanggung dosa tersebut. Dakwah juga mesti terus dilakukan kepada wanita yang bertudung tetapi tidak menutup aurat kerana tidak mengikut syariat menutup aurat yang betul.
Fahami firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nur ayat 31
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung“.
Bertudung tidak semestinya menutup aurat jika tidak mengikut tertip menurut aurat yang betul. Berdasar ayat ini adakah ini bermakna wanita yang tidak menutup aurat samada bertudung atau tidak bertudung itu tidak beriman??
114 Comments
Sapa yg mulakan trend berfesyen mcm ni ha? Teruk la dia kena tanggung dosa kering
Curahan rasa Norasikin @ ..Panduan Membeli-belah dan Berbelanja Dimusim Perayaan
berkerudung harus bener semuanya,,dari pakaian ,sikap dan perkataan
Memang stail rakyat Mly yg bernama perempuan…Bertudung tapi ketat, sendat dan seksi semacam…
Curahan rasa sensasi2020 @ ..sensasi2020.blogspot.com
trend macam itulah kita kena tegur sikit2. Ini macam budaya, nak ubah budaya kena ambil masa lama dan bersabar. insyaAllah
Curahan rasa cik dara @ ..Sahabat, pada kau seperti apa?
kena faham apa itu aurat
entry yg baik utk bulan ramadan ni
yup… memang bagus…!!
suka..suka..
Curahan rasa wansiti @ ..Tips Menjawab: BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
Jalan Kat siniiii
Curahan rasa Mobil Keluarga Terbaik Di Indonesia @ ..Mobil Keluarga Terbaik Di Indonesia
kerundung bisa menambah kecantikkan , bisa tampak tak cocok , namun itu semua hanya penampilan yang terpenting adalah akhlak yang berkepribadian , taqwa kepada Tuhan
Curahan rasa votey @ ..Take into Consideration the Liposuction in NY
mencari permata yang terlindung di dalam bekas yang tertutup, di dalam bilik kotak gelap,
malah dalam bilik gelap di sebuah rumah yang gelap…
memang tak senang, tapi juga mudah.. jika kena caranya..
SEGALANYA DARI H.A.T.I.
Curahan rasa wansiti @ ..Alamat-alamat Pet Shop di Selangor
kesucian seorang wanita harus di jaga sampai mati … selamat berpuasa
Curahan rasa joyo @ ..Recognizing the pretext of mode Scholarship Scams
kesolehan seorang wanita harus dari dalam hatinya bukan terletak pada penampilannya …
Curahan rasa joy @ ..How Innovation and Invention is Important for the American Economy
yang penting tingkah laku kita , jangan berkerudung tingkah laku tak benar …menyimpang dari agama
Curahan rasa bill @ ..Marketers Can Learn From Cooking Fried Chicken
kdg2 bila jumpa perempuan mcm tu, rasa nk tegur tapi ilmu tak cukup plak.. Hurmm…
Curahan rasa akid @ ..Cara untuk dapatkan follower blog
DenaiHati – Memang pon.. yg selalu nampak la kan. Bertudung tp nmpk garis bwh pinggang di bhgian blkg. xpon menampakkan kulit sebab Baju terlalu kecil. lg2 bila dorg duduk
p.s : bukan niat nk tgk, tp dah mmg selalu ternampak :/
Curahan rasa shah URL @ ..Bina Personaliti Blog
mmm.. semoga dapat berpuasa dengan aman. 🙂
Curahan rasa tips-kurus @ ..UBAT ‘STRES’ buat KURUS
bertudung pun, nampak dada kaw2 punye. semoga bulan puasa diorg2 ni insap la
Curahan rasa ub3y @ ..Adakah Anda Penyokong Yang Biadap?
Comments are closed.