Wanita bertudung nampak peha

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, beberapa hari lepas sedang aku dan famili dalam kenderaan untuk pulang kerumah tiba-tiba anak perempuan aku yang berumur 7 tahun bercakap “Kakak tu tak tutup aurat lah”. Semua mata kami tertumpu ke arah yang disebut oleh anak aku tadi. Seorang wanita berumur dalam lingkungan 20an memakai tudung, berbaju kurung, membonceng motor tapi kainnya terselak sehingga kelihatan paha yang putih.

Tajuk wanita bertudung ni memang sensitif dan banyak telah dibicara sebelum ini. Awal tahun 2010 ada aku buat entri bertajuk “Bertudung untuk fesyen atau ikut syariat” mendapat respond yang hangat juga. Kumpulan wanita yang tidak bertudung selalunya menjadikan kumpulan  wanita bertudung yangi tidak mematuhi hukum syariat Islam seperti wanita bertudung nampak paha sebagai perbandingan bahawa mereka lebih baik.

Menutup aurat bagi wanita adalah wajib seperti yang telah difirmankan oleh ALLAH SWT di dalam Al Quran dan tiada lansung KHILAF oleh Para Ulama tentang hukum ini. Hukum menutup aurat sama seperti wajibnya hukum solat fardu 5 waktu kepada yang tidak mematuhi ada hukuman yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT sebagaimana ditunjukkan kepada Rasulullah SAW ketika Mikraj ke Sidratul-Muntaha iaitu “Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain“.

Cuma kita jangan berkeras dengan wanita yang belum bertudung dakwah secara hikmah dan terus berdoa tanpa henti semuga ALLAH SWT memberi hidayah kepada mereka. Manusia tiada kuasa mengubah manusia melainkan dengan izin ALLAH SWT. Bagi wanita yang belum bertudung mesti ada azam yang kuat dan faham akan hukum yang bakal diterima kelak bukan hanya bersenang menunggu seru untuk menutup aurat kerana setiap saat aurat terdedah bukan sahaja wanita tersebut menanggung dosa malah bapa dan suami juga menanggung dosa tersebut. Dakwah juga mesti terus dilakukan kepada wanita yang bertudung tetapi tidak menutup aurat kerana tidak mengikut syariat menutup aurat yang betul.

Fahami firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nur ayat 31

Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung“.

Bertudung tidak semestinya menutup aurat jika tidak mengikut tertip menurut aurat yang betul. Berdasar ayat ini adakah ini bermakna wanita yang tidak menutup aurat samada bertudung atau tidak bertudung itu tidak beriman??  


Spread the love

114 Comments

  1. Wanita itu sangat mulia bagaikan intan berlian, apabila ia diatur atau disusun dengan baik maka akan kelihatan indah. Namun bila ia tidak tersusun dengan baik maka kelihatan jelek.

    1. Di era modern ini banyak dari kaum wanita yang melecehkan dirinya sendiri. Ia tidak tahu bagaimana menjaga dirinya agar terlihat anggun dan tidak diganggu oleh para lelaki yang tidak bermoral. Kita telah salah dalam menempuh jalan dengan mengikuti budaya barat. Padahal panutan kita adalah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Fatimah Azzahra.

      1. Mulai sekarang mari kita rubah diri kita. Tinggalkan pakaian-pakaian yang tidak selayaknya dipakai bagi wanita muslimah. Keturunan siapakah kita ini? Apakah kita tidak malu mengaku umat Rasulullah namun tingkah laku kita, pribadi kita, pakaian kita tidak mengikuti beliau SAW? Siapa lagi kalau bukan kita yang meneruskannya?

  2. pendekatan saya setiap kali berjumpa dgn wanita yang bertudung tp nampak tidak lengkap tujuannya, saya tegur on the spot. tanya dia apa sebab bertudung dan bgtau dia tidak mengikut syariat walaupun dia bertudung. tegur kena berhemah, kena tahu caranya. memang nampak macam menjage tepi kain org tapi saya rase memang terkesan dalam hati org yg ditegur, kalo x byak mungkin sekelumit. kita mungkin tidak kenal dia dan begitu juga dia tidak kenal kita, tapi takpe. tegur sahaja secara santai. saya rasa kalo SEMUA ORANG amek tindakan yang sama, prihatin dengan perkara2 macam ini, adalah lebih baik daripada cakap2 belakang atau cerita2 sinis pasal golongan yg sebegini. nways, action speaks louder than words.
    Curahan rasa mas @ ..Bukit Tabuh, Ulu Kelang a.k.a Klang Gate Quartz RidgeMy Profile

  3. Pingback: Kurang Kefahaman Menutup Aurat Menyebabkan Wanita Bertudung Nampak Peha dan Lengan. |
  4. salah manusia, lumrah alam, kesilapan besar manusia
    tu semua godaan syaitan yang makin kuat untuk mengikis keimanan kita.
    saya pun pelik sekarang, trending tudung dah cukup lawa, tapi pakaian hmm
    paham2 jelah, memang cuci mata gamaknya..

  5. Isu yang tidak pernah kebah walaupun kerap dibincangkan. Macam alasan yang diberikan ada yang kata tunggu hati terbuka untuk menutup aurat. Kalau yang menutup aurat sekadar berfesyen bukan kerana tuntutan agama

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!