Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah lebih 500 Rakan Blogger WordPress dan beratus lagi Blogger Blogspot telah pasang waktu solat Malaysia di blog masing-masing. Ramai Blogger Indonesia, Singapore, Brunei dan seluruh dunia yang minta kita binakan plugin waktu solat 1Dunia.
Alhamdulillah prototype Waktu Solat 1Dunia telah siap untuk dicuba, jika anda perasan, di bahagian sidebar denaihati.com sekarang ini menggunakan widget Waktu Solat 1Dunia. Terdapat perubahan besar dalam fungsi Waktu Solat 1 Dunia ini, kiraan waktu solat adalah berdasarkan koordinat kedudukan kawasan. Widget di blog ini menggunakan koordinat kawasan Kuala Lumpur sebagai lokasi untuk waktu solat.
Jika anda ingin mendapatkan waktu solat bagi kawasan anda, anda hanya perlu menekan Tukar Kawasan kemudian klik butang Get Location. Paparan seperti di bawah akan kelihatan, sila klik allow untuk membolehkan widget Waktu Solat membaca lokasi anda.
Kiraan yang digunakan dalam widget yang dipasang adalah berasaskan Egyptian General Authority of Survey, dalam plugin Waktu Solat 1Dunia nanti, ada beberapa jenis kiraan yang akan disediakan, anda hanya perlu memilih kiraan yang bersesuaian untuk anda. Plugin ini masih dalam percubaan, sekiranya anda mengalami sebarang masalah, bolehlah melaporkan dengan menulis di ruangan komen di bawah. Jika segalanya berjalan lancar, plugin ini akan dilancarkan dalam masa terdekat.
121 Comments
blh copy ke blog saya x….tq
http://ahaaziz.blogspot.com/
saya pun sentiasa update plugin ini..
utk memudahkan kita tahu wktu solat..!
bagus harus diletakkan di smua web page..
Curahan rasa HackPensil @ ..Cara Hack PDF Password secara Percuma
Aku dah tekan punat tu bro…pas tu masa nak tekan butang “get in position” dia keluar “error: position is unavailable:…
Curahan rasa yas @ ..Konsert Loudspeaker di Stadium Merdeka ~ Mata Aku
terbaik!
bagus tu …memudahkan org muslim utk merujuk waktu solat
ada update lagi ke bro yg baru untuk plugin ni?
Curahan rasa Lizz @ ..Lelaki Melayu Kahwin Lelaki, Kebebasan atau Terbabas?
plugin ini sangat berguna, dan sangat bermanfaat bagi para muslim, makasih..
entri baru amalul :– Ban Terbaik di Indonesia GT Radial
Curahan rasa Amalul Ahli @ ..Ban Terbaik di Indonesia GT Radial
menarik..
Curahan rasa syu90 @ ..senyum itu berjangkit??
terima kasih sebab kongsi. share is caring.
Saya yakin plugin ini pasti sangat dibutuhkan oleh semua blogger muslim
Semoga kalau sudah dilancarkan nantinya saya bisa ikutan donlot
Mantap sekali tu. Kadang kala kalo dah di depan komputer lupa waktu, ini ada pemberitahuan jadwal waktu shalata, jadi lebih mengingatkan kita akan waktu. Pahala buat yang bikin deh. amin.
Curahan rasa dwarfhammies.org @ ..A Good Customer Who Ruin Your Business
good for you then..dpt pahala free..
yup!setuju..berkongsi kebaikan utk org lain..
Comments are closed.