Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah lebih 500 Rakan Blogger WordPress dan beratus lagi Blogger Blogspot telah pasang waktu solat Malaysia di blog masing-masing. Ramai Blogger Indonesia, Singapore, Brunei dan seluruh dunia yang minta kita binakan plugin waktu solat 1Dunia.
Alhamdulillah prototype Waktu Solat 1Dunia telah siap untuk dicuba, jika anda perasan, di bahagian sidebar denaihati.com sekarang ini menggunakan widget Waktu Solat 1Dunia. Terdapat perubahan besar dalam fungsi Waktu Solat 1 Dunia ini, kiraan waktu solat adalah berdasarkan koordinat kedudukan kawasan. Widget di blog ini menggunakan koordinat kawasan Kuala Lumpur sebagai lokasi untuk waktu solat.
Jika anda ingin mendapatkan waktu solat bagi kawasan anda, anda hanya perlu menekan Tukar Kawasan kemudian klik butang Get Location. Paparan seperti di bawah akan kelihatan, sila klik allow untuk membolehkan widget Waktu Solat membaca lokasi anda.
Kiraan yang digunakan dalam widget yang dipasang adalah berasaskan Egyptian General Authority of Survey, dalam plugin Waktu Solat 1Dunia nanti, ada beberapa jenis kiraan yang akan disediakan, anda hanya perlu memilih kiraan yang bersesuaian untuk anda. Plugin ini masih dalam percubaan, sekiranya anda mengalami sebarang masalah, bolehlah melaporkan dengan menulis di ruangan komen di bawah. Jika segalanya berjalan lancar, plugin ini akan dilancarkan dalam masa terdekat.
121 Comments
terbaik!
Curahan rasa faiz @ ..Jersey Baru Manchester United Musim 2011/2012
Menunggu saatnya dilancarkan Alhamdulillah
Curahan rasa smp3lembang @ ..Kumpulan Sms Ucapan Tahun Baru 2012 Terbaru
Sekarang cepatlah pasang…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video Aurora Borealis | Dampak Badai Matahari
senang nk tgok waktu solat..
alhamduliah…waktu solat 1dunia dah selamat dipasang diblog sendiri…
Curahan rasa nadri @ ..Petua Rahsia Khas Untuk Wanita
saya pakai yang lama dululah..sebab dah ikut waktu KL..hehe..;)
semoga usaha murni ini berjaya..kagum kepada yang buat plugin hebat ni!!
Curahan rasa cikgu naman @ ..Katakan Tak Nak Sebelum Terlambat!
usaha murni yg berterusan seperti ini moga mendapat barakah berlipat ganda drpd Allah, insyaAllah
Curahan rasa ekspresiruang @ ..‘Kitchen Island’ Daripada 20,000 Keping LEGO Oleh Pillard & Rossetti
chop, saya pi kat plugin asal, hanya untuk malaysia je kan.. pastu bila saya try tukar kawasan kat sidebar bro ni, dia ttp tunjuk waktu solat malaysia..bukan kawasan yang saya duk skang…
Curahan rasa cikpuanhady @ ..Tot School | Letter Aa Part 2
wahh..menarik nih..nak try la letak kat blog..
Curahan rasa cikpuanhady @ ..Mungkinkah Rezeki Terakhir di tahun 2011?
salam blogger dari Indonesia ! 🙂
bagaimana cara memakainya?
Curahan rasa Asep Maulana Ismail @ ..XOXO Women’s XO5302A Rhinestone Accent Gold-Tone Bracelet Watch
sebagai panduan untuk berehat seketika unutk mengerjakan solat,ketika berblogging
Curahan rasa azizulhakim @ ..Khairul Fahmi Che Mat, Apex Kena Peluk Dengan Siapa Tu?
salam..
untuk wordpress je kan
plug in ni Bro..?
Curahan rasa zulkbo @ ..Widget Waktu Solat Yang Pasti Membantu Anda
cuma copy & paste html code dkt menu “projek waktu solat” yg terletak di belah atas / kanan blog ini…
Curahan rasa nadri @ ..Petua Rahsia Khas Untuk Wanita
Bagus usaha nie bro…saya pn akan psg dkt blog saya…sembahyanglah kita sebelum kita disembahyangkan…
Curahan rasa Nadri @ ..Tips Kurangkan “Income Tax” Dengan Akaun SSPN
Bolehlah mencuba terbaru drp DH, thanks…
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Safee Sali akan ke Liga Australia… Brisbane Roar FC…
Rujuk Entri ini:
http://che-armad.blogspot.com/2011/12/sport-arena-safee-sali-akan-ke-liga.html
terbaik ni bro..supaya tak alpa pada solat..insyaallah..
jom terjah :
http://kedaikasperskyonline.blogspot.com/2011/12/nuffnang-gegar-blog-aku.html
Curahan rasa kedaikasperskyonline @ ..NUFFNANG GEGAR BLOG AKU!
Comments are closed.