Twitter sudah boleh taip 280 karakter

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Kaedah yang betul mempromosi bisnis baru“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi berita terkini daripada Sosial Media Twitter.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Abang agak lewat masuk dalam dunia sosial media kerana terlalu fokus kepada blog. Twitter adalah sosial media awal yang paling aktif Abang gunakan dengan username @Denaihati (dah follow ke?). Dulu Abang berhubung dengan programmer dan web hosting guna twitter je. Banyak entri tentang Twitter yang Abang tulis tak percaya taip perkataan twitter kat kotak carian pasti keluar semua entri berkaitan twitter.

Status Twitter Denaihati

Kenapa Abang dulu Abang suka Twitter berbanding sosial media lain :

  1. Tidak perlu tulis panjang hanya 140 huruf sahaja
  2. Nama, kata kunci dan ID pengguna mudah ditukar
  3. Kuasa Hashtag yang betul-betul membantu dan Trending
  4. Kemaskini berita-­berita terkini yang sangat pantas
  5. Pengujung boleh membaca walaupun tak ada akaun

Twitter bukan sahaja untuk berkomunikasi tetapi lebih hebat kita juga boleh buat duit dengan Twitter. Ramai seleberiti yang menjana pendapatan besar dengan akaun twitter.

Oleh kerana minat Abang sangat mendalam kepada twitter maka Abang telah membeli akaun twitter @Santapanminda yang sangat terkenal ketika itu sebagai platform sosial media yang berkongsi kata-kata motivasi. Ramai seleberiti Malaysia yang follow akaun Santapan Minda. Semasa Abang beli akaun Santapan Minda, follower ketika itu lebih kurang 150 ribu, alhamdulillah pada Julai 2017, Santapan Minda sudah mempunyai 1 juta follower dengan lebih 50 juta impression setiap bulan. Satu pencapaian yang tidak disangka, misi seterusnya untuk menjadi top 10 twitter Malaysia. Kepada yang belum follow joim follow, yang dah follow tolong promosi pada kawan-kawan ya!

Ramai yang kurang suka Twitter sebab hanya boleh menulis 140 karakter sahaja. Pada Abang bagus sebab tak perlu menulis berjela-jela yang tak ada kene mengena dengan berita yang nak dikongsi jadi kurang berita sampah dan berita palsu.

Berita baik untuk pengguna twitter, bermula 7/11/2017 kita sudah boleh menulis di twitter maksima 280 karater iatu dua kali ganda daripada sebelumnya. Pada kaki gosip pasti banyak yang boleh ditulis. Bolehlah kita geng dengan Donald J Trump, president Amerika yang sangat aktif menggunakan akaun Twitter untuk berkomunikasi dengan umum.

Apa akaun Twitter kekawan?

Apa bestnya twitter kalau tak tahu jom baca entri ini “Potensi twitter bukan sekadar duit sahaja“.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

20 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!