Malaysia Social Media Week 2017

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

acara besar untuk blogger dan penggiat sosial media iaitu Malaysia Social Media Week (MSMW) bagi tahun 2017 telah berlangsung pada 8 dan 9 November 2017. Pada tahun ini, acara berlangsung di dewan Manhattan, Berjaya Times Square. Pelbagai syarikat, persatuan mahupun individu yang hadir saban tahun dan tim Denaihati tidak terkecuali untuk menghadiri hadir bersama 1000 peserta yang lain.

Program ini dianjurkan Social Media Chambers dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Kesihatan. Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdullah dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.

Apa yang menarik pada setiap tahun, MSMW pasti menyajikan input-input serta perkongsian ilmu terbaru dari ahli panel dalam dan luar negara.

Peserta MSMW 2017 yang memenuhi dewan
Peserta MSMW 2017 yang memenuhi dewan

Media Sosial Mempengaruhi Kehidupan

Seperti edisi MSMW terdahulu, persidangan kebangsaan ini menghubungkan individu-individu mengenai kandungan dan perbualan mengenai trend yang muncul dalam media sosial. Media sosial secara dramatiknya telah mengubah cara kita berfikir dan bertindak.

Apa yang menarik mengenai media sosial adalah bahawa ia adalah alat pemasaran viral yang berpatutan dan berpengaruh pada zaman digital ini. Namun kita perlu mengawal bagaimana untuk menggunakannya secara berhati-hati.

Perkongsian menarik oleh ahli panel dan moderator MSMW2017 membawakan beberapa tajuk menarik :

Sesi 1 : Bagaimana mengenalpasti dan membendung gejala ‘buli siber’ ?

Sesi 2 : Cara pintar untuk gunakan digital dan media sosial untuk mempertingkatkan jualan

Sesi 3 : Membina E-Commerce Kelas Dunia

Sesi 4 : Chatbots

Sesi 5 : Trend Sosial terbesar pada 2017 & 2018 dan Berapa jauh ia akan pergi?

Sesi 6 : Membentuk Media Berita Menuju Teknologi Digital & Cabarannya

Menjual di Media Sosial

Panel dalam sesi forum yang diadakan dalam Summit MSMW 2017

Ilmu Perlu Ada pada Penggiat Media Sosial

Tidak dapat dinafikan lagi, majoriti kehidupan manusia sudah bergantung dengan media sosial. Contohnya kita dapat lihat bagaimana keadaan apabila aplikasi ‘Whatsapp’ yang mempunyai masalah tidak berfungsi dan juga aplikasi Facebook juga pernah mengalami masalah yang sama.

Kita juga tidak terkecuali dengan menerima dan melihat berita-berita dan juga kiriman di media sosial yang belum tentu kesahihannya. Oleh itu, sebelum kita menerjah ke dalam isu viral dalam media sosial, mulakan dengan membaca, menonton dan mendengar. Teruskan dengan mengumpulkan maklumat penting, menganalisis dan menyuarakannya secara bijak.

Shahul Dawood memberikan ucapan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini diberikan penghormatan apabila menerima Anugerah Kepimpinan Global sempena Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2017.

Datuk Seri Najib diberikan anugerah tersebut berdasarkan pembabitan aktifnya dalam media sosial khususnya di Facebook dan Twitter. Selain Perdana Menteri, selebriti terkenal, Zizan Razak turut dipilih sebagai Ikon Media Sosial Malaysia 2017.

Penyampaian Anugerah MSMW 2017

Malaysia Social Media Week (MSMW) kini bukanlah lagi sekadar acara tahunan, tetapi ia telah menjadi satu penggerak kepada industri media sosial. Moga rakan blogger dan penggiat media sosial terus menimba ilmu dengan sebaiknya bagi memanfaatkannya dalam kehidupan.


Spread the love