Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai yang dah baca entri Pentingnya pengurusan domain untuk para blogger tulisan Eizil tuan punya Eizil.com dan ada yang bertanya bagaimana untuk mengatasi masalah yang telah dikongsikan dalam artikel tersebut. Untuk menjawab soalan kali ini Eizil telah menulis tutorial khas semuga dapat membantu Rakan Blogger.
Artikel kali ini akan mengajar bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut dengan perkhidmatan CloudFlare, mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa perlu menggunakan CloudFlare, kerana ianya salah satu perkhidmatan pengurusan DNS yang sangat menarik dan digunakan pada denaihati.com juga. Selain itu, ia membolehkan kita mengawal domain kita dengan lebih baik, terutama jika ingin digunakan bersama dengan blogspot, kerana kita tiada kawalan atas server blogspot.
Jika anda masih belum mempunyai akaun CloudFlare, anda boleh mendaftarkan akaun percuma di sana, kemudian anda hanya perlu tambahkan laman blog anda dan ikuti arahan langkah demi langkah yang telah disediakan oleh CloudFlare. Anda tidak semestinya perlu menggunakan perkhidmatan lain mereka, cukup sekadar menggunakan perkhidmatan DNS yang mereka tawarkan sekiranya anda tidak selesa dengan aplikasi dan fungsi-fungsi lain yang disediakan oleh CloudFlare.
Sekiranya anda telah mempunyai laman anda dalam perkhidmatan CloudFlare, pergi ke icon settings dan pilih page rules.
sila klik gambar untuk gambar lebih besar.
Kemudian, anda akan sampai ke paparan pengurusan page rules, seperti di bawah. Sila enable forwarding option dengan klik pada button off dan button tersebut akan bertukar kepada on.
Seterusnya masukkan rules seperti berikut, pada bahagian pattern isikan http://domainanda.com/*
dalam contoh kali ini, domain yang digunakan adalah http://santapanminda.com/*
kemudian pada bahagian rules forwarding, anda hanya perlu menambah http://www.santapanminda.com/$1
.
Sila pastikan anda hanya menukarkan bahagian domainanda.com
, simbol $1
itu diperlukan untuk memastikan forwarding dilakukan dengan betul untuk setiap url anda. Boleh rujuk gambar contoh di bawah.
Selepas itu, anda boleh tekan butang add rules, dan dalam masa beberapa minit, rules ini akan boleh digunakan, untuk membuat percubaan, anda hanya perlu layari domainanda.com tanpa www di hadapan. Jika sebelum ini anda mendapat halaman ralat 404 daripada google, kali ini anda akan dialihkan ke www.domainanda.com tanpa sebarang masalah.
Selamat mencuba.
69 Comments
Salam..terima kasih, perkongsian yang cukup bermakna
Curahan rasa fmtt @ ..Melawan Syaitan
tutorial dan info yang sangat berguna..
Curahan rasa Prima Bawal @ ..Bawal Crown
tutorial yang baik utk hosting yg tak ada fungsi ini …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Urban Scapes
Yang sedang membutuhkan hal seperti ini tentunya akan sangat terbantu dengan adanya artikel ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
sampai kini saya x berani nak guna cluodflare, x tau naper, mungkin sebab dia diawangan kot, heheh
Curahan rasa Juan @ ..Wang Simpanan Banyak Tetapi Hanya Sekadar Simpanan
lawat blog saya..http://aljukimong.blogspot.com/2012/10/nekonyapii-lisa-lisa-ring-wajah-animasi.html
terimakasih untuk postingannya, informasi yang sangat bermanfaat
Curahan rasa Hotel di Bandung @ ..Kontak Hotel di Bandung
Blogger/blogspot ada redirectnya sendiri, tak payah guna CloudFlare.
Pergi Settings > Basic > Publishing” on Blogger dan tick Redirect option.
Curahan rasa GreenLava @ ..How to protect Your Online Reputation [Infographic]
terima kasih bro eizil kerana berkongsi info ni..
Curahan rasa donnyien @ ..3 Blog Pilihan Terbaik
bisa langsung di coba nih….menarik belajar sesuatu yang baru menambah pengetahuan. terima kasih
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Contoh Judul Skripasi Untuk Jurusan Pendidikan Sejarah
Tak pernah buat mcm nie lagi 😀 Mahu juga cuba cuba jer… thanks 4 sharing.
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..AES Mula Berikan Kesan Positif
Perkongsian yang bermanfaat
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Kewajiban Pasien
menambah ilmu serta tips
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Kewajiban Pasien
penting untuk mengenal sesuatu yang baru.
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Download Buku Tutorial dan Cara Penyusunan Skripsi
terima kasih atas perkongsian.. 🙂
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..Gambar Rita Rudaini dan Adi putra di Anugerah Skrin 2012
Ziarah dimalam hari salam ukhuwah dari Indonesia.
Curahan rasa Icahbanjarmasin @ ..TRIK SEO DIAWAL ARTIKEL
Comments are closed.