Tutorial: Bagaimana menguruskan domain redirect

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai yang dah baca entri Pentingnya pengurusan domain untuk para blogger tulisan Eizil tuan punya Eizil.com dan ada yang bertanya bagaimana untuk mengatasi masalah yang telah dikongsikan dalam artikel tersebut. Untuk menjawab soalan kali ini Eizil telah menulis tutorial khas semuga dapat membantu Rakan Blogger.

Artikel kali ini akan mengajar bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut dengan perkhidmatan CloudFlare, mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa perlu menggunakan CloudFlare, kerana ianya salah satu perkhidmatan pengurusan DNS yang sangat menarik dan digunakan pada denaihati.com juga. Selain itu, ia membolehkan kita mengawal domain kita dengan lebih baik, terutama jika ingin digunakan bersama dengan blogspot, kerana kita tiada kawalan atas server blogspot.

Jika anda masih belum mempunyai akaun CloudFlare, anda boleh mendaftarkan akaun percuma di sana, kemudian anda hanya perlu tambahkan laman blog anda dan ikuti arahan langkah demi langkah yang telah disediakan oleh CloudFlare. Anda tidak semestinya perlu menggunakan perkhidmatan lain mereka, cukup sekadar menggunakan perkhidmatan DNS yang mereka tawarkan sekiranya anda tidak selesa dengan aplikasi dan fungsi-fungsi lain yang disediakan oleh CloudFlare.

Sekiranya anda telah mempunyai laman anda dalam perkhidmatan CloudFlare, pergi ke icon settings dan pilih page rules.


sila klik gambar untuk gambar lebih besar.

Kemudian, anda akan sampai ke paparan pengurusan page rules, seperti di bawah. Sila enable forwarding option dengan klik pada button off dan button tersebut akan bertukar kepada on.

Seterusnya masukkan rules seperti berikut, pada bahagian pattern isikan http://domainanda.com/* dalam contoh kali ini, domain yang digunakan adalah http://santapanminda.com/* kemudian pada bahagian rules forwarding, anda hanya perlu menambah http://www.santapanminda.com/$1.

Sila pastikan anda hanya menukarkan bahagian domainanda.com, simbol $1 itu diperlukan untuk memastikan forwarding dilakukan dengan betul untuk setiap url anda. Boleh rujuk gambar contoh di bawah.

Selepas itu, anda boleh tekan butang add rules, dan dalam masa beberapa minit, rules ini akan boleh digunakan, untuk membuat percubaan, anda hanya perlu layari domainanda.com tanpa www di hadapan. Jika sebelum ini anda mendapat halaman ralat 404 daripada google, kali ini anda akan dialihkan ke www.domainanda.com tanpa sebarang masalah.

Selamat mencuba.


Spread the love

69 Comments

  1. Bagusnya, tak pernah dikira. Ternyata info yang Anda buat bisa membawa dampak yang fosistif bagi kalangan orang banyak, lanjutkan terus gan, info yang sangat menarik untuk diketahui!

  2. Ini yang saya cari, dengan informasi ini saya bisa lebih mengetahui apa yang belum pernah saya ketahui sebelumnya. Terimakasih! Lanjutkan….

  3. Saya sangat bangga pada diri Anda, karena bisa memberitahukan imajinasi yang baru untuk bisa diketahui oleh orang banyak. Salut, info yang sangat bagus. Teruskan gan!

  4. Informasinya sangat bagus dan menarik, dengan adanya pemberitahuan ini mungkin saya tidak bisa mengetahui apa info yang baru. Tapi dengan fostingan Anda saya bisa menambah ilmu pengetahuan saya. Terimakasih!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!