Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai yang dah baca entri Pentingnya pengurusan domain untuk para blogger tulisan Eizil tuan punya Eizil.com dan ada yang bertanya bagaimana untuk mengatasi masalah yang telah dikongsikan dalam artikel tersebut. Untuk menjawab soalan kali ini Eizil telah menulis tutorial khas semuga dapat membantu Rakan Blogger.
Artikel kali ini akan mengajar bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut dengan perkhidmatan CloudFlare, mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa perlu menggunakan CloudFlare, kerana ianya salah satu perkhidmatan pengurusan DNS yang sangat menarik dan digunakan pada denaihati.com juga. Selain itu, ia membolehkan kita mengawal domain kita dengan lebih baik, terutama jika ingin digunakan bersama dengan blogspot, kerana kita tiada kawalan atas server blogspot.
Jika anda masih belum mempunyai akaun CloudFlare, anda boleh mendaftarkan akaun percuma di sana, kemudian anda hanya perlu tambahkan laman blog anda dan ikuti arahan langkah demi langkah yang telah disediakan oleh CloudFlare. Anda tidak semestinya perlu menggunakan perkhidmatan lain mereka, cukup sekadar menggunakan perkhidmatan DNS yang mereka tawarkan sekiranya anda tidak selesa dengan aplikasi dan fungsi-fungsi lain yang disediakan oleh CloudFlare.
Sekiranya anda telah mempunyai laman anda dalam perkhidmatan CloudFlare, pergi ke icon settings dan pilih page rules.
sila klik gambar untuk gambar lebih besar.
Kemudian, anda akan sampai ke paparan pengurusan page rules, seperti di bawah. Sila enable forwarding option dengan klik pada button off dan button tersebut akan bertukar kepada on.
Seterusnya masukkan rules seperti berikut, pada bahagian pattern isikan http://domainanda.com/*
dalam contoh kali ini, domain yang digunakan adalah http://santapanminda.com/*
kemudian pada bahagian rules forwarding, anda hanya perlu menambah http://www.santapanminda.com/$1
.
Sila pastikan anda hanya menukarkan bahagian domainanda.com
, simbol $1
itu diperlukan untuk memastikan forwarding dilakukan dengan betul untuk setiap url anda. Boleh rujuk gambar contoh di bawah.
Selepas itu, anda boleh tekan butang add rules, dan dalam masa beberapa minit, rules ini akan boleh digunakan, untuk membuat percubaan, anda hanya perlu layari domainanda.com tanpa www di hadapan. Jika sebelum ini anda mendapat halaman ralat 404 daripada google, kali ini anda akan dialihkan ke www.domainanda.com tanpa sebarang masalah.
Selamat mencuba.
69 Comments
err..cloudfare tu menda ye??
Curahan rasa ohcikgu @ ..Pelajar lelaki 16 tahun dipaksa mengaku ada hubungan sulit dengan guru sandaran wanita
Kualiti gambar didalam tutorial ini kurang jelas untuk newbie ikuti.
Curahan rasa akubiomed @ ..Yea dapat Ferrari Model LEGO Shell
nak tanya, cloudflare ni untuk apa ya??
Curahan rasa itah @ ..Entry : Tak Ada Tajuk!
Nak tanya mana lebih baik guna page rule cloudflare atau .htaccess? Apa baik buruk guna antara dua-dua cara ni?
Curahan rasa Naziman @ ..Perbandingan Web hosting Murah dan Terbaik di Malaysia
Mendapatkan pengetahuan baru kembali di sini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyebab Penyakit Gagal Ginjal
terkial-kial tengah cuba hehehe
Curahan rasa auc @ ..Khasiat Air Batu
semua dah set dan running dah..bagus dan sangat penting setting ini..
Curahan rasa Syarih @ ..Laksa Yang Hebat.
platform Blogger still selamat ke atau sama je brittle security nya?
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..Plywood: Material Hiasan Dalaman Yang Kembali Mendapat Tempat
perkongsian tip yang amat bermakna. Terima kasih DH. Bagi yang tak faham boleh gunakan gunakan khidmat eizil untuk mengaktifkan cloudfare.
Curahan rasa hatiputera @ ..U Mobile Nano Sim kad hanya RM10
betul, bila tak faham boleh tanya langsung ke Bro Eizil di blog eizil.com pada slot ANDA TANYA EIZIL JAWAB
Curahan rasa Dawaihati @ ..Antena Kuburan
Terima kasih diatas perkongsian ini.
Baru ada keyakinan untuk beli domain dan hosting… Sayang lah Pulai trafik blogspot sekarang ni..
Curahan rasa Hisham @ ..Nokia Lumia 800 Original FULL SET | Untuk DILELONG | STARM RM1.00 | DUE DATE 8HB (ESOK) Jam 11.50p.m.
nice entry…. saya memang menggunakan cloudflare sebelum ni 😀
Curahan rasa azriMy @ ..iPhone 5 Gadget Impian
teringin nak ada domain sendiri, tapi sebagai student masih belum mampu lagi. menumpang blogspot jela. hehe.. mungkin setelah mampu nanti denaihati akan dijadikan rujukan. banyak pengetahuan yang berguna dalam denaihati.
Curahan rasa Wan @ ..Kenapa Islam Dipersenda.
Denaihati pun jadi rujukan saya dalam membuat domain untuk blog
Curahan rasa Dawaihati @ ..Antena Kuburan
domain cuma sekitar Rm35 hingga Rm50 setahun, hosting pun ada juga yang murah RM20-rm30 space yang kecil buat permulaan. Rugi tak beli awal-awal.
Insyaallah boleh di cuba nanti.. Tq atas perkongsian ilmu ni…
Bg yg dh buat redirect mcm sy masih boleh gunakan ke service ni.. Sbb blog sy guna www atau tnpa www still boleh open lagi
Curahan rasa myvitrd @ ..Hargailah Si Dia… Nak Baca boleh Tak Nak Baca Pun Boleh
Alhamdulillah….perkongsian yang bermanfaat sekali nih, terima kasih
Curahan rasa Dawaihati @ ..Antena Kuburan
Namun mau tanya nih, bagaimana jika sebelumnya domain redirect kita tak ada masalah, apa tetap boleh menggunakan CloudFlare ini?
Curahan rasa Dawaihati @ ..Antena Kuburan
contohnya seperti domain saya dawaihati.com tu tak ada masalah…
Curahan rasa Dawaihati @ ..Antena Kuburan
Sebuah kongsi yang sangat bermanfaat. Insya Allah saya akan coba join dengan blog self hosting saya. Terima kasih.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Comments are closed.