Cara Tuntutan Baucar Buku RM200 Pelajar Pengajian Tinggi

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, banyak email diterima bertanyakan bagaimana nak menuntut bantuan RM200 untuk penuntut pengajian tinggi seperti yang telah dijanjikan dalam bajet oleh YAB PM DS Najib Razak. Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan cara tuntutan baucar buku RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6.

Cara tuntutan baucer buku pelajar pengajian tinggi

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

mahathir lancar buku berani tanpa segan

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. Buku Interlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April.

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

Semuga perincian ini dapat membantu semua pelajar pengajian tinggi yang sedang mencari informasi cara tuntutan baucar buku RM200 budget 2012. Kepada Rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh dapatkan maklumat di entri “Cara Tuntut Bantuan Rakyat 1Malaysia” dan untuk maklumat untuk bantuan pelajar RM100 boleh didapati di entri “Cara Tuntutan Bantuan Pelajar RM100“.

Senarai Kedai Buku Terima Baucer RM200

1. MPH

2. POPULAR

3. ARKED BUKU

4. Kedai Buku Hasani (Perlis)

5. Secara Online di Kedaibuku.com.my @ Cara Belian.

6. Kedai Buku Yang Terpilih Seluruh Malaysia

7. Sila Tinggalkan List Senarai yang terdekat dengan anda di ruangan komen.

128 Comments

  1. ala… rakyat dapat 200ringgit , menteri songlap 200juta ringgit kau tak komen pun, sbb tu org tak heran sgt takat 200/500…tau dah KERAjaan cuma nak tutup isu projek kondo lembu

  2. sy tersilap tulis nama,then staff popular kluang mall,johor suruh sy memotong dan membetulkan semula nama di atas baucer tersebut,apabila sy membetulkannya,,stafnya tak mau terima baucer tersebut,sebab katanya baucer tersebut xde nilai kalau da potong2 dan x membenarkan sy membeli di situ…saya amat musykil kerana nilai baucer tersebut amatla tinggi bg seseorang pelajar seperti sy…tolong bg info…

    1. Saya pun sama, saya tersilap tulis nama saya dan saya memotongnya, tetapi baucar saya tidak diterima oleh mana 2 kedai buku . macam mana ? bazirlah RM50 saya

  3. Sem depan harga buku tak sampai RM 100..Lebihan RM 100 tue takkan nak abiskan beli alat tulis… Klau nak beli novel boleh tak agaknya… boleh dapat dua tiga buah…
    Curahan rasa diyaixora @ ..Kembali…My Profile

  4. ada IPTA yg xnk bagi baucer pd pelajar.. katanye baucer tu utk beli buku perpustakaan IPTA… mcm ane??

  5. if harge buku x sampai 50.boleh dpt balance ke?ish2 musykil.so kene beli buku genapkan 50.kalau x rugi la.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!