Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jutaan terima kasih kepada semua peserta cabaran iPhone 5s. Jutaan maaf kerana membiarkan peserta cabaran iPhone 5s tertunggu-tunggu sehingga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus sudah dilancarkan. Memang ramai sungguh peminat iPhone 5s walaupun ramai yang lain membenci.
148 blogger telah menyiapkan tugasan pertama iaitu menulis entri bertajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger” sebagai tiket untuk meneruskan perjuangan ke tugas seterusnya. Mohon maaf kerana terdapat beberapa peserta yang tidak layak untuk meneruskan tugasan kerana entri yang dibuat tidak mengikut syarat yang ditetapkan. Berikut adalah senarai peserta yang layak untuk ketugasan ke dua.
SENARAI PESERTA CABARAN IPHONE 5S UNTUK TUGASAN KE DUA
(Jika ada senarai peserta yang tertinggal sila PM di sini)
Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s
Untuk tugasan ke dua memang senang tapi memerlukan masa dan kesungguhan untuk mencapai impian. Peserta perlu menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 15/9 – 15/10/2014.
- Jumlah komen akan dikira menggunakan wp top commentators widget.
- Peserta dikehendaki menggunakan username yang sama dengan nama blog untuk memudahkan pengiraan. contohnya sekiranya domain blog hasrulhassan.com maka gunalah username Hasrul Hassan atau sekiranya domain adalah wanhidayat.blogspot.com maka gunalah username Wan Hidayat.
- Jumlah setiap komen mesti melebihi 10 perkataan yang kurang akan dipadam.
- Komen mestilah bersesuaian dengan tajuk entri jangan lari topik hanya kerana nak mendapat jumlah komen yang banyak sebab ianya juga akan dipadam.
- Syarat satu banner di blog peserta masih dikekalkan dan adalah diharap semua peserta dapat menukarkan banner yang ada kepada banner “Qurban di Kemboja” yang boleh didapati di sini. Semuga sedikit sumbangan mempromosi ini menjadi asbab kita akan mendapat gajaran yang berlipat kali ganda.
- Pastikan peserta sentiasa update senarai penaja dengan backlinks supaya tidak tersingkir dari cabaran kerana admin akan sentiasa memantau entri penyertaan.
- Peserta yang masuk dalam top 70 akan layak untuk masuk pusingan terakhir.
Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB dari penaja individu dan Satu iPhone 5s 16Gb tajaan Amariman.com
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.
Penaja Cabaran iPhone 5s
Terima kasih kepada semua PENAJA kerana sudi menjadikan impian para blogger menjadi kenyataan. Tajaan masih terbuka kepada individu dan syarikat kerana perjalanan cabaran iPhone 5s masih jauh. Ada yang tanya apa kelebihan sebagai penaja :
- Untuk tajaan individu minima rm250 kita akan masukan link blog/website penaja disemua entri blog peserta, kira dapat backlinks dari semua peserta termasuk penganjur.
- Untuk penaja utama sebiji iPhone 5s ada package terlajak best :
- Link blog penaja akan masuk di semua entri peserta.
- Satu entri advetorial untuk promosi produk atau website penaja di blog Denaihati.
- Entri promosi penaja juga akan di promosi disemua sosial media Denaihati.
- Satu banner penaja akan dipasang di blog Denaihati sehingga contest tamat.
- Memang sangat bagus kepada syarikat baru dan lama terutama usahawan online yang ingin meningkatkan penjenamaan produk mereka di kalangan komuniti siber.
- Kepada yang berminat sila PM di sini.
Cara pemilihan pemenang
Cabaran kali memang sangat berlainan kerana cara pemilihan pemenang memang rahsia supaya peserta dapat bersaing dengan sihat. Yang penting peserta ikut arahan penganjur dan ikut sahaja semua tugasan dan aktiviti yang diberi. Diakhir cabaran penganjurkan akan menerangkan secara detail bagaimana pemenang dipilih.
Jangan sesekali putus asa sebelum berusaha sehingga saat terakhir … tatap gambar iPhone 5s di atas untuk menaikan semangat. Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba. Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu. Memang best menggunakan iPhone 5s terutama kepada blogger kerana boleh menambah kualiti menguruskan blog. Tak percaya tanyalah rakan-rakan yang pernah menang contest iPhone dan yang pernah mendapat cabutan bertuah iPhone di Majlis Sepetang Bersama Blogger.
Selamat maju jaya kepada semua peserta cabaran iPhone 5s yang layak ke tugasan ke dua cabaran iPhone 5s.
6,837 Comments
2 minit je lagi tinggal. memang tak dapat komen 2k kat sini. tidak mengapalah
5 minit lagi tinggal. moga-moga dapatlah komen dalam 2k. tapi nyata tidak.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
seleaps cabaran ini berakhir, boleh la tidodengan lena mala ni. dan doakan supaya kita semua tersenarai ke final nanti
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
hi wawa. kita teruskan dalam cabaran terakhir iphone 5s pula wawa. jangan lengahkan masa lagi ya 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Pulun untuk kali terakhir.. hopefully lepas dalam 70 blogger yang layak ke peringat seterusnya…
Curahan rasa fazrol @ ..jom pergi Mom & Baby Expo di Mid Valley!
tinggal kurang dari 10 minit lagi cabaran ini nak berakhir. debaran kiant erasa ni. Allah, mudah-mudahan wawa dapat ke final dan menang iphone. amin
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
Adui, hati tengah resah nak tamatkan cabaran tapi masih tak puas hati dengan komen yang ada.
Curahan rasa Mrsyatiedengan ko @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
wawa tak puas hati lagi dalam memberikan komen. nak kasi kaw kaw lagi tapi masa mencemburui kita. semoga kita tersenarai nanti.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
ada lebih kurang 10 minit sahaja lagi masa untuk mengomen. rugi kalau tak all out sekarang.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
memang tak senang duduk bila masa dah semakin suntuk. usaha tetap diteruskan dalam cabaran ini supaya dapat masuk ke final.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
Tanpa contest anjuran DH ini, PG mungkin tidak akan berada disini. Alang-alang da komen, teruskan sahaja.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
haha. minit-minit terakhir, tak tahu nak komen apa da. asalkan dapat menghabiskan masa disini. good luck yang lain!
betul tu. komen selagi yang mampu. dan wawa doakan kita semau dapat jumpa di final nanti. dan bersaing untuk menang iphone
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
wawa doakan kita semua dapat jumpa di final nanti. All the best. teruskan usaha berkomen sementara masa masih ada lagi ini.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
sempat atau tak sempat dalam komen ini belakang kira. pastikan post komen banyak-banyak supaya dapat naikkan angka komen dalam abaran kedua ini. siapa yang taknak menang dalam cabaran ini kan?
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
okay masa semakin dekat, asyik tengok jam je mata ini. siapa yang taknak menang iphone free kan kalau ada cabaran hadiah lumayan macam ni.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
Ada lagi 15 minit sebelum contest komen berakihir…
hopefully aku lepas untuk ke next level contest Iphone 5s nie…
Curahan rasa fazrol @ ..jom pergi Mom & Baby Expo di Mid Valley!
inshaaAllah awak tersenarai dalam top 70 nanti. teruskan komen jangan berhenti. masa semakin suntuk ni. pastikan misi kita nak iphone berjaya.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
masa detik demi detik kian berlalu. semakin gerun pula nak berkomen bila masa ini cepat sangat berlalu. hanya dapat berdoa agar wawa ada rezzeki untuk masuk final dan berjaya dalam cabaran iphone.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
setelah cabaran ini tamat baru boleh menarik nafas lega sikit. selagi cabaran ini berjalan, misi kena diutamakan. matlamat nak menang iphone dalam cabaran ini kena pastikan komen pun banyak untuk tersenarai.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
Comments are closed.