Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jutaan terima kasih kepada semua peserta cabaran iPhone 5s. Jutaan maaf kerana membiarkan peserta cabaran iPhone 5s tertunggu-tunggu sehingga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus sudah dilancarkan. Memang ramai sungguh peminat iPhone 5s walaupun ramai yang lain membenci.
148 blogger telah menyiapkan tugasan pertama iaitu menulis entri bertajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger” sebagai tiket untuk meneruskan perjuangan ke tugas seterusnya. Mohon maaf kerana terdapat beberapa peserta yang tidak layak untuk meneruskan tugasan kerana entri yang dibuat tidak mengikut syarat yang ditetapkan. Berikut adalah senarai peserta yang layak untuk ketugasan ke dua.
SENARAI PESERTA CABARAN IPHONE 5S UNTUK TUGASAN KE DUA
(Jika ada senarai peserta yang tertinggal sila PM di sini)
Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s
Untuk tugasan ke dua memang senang tapi memerlukan masa dan kesungguhan untuk mencapai impian. Peserta perlu menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 15/9 – 15/10/2014.
- Jumlah komen akan dikira menggunakan wp top commentators widget.
- Peserta dikehendaki menggunakan username yang sama dengan nama blog untuk memudahkan pengiraan. contohnya sekiranya domain blog hasrulhassan.com maka gunalah username Hasrul Hassan atau sekiranya domain adalah wanhidayat.blogspot.com maka gunalah username Wan Hidayat.
- Jumlah setiap komen mesti melebihi 10 perkataan yang kurang akan dipadam.
- Komen mestilah bersesuaian dengan tajuk entri jangan lari topik hanya kerana nak mendapat jumlah komen yang banyak sebab ianya juga akan dipadam.
- Syarat satu banner di blog peserta masih dikekalkan dan adalah diharap semua peserta dapat menukarkan banner yang ada kepada banner “Qurban di Kemboja” yang boleh didapati di sini. Semuga sedikit sumbangan mempromosi ini menjadi asbab kita akan mendapat gajaran yang berlipat kali ganda.
- Pastikan peserta sentiasa update senarai penaja dengan backlinks supaya tidak tersingkir dari cabaran kerana admin akan sentiasa memantau entri penyertaan.
- Peserta yang masuk dalam top 70 akan layak untuk masuk pusingan terakhir.
Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB dari penaja individu dan Satu iPhone 5s 16Gb tajaan Amariman.com
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.
Penaja Cabaran iPhone 5s
Terima kasih kepada semua PENAJA kerana sudi menjadikan impian para blogger menjadi kenyataan. Tajaan masih terbuka kepada individu dan syarikat kerana perjalanan cabaran iPhone 5s masih jauh. Ada yang tanya apa kelebihan sebagai penaja :
- Untuk tajaan individu minima rm250 kita akan masukan link blog/website penaja disemua entri blog peserta, kira dapat backlinks dari semua peserta termasuk penganjur.
- Untuk penaja utama sebiji iPhone 5s ada package terlajak best :
- Link blog penaja akan masuk di semua entri peserta.
- Satu entri advetorial untuk promosi produk atau website penaja di blog Denaihati.
- Entri promosi penaja juga akan di promosi disemua sosial media Denaihati.
- Satu banner penaja akan dipasang di blog Denaihati sehingga contest tamat.
- Memang sangat bagus kepada syarikat baru dan lama terutama usahawan online yang ingin meningkatkan penjenamaan produk mereka di kalangan komuniti siber.
- Kepada yang berminat sila PM di sini.
Cara pemilihan pemenang
Cabaran kali memang sangat berlainan kerana cara pemilihan pemenang memang rahsia supaya peserta dapat bersaing dengan sihat. Yang penting peserta ikut arahan penganjur dan ikut sahaja semua tugasan dan aktiviti yang diberi. Diakhir cabaran penganjurkan akan menerangkan secara detail bagaimana pemenang dipilih.
Jangan sesekali putus asa sebelum berusaha sehingga saat terakhir … tatap gambar iPhone 5s di atas untuk menaikan semangat. Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba. Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu. Memang best menggunakan iPhone 5s terutama kepada blogger kerana boleh menambah kualiti menguruskan blog. Tak percaya tanyalah rakan-rakan yang pernah menang contest iPhone dan yang pernah mendapat cabutan bertuah iPhone di Majlis Sepetang Bersama Blogger.
Selamat maju jaya kepada semua peserta cabaran iPhone 5s yang layak ke tugasan ke dua cabaran iPhone 5s.
6,837 Comments
kalau pc, handphone semua ada wallpaper iphone, memang bertambah semangat la wawa ni nak berkomen. pandang blog tuan, nampak bayang iphone je
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
internet macam dah jem je malam ni. tapi tak pe, teruskan juga mengomen malam ni. harapnya setiap komen yang dipost malam ini ada.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
peserta manakah yang bertuah nanti yang bakal menang iphone 5s dalam cabaran tuan denaihati.com ini ye?
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
jam wawa nak menunjukkan pukul 11.33 malam. sempat lagi ni nak tinggalkan komen ddalam 10 20 keping. mudah-mudahan ada tuah nak mnang iphone.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
Tidak ada yang mustahil disini selain usaha dan terus usaha. Pasti kejayaan akan kita perolehikan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Dulu disaat akhir, PG bertemankan dengan sis akmaomar. Tapi kali ni, PG bersendirian. tidak mengapalah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
tak cukup komen di laptop, disambungnya pula komen di hp. memang bersemangat betul wawa malam ni dalam cabaran nak menang iphone.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
walaupun terasa sedikit letih, tetapi misi berkomen tetap diteruskan juga malam ni. wawa harap usaha kita berkomen selama sebulan ini membuahkan hasil.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
Semoga apa yang dihajati akan dimakbulkan ya. Nak sangat menang iphone 5s tu.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
dah hampir 30 minit berlalu. mengapakah masa begitu mencemburui kita dalam detik last minit cabaran ini? mudah-mudahan sempat lagi nak berkomen.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
Tak nak fikir dahulu cabaran bagaimana dan apakah di pusingan akhir. Niat hati nak habiskan cabaran kedua ini sahaja dahulu.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
komen disaat akhir ni memang lebih dari 10 patah perkataan atau ngam-ngam sahaja 10 patah perkataan, PG pun tak pasti. hehe
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
iphone 5s akan sentiasa menjadi gajet idaman PG, samada dapat free atau tidak sahaja.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Masih berusaha hingga ke titisan yang terakhir…
Iphone 5s idaman setiap blogger…
Curahan rasa fazrol @ ..jom pergi Mom & Baby Expo di Mid Valley!
betul tu. bukan setiap blogger je, tapi setiap pengguna. tapi alhamdulillah cabaran ini diadakan untuk para blogger. apa pun teruskan usaha untuk berjaya dalam cabaran iphone ini.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
hari-hari cek instagram, mesti ada following wawa yang post gambar pakai iphone, tunjuk iphone. perasaan nak memiliki iphone ni semakin membuak-buak.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
jeles jugak tengok diaorang dapat pakai iphone. tapi, gambar diaorang tu menjadi pembakar semangat wawa untuk terus berkomen disini.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
sebab tu lah wawa tampil bersemangat dalam memberikan komen yang banyak dalam cabaran kedua ini. tak kan mudah wawa untuk berputus asa.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
Comments are closed.