Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jutaan terima kasih kepada semua peserta cabaran iPhone 5s. Jutaan maaf kerana membiarkan peserta cabaran iPhone 5s tertunggu-tunggu sehingga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus sudah dilancarkan. Memang ramai sungguh peminat iPhone 5s walaupun ramai yang lain membenci.
148 blogger telah menyiapkan tugasan pertama iaitu menulis entri bertajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger” sebagai tiket untuk meneruskan perjuangan ke tugas seterusnya. Mohon maaf kerana terdapat beberapa peserta yang tidak layak untuk meneruskan tugasan kerana entri yang dibuat tidak mengikut syarat yang ditetapkan. Berikut adalah senarai peserta yang layak untuk ketugasan ke dua.
SENARAI PESERTA CABARAN IPHONE 5S UNTUK TUGASAN KE DUA
(Jika ada senarai peserta yang tertinggal sila PM di sini)
Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s
Untuk tugasan ke dua memang senang tapi memerlukan masa dan kesungguhan untuk mencapai impian. Peserta perlu menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 15/9 – 15/10/2014.
- Jumlah komen akan dikira menggunakan wp top commentators widget.
- Peserta dikehendaki menggunakan username yang sama dengan nama blog untuk memudahkan pengiraan. contohnya sekiranya domain blog hasrulhassan.com maka gunalah username Hasrul Hassan atau sekiranya domain adalah wanhidayat.blogspot.com maka gunalah username Wan Hidayat.
- Jumlah setiap komen mesti melebihi 10 perkataan yang kurang akan dipadam.
- Komen mestilah bersesuaian dengan tajuk entri jangan lari topik hanya kerana nak mendapat jumlah komen yang banyak sebab ianya juga akan dipadam.
- Syarat satu banner di blog peserta masih dikekalkan dan adalah diharap semua peserta dapat menukarkan banner yang ada kepada banner “Qurban di Kemboja” yang boleh didapati di sini. Semuga sedikit sumbangan mempromosi ini menjadi asbab kita akan mendapat gajaran yang berlipat kali ganda.
- Pastikan peserta sentiasa update senarai penaja dengan backlinks supaya tidak tersingkir dari cabaran kerana admin akan sentiasa memantau entri penyertaan.
- Peserta yang masuk dalam top 70 akan layak untuk masuk pusingan terakhir.
Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB dari penaja individu dan Satu iPhone 5s 16Gb tajaan Amariman.com
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.
Penaja Cabaran iPhone 5s
Terima kasih kepada semua PENAJA kerana sudi menjadikan impian para blogger menjadi kenyataan. Tajaan masih terbuka kepada individu dan syarikat kerana perjalanan cabaran iPhone 5s masih jauh. Ada yang tanya apa kelebihan sebagai penaja :
- Untuk tajaan individu minima rm250 kita akan masukan link blog/website penaja disemua entri blog peserta, kira dapat backlinks dari semua peserta termasuk penganjur.
- Untuk penaja utama sebiji iPhone 5s ada package terlajak best :
- Link blog penaja akan masuk di semua entri peserta.
- Satu entri advetorial untuk promosi produk atau website penaja di blog Denaihati.
- Entri promosi penaja juga akan di promosi disemua sosial media Denaihati.
- Satu banner penaja akan dipasang di blog Denaihati sehingga contest tamat.
- Memang sangat bagus kepada syarikat baru dan lama terutama usahawan online yang ingin meningkatkan penjenamaan produk mereka di kalangan komuniti siber.
- Kepada yang berminat sila PM di sini.
Cara pemilihan pemenang
Cabaran kali memang sangat berlainan kerana cara pemilihan pemenang memang rahsia supaya peserta dapat bersaing dengan sihat. Yang penting peserta ikut arahan penganjur dan ikut sahaja semua tugasan dan aktiviti yang diberi. Diakhir cabaran penganjurkan akan menerangkan secara detail bagaimana pemenang dipilih.
Jangan sesekali putus asa sebelum berusaha sehingga saat terakhir … tatap gambar iPhone 5s di atas untuk menaikan semangat. Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba. Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu. Memang best menggunakan iPhone 5s terutama kepada blogger kerana boleh menambah kualiti menguruskan blog. Tak percaya tanyalah rakan-rakan yang pernah menang contest iPhone dan yang pernah mendapat cabutan bertuah iPhone di Majlis Sepetang Bersama Blogger.
Selamat maju jaya kepada semua peserta cabaran iPhone 5s yang layak ke tugasan ke dua cabaran iPhone 5s.
6,837 Comments
selamat pagi semua 🙂
sambil menanti emtri cabaran seterusnya, bolehlah lagi tinggalkan komen dekat blog denaihati 🙂
apa khabar korang? 😀
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Contest SEO Bonus Akhir Tahun Anjuran Akma Omar
selamat pagi…tulah…masih menanti apakah cabaran akhir itu..bilakah ia akan menjelma
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs Samsung Galaxy Note 4 Duos
Rajin benar PG ni ye.. nik singgah bila free je ni..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Maaf Jika Aku Tak Sempurna.
Alhamdulillah terpilih. Tinggal menunggu apa bentuknya cabaran yang terakhir ini. Tahniah dan moga berjaya buat blogger yang layak 🙂
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Senarai top 100 cabaran ke-2 iPhone 5s
Alhamdulillah. Syukur alhamdulillah. Tak sabar nak tunggu cabaran seterusnya 😀
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Contest SEO Bonus Akhir Tahun Anjuran Akma Omar
Senarai 70 peserta yang layak ke pusingan seterusnya dah keluar, bila pulak nak umum tugasan akhir ni. Tak sabar hehee harap mampu berjuang sehingga ke garisan penamat
hehe. Denaihati memang macam tu kan. suka buat kejutan untuk para peserta segmen beliau 😀
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Contest SEO Bonus Akhir Tahun Anjuran Akma Omar
bila tengok dua-dua produk baru apple ni..terngiang-ngiang je bilakah cabaran akhir akan berlangsung..hehehe
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs Samsung Galaxy Note 4 Duos
hehe. sabar menanti kan hpmurah. memang terlajak laris blog denaihati dalam beberapa bulan ni kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Contest SEO Bonus Akhir Tahun Anjuran Akma Omar
trafik blog DH ni memang naik sejak contest ni berlangsung. ni semua gara gara nak menang iphone
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
tak sabarnya nak start cabaran akhir tu..bila lah nak keluar ek..hehehe..harap-harap cabarannya fair kepada semua..hehehe
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs Samsung Galaxy S5 Plus
hurm, tadi nak tinggalkan komen dekat entri top 100 komen tu. entri da tak de erk? hehe.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
hmm, tu lah PG. esok kan cuti, saya jalan2 lah ingat nak tgk entri tu. dah tak ada pula. cepatlah announce tugasan akhir. hihi
Curahan rasa Rara Zack @ ..Ever felt so sleepy in class?
hehe. tak sabar sangat dah ni rara. rindu nak bersaing dengan rakan-rakan blogger lagi 😀
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Contest SEO Bonus Akhir Tahun Anjuran Akma Omar
jadi sekarang mereka sedang menunggu tugas terakhir la kan. DT doakan semoga berjaya kepada semua peserta
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
hi DT. Macam tu la jawapnya. hehe. doakan PG menang seunit, maybe? inshaAllah. Yup, tengah menanti cabaran akhir ni DT. tak tahulah macam mana bentuk cabaran akhir ni nanti.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
DT rasa kalau DT join ni, mesti DT menang. he he. rindu pulak untuk menjadi raja komen
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
wa. da ada gelaran raja komen pula. sumpah, PG tak tahu. kena banyak belajar dari DT la jawapnya ni kan. hehe. DT, nak tips! hehe
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Selamat berjaya diucapkan buat semua peserta cabaran kedua iPhone 5S..
hi SP! hehe. hati tengah dup dup laju ni. tak sabar nak tahu cabaran seterusnya. kalau ada seo, memang PG tarik diri awal-awal la jawapnya. haha
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
terima kasih. mereka ni sedang bertarung utk menang iphone dan wang tunai
Curahan rasa nikkhazami @ ..Google Doodle Mokhtar Dahari
PG berdoa agar kita mampu hadapi cabaran terakhir iphone 5s selepas tamatnya cabaran kedua tugasan ini.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tak sangka tugasan kedua ni dah pun berakhir semalam. Tahniah buat Top 70 yang tersenarai tersebut.
hi sally. kita tunggu cabaran pusingan akhir pula ya. kena bersedia dari segi mental fizikal ni. kena rehatkan mata sebaik mungkin. kot-kot lepas ni kena berjaya pula kan. hehe.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
sekarang ni fokus tugasan ketiga pulak. harap dapat bertahan nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
cabaran kedua da berlalu kan nik. kini cabaran ketiga, akhir menyusul. tapi masih mengekalkan konsep yang sama iaitu kena menjadi top komen.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
cabaran tugasan kedua da tamat. tinggal nak habiskan cabaran terakhir iphone 5s yang paling last sahaja lagi.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
cepatnya masa berlalu kan sally. rasa seperti baharu tamat cabaran kedua ni semalam. hari ni kita teruskan pula cabaran terakhir iphone 5s tu.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Alhamdulillah dah tamat cabaran kedua. tahniah kepada semua peserta, moga layak ke cabaran terakhir nanti. Semoga berjaya.
Alhamdulillah. Kita nantikan cabaran akhir ya bang kamil. Harap-harap senang dan mudah. hehe
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Cabaran da beakhir, tapi hati masih nak teruskan komen. hehe.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
horey. masa da habis kat sini. terima kasih semuanya. korang memang memberikan persaingan yang cukup hebat~!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
line internet slow tepat pada waktu kemuncak cabaran ini. semoga kita terpilih nanti untuk ke final. Iphone idama wawa. inshaAllah kalau ada rezeki
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
line internet yang agak slow kadang memang agak menganggu kita untuk meninggalkan komen kan wawa. 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
wawa doakan kita semua berjaya ke final nanti dan jangan lupa teruskan usaha nak menang iphone yang ditawarkan tu ye. fighting!!
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
PG doakan sama untuk wawa, juga pada peserta lain. semoga berjaya memiliki iphone 5s yang kita idamkan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Comments are closed.