Trend sosial media 2018 akan dibawa ke 2019 yang usahawan online mesti tahu

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri terutama entri yang paling banyak trafik untuk bulan november iaitu “Tips dan trick pergi ke MAHA 2018”. Tanpa pembaca pasti blog Denaihati hanya menjadi dokumen catatan sendiri untuk kenangan masa akan datang.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Siapa yang tidak kenal dengan Bapak Viral Kebangsaan, Sifu Khairul Hakimin Muhammad kalau belum kenal kena berkenalan terutama kepada yang sedang buat bisnis online. Pakar pemasaran menggunakan sosial media khas untuk Facebook. Abang telah menulis beberapa artikel bagus yang dikongsikan oleh Sifu. Nak baca artikel-artikel tersebut boleh taip nama sifu di kotak search di blog ini atau boleh beli buka secara online di Buku KHM. Kali ini beliau berkongsi trend sosial media 2018 yang akan terus diamalkan pada tahun 2019.

8 trends media sosial yang akan dibawa dari tahun 2018 ke tahun 2019.

1. Video content akan diluaskan lagi dengan kuasa “story-telling” di dalam video dan juga “Visual Content” yang menggunakan perkataan di dalamnya.

2. Content yang banyak titik persamaan sesama manusia akan lebih banyak berbanding sebelum ini. Ianya akan dianalisis mengikut negara dan lokasi. Contoh, Malaysia suka hiburan, maka content seperti itu akan dibantu untuk dinaikkan reach.

3. Chatbots dan message untuk kemudahan pengguna akan dinaik taraf untuk keselesaan hubungan penjual dan pelanggan.

4. Influencer marketer (yang ada sekurang-kurangnya 25k pengikut) akan lebih ramai. Dikatakan akan naik ke 20% tahun hadapan.

5. Facebook story dan Instagram story akan lebih popular berbanding posting.

6. Organic reach akan menurun sekitar 3-12% sekiranya kita muat naik iklan secara berturut lebih dari sekali sehari.

7. Content yang dieja dengan penuh, betul dan sempurna akan dibantu oleh robot untuk dinaikkan reach. Facebook sudah berjaya membangunkan lebih 240 bahasa seluruh dunia dan robot mereka boleh translate ejaan yang betul sahaja.

8. Live streaming akan menjadi trend besar selepas ini dan akan membawa pengikut yang lebih ramai.

Begitulah. Semoga kita terus mengolah idea dari semua ini.

Sumber: DigitalMarketingWorldForum, SocialMediaExaminer.

Khairul Hakimin Muhammad,
Beyond Expectation.

Sila baca juga artikel pemasaran Facebook di bawah dan kongsikan kepada kawan=kawan bisnis online anda.


Spread the love

41 Comments

  1. Ada yang rasa penting, ada yang tak rasa pa pe. Bagi yang berniaga online terutama menggunakan media sosial sebagai medium utama pemasaran, WAJIB kena tahu trend ini.

  2. live Streaming memang menjadi carian hebat terutama bila ada siaran langsung ie: bola sepak, live show etc. Tahun depan mesti lagi best live streaming ni

  3. Tapi bila dah terlalu ramai orang buat Live streaming benda yang sama… Kadang tu kita sendiri dah tak tahu nak pilih yang mana… pernah tak korang rasa macam tu?

  4. Sekarang ni dah ramai sangat orang buat “Live streaming” terutamanya apabila ada perlawanan atau event secara live seperti final bola sepak, Gegarvaganza, Mentor dan sebagainya….

  5. Usahawan online memang kena sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Fakta di artikel ini mungkin dah tak boleh digunapakai pada tahun 2020..nak menang, kena bertindak pantas dan sentiasa ikut update semasa.

  6. media sosial masih ampuh sebagai media bisnes online…

    ramai orang lepak di media sosial terutama Facebook dan Whatsapp..

    mahu tidak mahu wajar belajar banyak ilmu berkaitan media sosial agar boleh berjaya dengan bergaya dalam bidang ini

    1. Ramai orang lepak di social media bermakna prospek yang bakal menjadi buyer kita dah ada. Tunggu masa nak blast produk kita je kan. Ke lain? hehe

  7. Kene ikut trend semasa. bagi yang berniaga online terutama menggunakan media sosial sebagai medium utama pemasaran kena tahu trend ini. 2019 mungkin ada trend baru yang akan diperkenalkan….

    1. Betul juga tuh, yang membaca entry kita nih pelbagai peringkat umor, sonya nak taknak kena perbetulkan bahasa tuh.

      1. Betul tu. tu belum masuk dak dak Wechat yang buat posting. Bukan takat ejaan tak penuh lg, tapi siap tukar ejaan lagi, tapi bunyi sama yaww

    2. sekarang ni pun ramai yang dah mula start buat ejaan penuh walapun hanya update status di Facebook. Barulah sedap sikit membacanya

      1. Selagi mana ada platform Socmed yang memberi faedah, gunalah peluang itu sepenuhnya.. tapi sedih sebab blog makin dilupai.

  8. Bila follow sifu yang betul, memang boleh buat duit punya lah. Jangan sesekali durhaka sama sifu.

  9. Memang bagus kalau pandai berbisness online nih, takyah nak berpanas berhujan bagai. Kena dengan caranya, insyallah

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!