Tips dan trick pergi ke MAHA 2018

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

MAHA2018 atau nama panjangnya Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism 2018 telah bermula pada 22 November 2018 dan akan berakhir pada 2 Disember 2018. Ramai usahawan dan peniaga kecil sederhana ke pameran ini yang merupakan acara dwi tahunan.

Petani, peladang, nelayan dan yang mengusahakan dari tepi jalanan kini sudah bergerak seiring dengan kepesatan dan pembangunan dalam industri asas tani. Sebab itulah ramai yang ingin datang melihat produk-produk usahawan ini di MAHA2018.

Namun bagi yang kurang biasa dengan lokasi di Maeps Serdang tau ke pameran MAHA ini, perlu serba sedikit ketahui tips ke sana. Tips dan trick ke MAHA 2018, Maeps Serdang.
.
.
Tarikh : 22 November hingga 2 Disember 2018
Masa 10.00 pagi hingga 7.00 malam
.
.
1. Lokasi Pick up & Drop off Tram: 31 lokasi . Jumlah Tram: 17 unit berkapasiti 500 orang.

2. Shuttle bas 6 unit Percuma. Putrajaya Sentral, IOI City Mall, KTM Komuter Serdang.

3. Datang seawal yang boleh jika nak parking yang dekat sikit dengan dewan. Lambat, jem dekat sejam!

4. Caj parking RM5. Bila keluar, ada barrier menunggu. Guna Touch N Go lebih mudah dan pantas nanti.

5. Pakai kasut. Jangan pakai selipar cabuk, kasut tumit tinggi atau yang menyukarkan berjalan jauh.

6. Bawa beg yang selesa atau lebih mudah pakai beg sandang.

7. Baby stroller tidak digalakkan. Pakai baby carrier memadai.

8. Bawa air masak atau mineral di dalam botol.

9. Pakai topi, sapu sunblock atau bawa kipas kecil.

10. Standby payung lipat untuk cuaca hujan atau panas.

11. Kawal bajet tunai anda untuk berbelanja. Agro Bank juga ada sediakan beberapa mesin ATM di Hall A.

12. Yang datang dari jauh, boleh cuba guna MyCar / Grab atau MAHA rider.

13. Kaunter bayar saman PDRM paling ramai orang di Hall B.

14. Jika lama di sana, bawa powerbank. Charging station ada juga di Hall A.

15. Surau dan toilet ada juga disediakan.

16. Selamat berjalan kaki dan shopping. =)

Share kepada yang lain okay!
#MAHA2018


Spread the love

57 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!