Tragedi MyVi manifestasi kecelakaan kehidupan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mungkin tajuk entri ini agak kasar tetapi itu yang selama ini aku pendamkan dalam hati. Aku tidak pernah menyalahkan kereta jenama MyVi yang kini menjadi ikon negara apatah lagi menyalah semua tuan punya kereta MyVi jauh sekali. Tapi jauh pada tahun 2011 aku telah menulis sebuah entri sindiran kepada sebahagian pemandu MyVi yang memandu terlalu laju.

Tragedi tiga beranak maut dalam nahas di Lebuhraya Duke adalah sebuah kisah duka yang memaparkan wajah sebenar masyarakat kita. Betapa sebahagian anak-anak muda yang memandu MyVi tidak lansung rasa bersalah atau rasa belas kasihan malah berkongsi keegoan mereka melalui sosial media. Membalas dengan komen kemarahan dan kutukan bukan jawapan untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. Sebelum ini berlaku kisah gadis MyVi mengamuk yang disokong oleh ayah sehingga terpaksa didakwa.

kelab MyVi

Tragedi sedih ini adalah bukti masyarakat kita sedang sakit dan paling sedih melahirkan generasi muda yang sakit rohaninya. Kecelakaan ini berlaku kerana salah masyarakat yang menggunakan kebebasan tanpa  had di sosial media atas tiket demokrasi. Lihat sahaja komen-komen di portal politik penuh dengan komen maki hamun yang sudah menjadi darah daging kehidupan tanpa rasa hormat kepada manusia lain. Mengutuh memaki menghina manusia lain tanpa batas sehingga lupa batas agama yang dosa sesama manusia tidak mampu meminta ampun dengan ALLAH.

Mohammed_Reza_Fizal_Jamaluddin_MYVI_ACCIDENT_DUKE

Semua ini dilihat dan dicontohi oleh gerasi muda yang akhirnya menjadi budaya kehidupan mereka. Lebih parah tiada lagi rasa peri kemanusian di dalam jiwa generasi muda yang sakit seperti sakitnya generasi yang lebih tua berjuang untuk kuasa. Jujurnya aku terlalu risau dengan apa yang berlaku di kalangan masyarakat kita yang menjadi semakin liberal lebih banyak menggunakan logik akal daripada yakin kepada kuasa ALLAH. Idealisme bebas tanpa sempadan menyerap dalam jiwa setiap masyarakat sehingga melampau batas agama untuk melakukan apa sahaja di media sosial sehingga ke alam nyata.

Tragedi tiga beranak maut dalam nahas di Lebuhraya Duke bukan yang pertama dan bukan juga yang terakhir kerana selagi kita semua tidak mahu berubah sakit kita akan menjadi lebih parah.


Spread the love

82 Comments

  1. sebenarnya tak salah mereka nak ber kelab ,
    yang salahnya mereka ini berlumba sesuka hati dan ada yang suka hati nak block jalan khususnya trafik light , untuk memberi laluan kepada semua ahli untuk jalan. Kalau ikutkan hati saya nak sahaja saya terus langar orang yang block jalan tersebut.
    Curahan rasa onlajer @ ..Panduan Mendapatkan Lesen Memandu ala Vin DieselMy Profile

  2. Berlumba haram adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan dijalan raya, tetapi kadang-kadang kita sendiri pun pernah berlumba bersama rakan-rakan walaupun tidak bertaruh tetapi sekadar mengikut hawa nafsu ingin menunjuk kehebatan kereta masing-masing, ini merupakan peringatan kepada diri sendiri dan sesama kita dan diharap dijadikan iktibar supaya sentiasa beringat dengan berita ini. Semoga Allah melindungi keluarga kita bersama serta keluarga yang terkorban . Innalillahiwainnaillayhirojiunn. Al- Fatihah..

  3. Nyawa bukan mainan. Tak boleh di tukar dengan wang ringgit. Memandulah secara berhemah walaupun hebat mana sekali pemandu kamu. Jalan raya untuk semua masyarakat. Bukan untuk kamu seorang. Kalau nyawa sendiri tak sayang jangan libatkan orang lain dengan keseronokan dan keegoaan kamu.
    Curahan rasa Wanie @ ..SET 3 IN 1 – Kurus, Menyusu, CantikMy Profile

  4. Kereta Myvi tu tak bersalah. Yang salah orang yang duduk dalam kereta itu. Adakalanya yang berkopiah juga akan leka dan alpa bila sudah memegang stereng. Moga Allah swt beri kita kekuatan untuk bawa sifat kusyuk dan tawaduk dalam kehidupan kita semua..
    Curahan rasa Sani @ ..9 Fakta Menarik Berkenaan Online Game!My Profile

  5. Mmg sedih dgn kisah ini. Paling tak patut bila disalahkan semua myvi. Yg lebih tidak patut adalah bila ada yg kaitkan dgn politik. Observation saya, baik pembangkang atau kerajaan sama saja….ada je yg memandu dgn laju. Maybe pemantauan yg lebih kpd kelab-kelab kereta diperlukan atau boleh dihapuskan terus. Itu yg paling mudah untuk dibuat berbanding mengubah mentaliti masyarakat yg sakit sebagaiman yg Tuan DH gambarkan di dlm entri ini.
    Curahan rasa Hilmi Hasan @ ..6 Kriteria Produk Kuruskan Badan Yang BaikMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!