Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mungkin tajuk entri ini agak kasar tetapi itu yang selama ini aku pendamkan dalam hati. Aku tidak pernah menyalahkan kereta jenama MyVi yang kini menjadi ikon negara apatah lagi menyalah semua tuan punya kereta MyVi jauh sekali. Tapi jauh pada tahun 2011 aku telah menulis sebuah entri sindiran kepada sebahagian pemandu MyVi yang memandu terlalu laju.
Tragedi tiga beranak maut dalam nahas di Lebuhraya Duke adalah sebuah kisah duka yang memaparkan wajah sebenar masyarakat kita. Betapa sebahagian anak-anak muda yang memandu MyVi tidak lansung rasa bersalah atau rasa belas kasihan malah berkongsi keegoan mereka melalui sosial media. Membalas dengan komen kemarahan dan kutukan bukan jawapan untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. Sebelum ini berlaku kisah gadis MyVi mengamuk yang disokong oleh ayah sehingga terpaksa didakwa.
Tragedi sedih ini adalah bukti masyarakat kita sedang sakit dan paling sedih melahirkan generasi muda yang sakit rohaninya. Kecelakaan ini berlaku kerana salah masyarakat yang menggunakan kebebasan tanpa had di sosial media atas tiket demokrasi. Lihat sahaja komen-komen di portal politik penuh dengan komen maki hamun yang sudah menjadi darah daging kehidupan tanpa rasa hormat kepada manusia lain. Mengutuh memaki menghina manusia lain tanpa batas sehingga lupa batas agama yang dosa sesama manusia tidak mampu meminta ampun dengan ALLAH.
Semua ini dilihat dan dicontohi oleh gerasi muda yang akhirnya menjadi budaya kehidupan mereka. Lebih parah tiada lagi rasa peri kemanusian di dalam jiwa generasi muda yang sakit seperti sakitnya generasi yang lebih tua berjuang untuk kuasa. Jujurnya aku terlalu risau dengan apa yang berlaku di kalangan masyarakat kita yang menjadi semakin liberal lebih banyak menggunakan logik akal daripada yakin kepada kuasa ALLAH. Idealisme bebas tanpa sempadan menyerap dalam jiwa setiap masyarakat sehingga melampau batas agama untuk melakukan apa sahaja di media sosial sehingga ke alam nyata.
Tragedi tiga beranak maut dalam nahas di Lebuhraya Duke bukan yang pertama dan bukan juga yang terakhir kerana selagi kita semua tidak mahu berubah sakit kita akan menjadi lebih parah.
82 Comments
hari ini ada lagi tragedi melibatkan myvi.
penunggang motosikal yang dilanggar meninggal dunia di putrajaya.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Servis Dobi Perkhidmatan Dan Perniagaan
Semoga keluarga arwah tabah.. Myvi tak boleh pandu terlalu laju apatah lagi kalau kereta standard dan pandu di laluan awam pula. Kegembiraan hanya seketika.
Semoga arwah di ampni dosa2nya serta di masukkan pada golongan orang2 soleh, Amin.
Curahan rasa Agent Wisata Bromo @ ..Paket Tour BROMO MALANG BATU 4 Hari 3 Malam
Padan muka kena tangkap , baik hukum mati je orang macam ni.
Curahan rasa pemanis stevia @ ..Pemanis Stevia
Hahaha, padan muka kena tangkap dah orang ni,hukum mati juga..ubat kencing manis
Curahan rasa pemanis stevia @ ..Pemanis Stevia
Ni bukan salah kerete tapi salah si pemandu…dia punye pasal buruk nama Myvi
Kenapa Myvi yang dipersalahkan, sepatutnya perangai pemandu berkenaan yang perlu dipersoalkan. Apa-apa pun sudah sampai ajal mereka itu hanyalah penyebab. Semoga ahli keluarga arwah sabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Pasti ada hikmah disebalik kejadian.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Seremban Prima 1st Anniversary
it is not about the car. bukan itu isu sebenar sangat. it’s about attitude. bawa lah kereta mahai ka murah ka kalau attitude ke laut dalam maka inilah jawabnya.
sebab itulah dinamakan Ops Sikap.
😀
Curahan rasa faezahjalil @ ..Nak jadi ahli keluarga Shaklee saya tak?
Sangat sedih dan bimbang juga dengan sikap masyarakat kita yang semakin menjadi-jadi, hilang rasa hormat dan sopan. Tiada lagi nilai kemanusiaan 🙁
Curahan rasa myliferia @ ..Set Kurus @ Pelangsing; Keperluan Atau Kehendak?
apa juga hukuman yang ditimpakan atas pemandu yang sudah ditangkap pasti tidak dapat mengembalikan nyawa mangsa yang terkorban semasa kejadian.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Bisnes Yang Popular Di Bulan Ramadan
Betul, tapi sekurang-kurangnya, responlah apa yang berlaku ni dengan penuh tanggungjawab, bukan kesombongan serta keangkuhan. Elok-elok orang boleh selesai cara baik, mungkin kes ni akan berlarutan
Curahan rasa myliferia @ ..3 Resipi Smoothie Untuk Langsing
disebabkan dua buah myvi… habis smua myyvi dipandang buruk.. org melayu mmg mcm ni
Memang kadang-kadang ada pemandu yang suka mencucuk-cucuk ajak race, selalu Mek ila pesan pada suami, abaikan je, Ingat keluarga tersayang di rumah.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bolehkah Ibu Hamil Makan Durian?
semalam saya tumpang kawan guna Myvi..memang best dan cool..ada rezeki nak beli satu la..lepas ini
Curahan rasa mrhanafi @ ..Hari Ibu Sangat Bermakna Jika…
MrHanafi: Bro beli nanti saya nak tumpang pekena durian di SS2
Curahan rasa Sani @ ..Tips Elakkan Kemalangan Macam Tragedi Kemalangan di Lebuhraya Duke
betul, teringat zaman abes degree dulu, sungguh sungguh nak beli Myvi sebijik. sebab senang nak parking. ahahahah.
tapi apekan daya, abes degree kawen pulak kite.
maka Myvi pon masih ada je kat kedai, tak beli beli lagi.
😛
Curahan rasa faezahjalil @ ..Nak jadi ahli keluarga Shaklee saya tak?
Semoga anak2 arwah tabah dan menjadi anak2 yang solehah.
Dapatkan entry terbaru -Hb rendah semasa mengandung.Bahaya atau tidak?
yang heranya diorang ni dah tua..tua lagi nak racing,kalau kat litar takpe jugak ni,kat jalan tempat orang lalu lalang
Curahan rasa ishak @ ..Wajah Dua Pelumba Haram Myvi Pada Tragedi Duke Yang Didakwa
Masa tengah hot..Nafsu tengah membara, dicucuk oleh rakan-rakan pulak..makin lajulah jawapnya..
Curahan rasa Sani @ ..Tips Elakkan Kemalangan Macam Tragedi Kemalangan di Lebuhraya Duke
nampak sangat berfikir luar dari pada otak, sepatutnya si pelumba haram tu fikir guna otak.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Nota Separa Perubatan Mengenai Senaman Yang Selamat
Comments are closed.