Tragedi MyVi manifestasi kecelakaan kehidupan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mungkin tajuk entri ini agak kasar tetapi itu yang selama ini aku pendamkan dalam hati. Aku tidak pernah menyalahkan kereta jenama MyVi yang kini menjadi ikon negara apatah lagi menyalah semua tuan punya kereta MyVi jauh sekali. Tapi jauh pada tahun 2011 aku telah menulis sebuah entri sindiran kepada sebahagian pemandu MyVi yang memandu terlalu laju.

Tragedi tiga beranak maut dalam nahas di Lebuhraya Duke adalah sebuah kisah duka yang memaparkan wajah sebenar masyarakat kita. Betapa sebahagian anak-anak muda yang memandu MyVi tidak lansung rasa bersalah atau rasa belas kasihan malah berkongsi keegoan mereka melalui sosial media. Membalas dengan komen kemarahan dan kutukan bukan jawapan untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. Sebelum ini berlaku kisah gadis MyVi mengamuk yang disokong oleh ayah sehingga terpaksa didakwa.

kelab MyVi

Tragedi sedih ini adalah bukti masyarakat kita sedang sakit dan paling sedih melahirkan generasi muda yang sakit rohaninya. Kecelakaan ini berlaku kerana salah masyarakat yang menggunakan kebebasan tanpa  had di sosial media atas tiket demokrasi. Lihat sahaja komen-komen di portal politik penuh dengan komen maki hamun yang sudah menjadi darah daging kehidupan tanpa rasa hormat kepada manusia lain. Mengutuh memaki menghina manusia lain tanpa batas sehingga lupa batas agama yang dosa sesama manusia tidak mampu meminta ampun dengan ALLAH.

Mohammed_Reza_Fizal_Jamaluddin_MYVI_ACCIDENT_DUKE

Semua ini dilihat dan dicontohi oleh gerasi muda yang akhirnya menjadi budaya kehidupan mereka. Lebih parah tiada lagi rasa peri kemanusian di dalam jiwa generasi muda yang sakit seperti sakitnya generasi yang lebih tua berjuang untuk kuasa. Jujurnya aku terlalu risau dengan apa yang berlaku di kalangan masyarakat kita yang menjadi semakin liberal lebih banyak menggunakan logik akal daripada yakin kepada kuasa ALLAH. Idealisme bebas tanpa sempadan menyerap dalam jiwa setiap masyarakat sehingga melampau batas agama untuk melakukan apa sahaja di media sosial sehingga ke alam nyata.

Tragedi tiga beranak maut dalam nahas di Lebuhraya Duke bukan yang pertama dan bukan juga yang terakhir kerana selagi kita semua tidak mahu berubah sakit kita akan menjadi lebih parah.


Spread the love

82 Comments

  1. semakin lama semakin parah bro…kebebasan bersuara seakan tiada had…bila tiada panduan dan pedoman…semua orang mahu tunjuk hebat…mahu jadi juara…
    Curahan rasa blogger lelaki @ ..Sakit LututMy Profile

  2. semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan yang menimpa. dan semoga pelaku akan mendapat balasan yang setimpal. sangat sedih mengenangkan 2 anak yatim yang masih kecil ditinggalkan.

  3. salam takziah buat keluarga mangsa moga dua anak mangsa tabah lalui kehidupan ini ..

    keegoan mereka dan keangkuhan mereka buatkan masyarakan semakin marah dengan kejadian tersebut. sepatutnya mereka mengerniahkan keadaan bukan nya memburukan keadaan … moga mereka yang terlibat di jatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.

    mereka-mereka ini harus di sedarkan dari terus berada dalam dunia sendiri hingga menyusahkan orang lain. nilai kemanusian semakin kurang zaman sekarang mungkin akan hilang pada masa hadapan 🙁
    Curahan rasa namiacinta @ ..Jangan Biarkan Kita Di PergunakanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!