Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mungkin tajuk entri ini agak kasar tetapi itu yang selama ini aku pendamkan dalam hati. Aku tidak pernah menyalahkan kereta jenama MyVi yang kini menjadi ikon negara apatah lagi menyalah semua tuan punya kereta MyVi jauh sekali. Tapi jauh pada tahun 2011 aku telah menulis sebuah entri sindiran kepada sebahagian pemandu MyVi yang memandu terlalu laju.
Tragedi tiga beranak maut dalam nahas di Lebuhraya Duke adalah sebuah kisah duka yang memaparkan wajah sebenar masyarakat kita. Betapa sebahagian anak-anak muda yang memandu MyVi tidak lansung rasa bersalah atau rasa belas kasihan malah berkongsi keegoan mereka melalui sosial media. Membalas dengan komen kemarahan dan kutukan bukan jawapan untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. Sebelum ini berlaku kisah gadis MyVi mengamuk yang disokong oleh ayah sehingga terpaksa didakwa.
Tragedi sedih ini adalah bukti masyarakat kita sedang sakit dan paling sedih melahirkan generasi muda yang sakit rohaninya. Kecelakaan ini berlaku kerana salah masyarakat yang menggunakan kebebasan tanpa had di sosial media atas tiket demokrasi. Lihat sahaja komen-komen di portal politik penuh dengan komen maki hamun yang sudah menjadi darah daging kehidupan tanpa rasa hormat kepada manusia lain. Mengutuh memaki menghina manusia lain tanpa batas sehingga lupa batas agama yang dosa sesama manusia tidak mampu meminta ampun dengan ALLAH.
Semua ini dilihat dan dicontohi oleh gerasi muda yang akhirnya menjadi budaya kehidupan mereka. Lebih parah tiada lagi rasa peri kemanusian di dalam jiwa generasi muda yang sakit seperti sakitnya generasi yang lebih tua berjuang untuk kuasa. Jujurnya aku terlalu risau dengan apa yang berlaku di kalangan masyarakat kita yang menjadi semakin liberal lebih banyak menggunakan logik akal daripada yakin kepada kuasa ALLAH. Idealisme bebas tanpa sempadan menyerap dalam jiwa setiap masyarakat sehingga melampau batas agama untuk melakukan apa sahaja di media sosial sehingga ke alam nyata.
Tragedi tiga beranak maut dalam nahas di Lebuhraya Duke bukan yang pertama dan bukan juga yang terakhir kerana selagi kita semua tidak mahu berubah sakit kita akan menjadi lebih parah.
82 Comments
Hapuskan ‘kabel’ yang ada. Beratkan hukuman. Tukar hukuman daripada akta jalan raya kepada akta jenayah.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Sekarang Ini Zaman Gila
Semoga dpt jadi iktibar kpd pemandu lain. Jln raya bukan tempat berlumba. Kena fikirkan nyawa pemandu lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Tingkatkan CPUV Nuffnang
Harap pesalah dpt hukuma setimpal. Kesian anak anak yg tak tahu apa apa lagi tu.
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Mr London Ms Langkawi di Astro
Semoga pihak berkuasa mengmbil tindakan yg segera… Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ni..
Curahan rasa Hafizul @ ..Abang Tembam Semakin Buncit
Isu sudah menjadi perhatian. Pihak berkuasa akan menyelesaikan dengan kadar segera.
Curahan rasa akubiomed @ ..Mi in ear headphones rose gold bass boost tahap leleh
Salam… tidak kiralah Myvi, Alza, Kancil, Viva atau apa saja kereta, jika ia digunakan untuk perlumbaan memang parah menanti atau berlaku tragedi yang tidak ingin kita lihat. Kepada yang bersalah, moga mereka dikenakan hukuman dan menjadi keinsfan kepada pemandu lain.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Menara KL Disinari Cahaya Hijau Neon
isu ni isu serius dah sebenarnya.
sebab dah ada orang mati.
so..harap yang bersalah dikenakan hukuman yang setimpalnya.
dan mangsa akan lebih terbela.
Curahan rasa titan @ ..Belajar Resepi buat Taufufah dan Air Soya yang SEDAP.
kita perlu ingat, hidup di dunia ni jangan menyombong diri. kerana sikap inilah membuat hilang kasih sayang antara pemandu lain. ya memang betul, mereka lebih suka mencaci dan mengeruhkan keadaan ini sehingga pihak polis sukar menyiasat apa yang berlaku beberapa hari lalu.
bukan yeop tak ingin tahu, tapi biarlah ia diselesaikan dengan baik. tu saja.
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Berhati-hati dengan Mesej Spam dan Cara Lapor Mesej Kepada Facebook
saya setuju sama sekali… tuan DH
ada soalan sediikit… adakah DH bersetuju yg tayangan filem fast n furioous 7 terbaru ini merupakan salah satu pengaruh lumba haram jalanraya?
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Kemalangan maut di lebuhraya DUKE tinggalkan 2 puteri comel yatim piatu
Tak kira siapa yang mulakan atau siapa yang bersalah. Akhirnya, satu keluarga terkorban meninggalkan anak perempuan mereka sebagai yatim piatu.
Alangkah sedihnya melihat kehancuran sebuah keluarga. Kehilangan tempat bergantung dalam sekelip mata. Apa akan jadi selepas ini? Hari2 yang mendatang? Masa depan anak2 yang tidak berdosa?
Malang tidak berbau.
Gunakan kemudahan yang ada sebaiknya. Jangan salah guna. Berhemah dan sentiasa ingat orang yang tersayang.
Curahan rasa NFH @ ..Facial Mask: Tips Dan Tutorials
saya teringin nak bawa Myvi..belum pernah lagi..
kalau ada peluang saya akan pandu penuh berhemah..
tak nak laju-laju kerana merbahayakan orang lain..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Peluang Best Buat Side Income
Sokong dgn din. Kesian anak arwah yang ditinggalkan. Mudah2an diberikan kekuatan.
Mengaku kesalahan itu yang terbaik.
teringat Ustaz kata jika diikut undang-undang Islam, 3 orang dibayar dengan 300 ekor Unta.
Cerita ini pengajaran untuk semua
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Istimewa May 2015 : Free Vita-Lea 😀
Gara gara pemandu myvi lain, semua yg memiliki myvi terasa .. semoga tragedi ni jadi pedoman semua
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Mr London Ms Langkawi di Astro
darah muda katanya….kesian arwah dan anak arwah yang tiba tiba jadi yatim piatu
Curahan rasa din @ ..Familia Myvi Club Tiba Tiba Jadi Famous
Comments are closed.