Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terkejut apabila lewat malam 11 September 2015 Ustaz Noheas, Mudir Madrasah An Nuur kirim wassap beberapa gambar tragedi kren tumbang di Masjidil Haram. Ketika itu belum dapat disahkan jumlah yang terkorban. Ustaz Noehas musim haji 2015 terpilih bertugas di bawah Kedutaan Saudi membantu jemaah Haji Malaysia yang bermasalah dengan hukum hakam. Teringat gambar-gambar dalam Kaabah memang terasa rindu inikan pulak mendengar tragedi begini pasti tersentuh hati.
Sudah beberapa musim haji tidak diuji dengan tragedi yang terakhir banjir besar yang melanda Jeddah. Gambar-gambar musim haji 2014 memang kelihatan tenang tanpa tragedi. Musim haji 2015 selain cuaca yang agak panas juga diuji beberapa kali dengan hujan yang sangat lebat. Sebelum berlaku kejadian kren tumbang Mekah dilanda hujan sangat lebat diikuti dengan kilat dan petir. Ada yang mengatakan kren yang tumbang setelah terkena petir besar. Kren tumbang berhampiran pintu As Salam dan menimpa bangunan di mana bangunan sa’ie terletak. Serpihan dibahagian hujung jatuh ke Mataf menghempap ramai jemaah yang ramai.
Mengikut berita terbaru lebih 107 jemaah disahkan meninggal dunia dan lebih 238 orang yang cedera parah dan ringan. Beberapa jemaah Malaysia juga tercedera dan enam orang masih belum dapat dikesan. Berikut antara nama jemaah Malaysia yang belum dikesan :
- Abdul Habib Lahman (68 tahun), Sik, Kedah
- Shahidan Saad (52 tahun), Kodiang, Kedah
- Zainun Taha (69 tahun), Ampang, Selangor
- Rohana Ismail (54 tahun), Kuala Krai, Kelantan
- Munah Jusoh ( 73 tahun), Cherang Ruku, Kelantan
- Siti Nurolshlizan Zolkifli (37 tahun), Tanah Merah, Kelantan
101 Comments
camne pun respon kite, setiap yang berlaku atas izin Allah jua…
Curahan rasa huda @ ..Cara Menghilangkan Keputihan Secara Semulajadi Tanpa Ubat
berita ni memang mengejutkan sebab jarang sekali berlakunya insiden sebegini. lebih lebih lag di mekah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
Semoga keluarga tabah. Mereka insan terpilih. Banyak dugaan jemaah haji tahun ni, moga semuanya dikurniakan haji mabrur.
ahli keluarga masih lagi bersedih dengan berita ni. tapi dlm masa yg sama mereka gmbira sebab yang tersayang meninggal di tempat paling suci.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
takziah kepada ahli keluarga yang terkorban..tak dapat bayangkan kalau kita sendiri yang berdepan dengan keadaan camtu.
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Huawei Honor 7 Recorded 9 Million Pre-order
Al-salaam. Memang sekarang, Makkah jadi tumpuan dunia dikarenakan 2 tragedi ini. Tapi hal ini membawa kesan yang kurang bagus terhadap imej pemerintah Saud khasnya. Banyak kritikan-kritikan yang dilemparkan berkenaan pengurusan dan sistem. Sebetulnya, tragedi ini tiada kena-mengena dengan sistem, karena pemerintah Saudi sudah pasti menggembleng idea bagi melancarkan perjalanan haji para jemaah seluruh dunia. Agak tidak adil juga jika perkara ini terlalu dibesar-besarkan media, lebih-lebih lagi media yang cuba memalitkan arang pada wajah Islam…
memang terkejut gak la kisah ni.
la ni..kisah kat mina plak.
memang pening fikir hal dunia sekarang ni.
huru-hara sana-sini.
Curahan rasa titan @ ..Kembali dengan penuh sinar TUJUH warna pelangi.
Pelbagai dugaan buat jemaah haji tahun ni..
semoga Allah merahmati mereka yang terlibat dengan trajedi ini
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Antioksidan Bertindak Mencegah Anti Penuaan Kulit Pramatang?
Inna Lillaahi Wa inna ilaihi raaji’uun… terkorban hari Jumaat… disemadikan di tempat yg mungkin diidamkan…
Curahan rasa muhammad nizam @ ..PENGHUJUNGNYA SAMA SAHAJA
Ramai yang mengidamkan meninggal di Tanah Haram..
namun kejadian seperti ini diharap tidak berulang lagi
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Antioksidan Bertindak Mencegah Anti Penuaan Kulit Pramatang?
Allahu.. Sayunya apabila membaca kisàh mereka yang terpilih ini. Ada yang meninggalkan pasangan masing-masing mengerjakan haji berseorangan. Dapat bayangkan kesedihan keluarga di Malaysia, hantar berdua, yang pulang sorang je. Apapun mereka insan terpilih.
Curahan rasa ummi mra @ ..5 Cara Mengatasi Sembelit Secara Semulajadi
Betul tu, sayu ja bila tengok jemaah yang terlibat..namun Allah lebih tahu perancangannya…ada hikmah disebalik kejadian
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Gunakan Bawang Putih Sebagai Sokongan Sistem Imun Badan
Al fatihah buat semua mangsa. Ada hikmahnya perkara semacam ini berlaku.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Cara terakhir yang boleh anda lakukan untuk menjimatkan minyak kenderaan anda.
Memang besar hikmahnya kejadian yang berlaku…
Tetapi kerajaan Arab perlu ambil iktibar tentang kejadian ini
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Antioksidan Bertindak Mencegah Anti Penuaan Kulit Pramatang?
Innalillah. Semoga arwah di tempatkan bersama orang- orang yang beriman. Sebak bila tengok gambar- gambar tu..
Curahan rasa Izzah @ ..Rezeki Takkan Datang Dengan Mudah…
Tengok wajah anak-anak mereka sayu je kan..
Tetapi mereka adalah insan yang terpilih
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ibu Menyusukan Bayi Risau Tidak Datang Haid ?
Semoga semua jamaah dalah keadaan sehat wal afiat dan bisa kembali ke laman masing-masing
Curahan rasa Abang Hasan @ ..Contoh Desain Lemari Buku Modern Minimalis
Harapannya begitu la, semoga jemaah haji berada didalam lindungan dan rahmat Allah selalu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Apa itu galactagogue ? Adakah ibu menyusu memerlukannya?
Moga dirahmati Allah dan tergolong dikalangan mereka yang beriman.,
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Tabahkan hati.
Curahan rasa Syazrin Rayhan @ ..5 jenis minuman yang boleh mengurangkan berat badan
Berat lagi bahu keluarga mangsa yang terlibat..namun pastinya mereka redha dengan pemergian itu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Inginkan Kulit Sentiasa Sihat dan Bebas Jerawat?
hari ini dikejutkan dengan seorang jemaah bangsa arab menampar imam masjid negara selepas solat jumaat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Ulangan Latihan Separa Perubatan
Allah, kenapa perkara sebegini berlaku..
apa sebab musababnya? semoga ada tindakan di ambil
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Inginkan Kulit Sentiasa Sihat dan Bebas Jerawat?
Comments are closed.