Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terkejut apabila lewat malam 11 September 2015 Ustaz Noheas, Mudir Madrasah An Nuur kirim wassap beberapa gambar tragedi kren tumbang di Masjidil Haram. Ketika itu belum dapat disahkan jumlah yang terkorban. Ustaz Noehas musim haji 2015 terpilih bertugas di bawah Kedutaan Saudi membantu jemaah Haji Malaysia yang bermasalah dengan hukum hakam. Teringat gambar-gambar dalam Kaabah memang terasa rindu inikan pulak mendengar tragedi begini pasti tersentuh hati.
Sudah beberapa musim haji tidak diuji dengan tragedi yang terakhir banjir besar yang melanda Jeddah. Gambar-gambar musim haji 2014 memang kelihatan tenang tanpa tragedi. Musim haji 2015 selain cuaca yang agak panas juga diuji beberapa kali dengan hujan yang sangat lebat. Sebelum berlaku kejadian kren tumbang Mekah dilanda hujan sangat lebat diikuti dengan kilat dan petir. Ada yang mengatakan kren yang tumbang setelah terkena petir besar. Kren tumbang berhampiran pintu As Salam dan menimpa bangunan di mana bangunan sa’ie terletak. Serpihan dibahagian hujung jatuh ke Mataf menghempap ramai jemaah yang ramai.
Mengikut berita terbaru lebih 107 jemaah disahkan meninggal dunia dan lebih 238 orang yang cedera parah dan ringan. Beberapa jemaah Malaysia juga tercedera dan enam orang masih belum dapat dikesan. Berikut antara nama jemaah Malaysia yang belum dikesan :
- Abdul Habib Lahman (68 tahun), Sik, Kedah
- Shahidan Saad (52 tahun), Kodiang, Kedah
- Zainun Taha (69 tahun), Ampang, Selangor
- Rohana Ismail (54 tahun), Kuala Krai, Kelantan
- Munah Jusoh ( 73 tahun), Cherang Ruku, Kelantan
- Siti Nurolshlizan Zolkifli (37 tahun), Tanah Merah, Kelantan
101 Comments
Apa yang berlaku memang mengejutkan. Lebih mengejutkan ialah ramai jemaah haji dari Malaysia yang terkorban, in Sha Allah Syahid.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Pengalaman Memiliki Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version
Semoga diterima amalan mereka dan digolongkan dikalangan mereka syuhada…aminnn
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Allahurobbi… sedih sangat… Arwah insan terpilih… Semoga kita juga mendapat kematian yg mulia seperti jemaah2 di sana… Aminnn
Moga Allah swt memperkenankan doa Nursimatun. Dan memilih saya juga dengan hasnul khatimah..
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Sedih bila terima berita ni. Mereka insan terpilih sbg motivasi amalan kita pula.
Curahan rasa raihanah @ ..Tips Kurangkan Kesan Kesihatan Disebabkan Jerebu
Hati saya amat tersentuh melihat gambar yang dikongsikan dalam blog ini..kita redha sahaja lah buat masa sekarang..ia adalah ujian iman
Curahan rasa mrhanafi @ ..Wahai Masa Jangan Tinggalkan Daku
sayu sangat bila tengok gambar2 tragedi… sedih… tapi habuan yang sangat baik bagi mangsa… Perfect time n perfect place… moga Syurga balasannya… Allah… 🙁
Curahan rasa Nora Karim @ ..Jerebu: Sekolah Tutup 15.09.2015
Alfatihah kepada mangsa dan kepada waris banyakkan bersabar..moga roh mereka ditempatkan bersama orang yg beriman..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Wahai Masa Jangan Tinggalkan Daku
perfect timing..perfect place…in sha Allah syurga untuk para mangsa..
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Organisasi Akatsuki Afkar dan Ajaran Sesat Tarekat Naqsyabandiyah Indonesia
al fatihah, kita sedekahkan kepada mangsa mangsa jemaah haji yang terkorban semasa menunaikan ibadah haji di sana.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Hiperinflasi Wang Kertas Tak Laku
Raihanah saya juga sebak bila melihat berita tersebut.Moga diberi kesabaran yang tinggi buat keluarga keluarga mangsa kejadian.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Ada video yang dikongsikan..tetapi sukar nak menonton kerana sedih sangat..apa lagi keluarga mangsa yang terlibat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Mempercepatkan Penyembuhan Luka Selepas Bersalin
Masa mula-mula dapat berita macam nak percaya dengan tidak..
Bila dah ramai yang berkongsi, baru percaya..
Semoga Allah merahmati mereka semua
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Peluang Percutian PERCUMA ke Bangkok 2016!
Sayu hati dengan kejadian ni, tambah-tambah yang terkini 5 orang rakyat Malaysia juga meninggal dunia. Beruntungnyaa. Harap ahli keluarga tabah & redha, mereka pergi dengan mulia sekali.
Curahan rasa ummi mra @ ..Rokok : Minda Kita Sedang Dijajah!
Memang sayu terasa bila dengar berita ni..kiranya tragedi akhir di Mekah dulu ada kaitan dengan terowong kan..semoga mereka yang telah kembali ke rahmatullah mendapat tempat yang mulia di sisi Allah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Inginkan Kulit Sentiasa Sihat dan Bebas Jerawat?
Melihat kepada goto di atas, begitu banyak kren yang ada di sini. Ia menganggu dan malah boleh berlaku seperti ini, namun ia tidak beri pethatian sewajarnya. Apa alasan pihak berkuasa Arab Saudi dalam tragedi ini?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Review Blog: Yeopmaz.com Jadi Pilihan
Pembinaan ini memang telah lama bermula dan tidak pernah berhenti. Mak yang ke Mekah hampir 15 tahun dulu pun katanya memang dah ada kren kren ini dan masih ada bila beliau menunaikan umrah tahun lepas.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Resepi Cekodok Kentang & Ikan Bilis Rangup ~
Perkara dah berlaku semua ini adalah Qada dan Qadar. Kita tidak tahu apa akan bakal terjadi. Kita pun tidak tahu di mana ajal menjemput kita nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Review Blog: Yeopmaz.com Jadi Pilihan
Benar, meninggal ketika menunaikan haji sesuatu yang sangat bermakna. Namun, kaum keluarga pasti berasa dukacita disebabkan kemalangan ini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Resepi Cekodok Kentang & Ikan Bilis Rangup ~
Keluarga mangsa kena terima qada dan qadar ini. Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Semoga pihak berkuasa Arab Saudi menyiasat trgedi ini dan janganlah biat kerja ketika umat Islam yang tengah ingin menunaikan ibadat haji.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Review Blog: Yeopmaz.com Jadi Pilihan
Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi tragedi yang menyayat hati dan sanubani.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Review Blog: Yeopmaz.com Jadi Pilihan
Dalam group wasap pun ada yang mengenali mangsa yang terlibat..
Sedih namun mereka adalah insan yang terpilih
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Borage Seed Oil Untuk Mengatasi Masalah Jerawat
Sedih mendengar berita ini, tragedi yang tidak mahu kita lihat telah terjadi. Ada hikmah di sebalik tragedi ini. Al-Fatihah buat mangsa semua.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Review Blog: Yeopmaz.com Jadi Pilihan
Hikmah yang belum kita nampak..
semuanya ujian dariNya buat hambaNya yang bertaqwa
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Anda Mencari Pengedar SHAKLEE Bandar Baru Bangi?
Bukan semua orang berpeluang untuk syahid di bumi tanah suci..mereka terpillih dikalangan kita semua..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Wahai Masa Jangan Tinggalkan Daku
Comments are closed.