Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terkejut apabila lewat malam 11 September 2015 Ustaz Noheas, Mudir Madrasah An Nuur kirim wassap beberapa gambar tragedi kren tumbang di Masjidil Haram. Ketika itu belum dapat disahkan jumlah yang terkorban. Ustaz Noehas musim haji 2015 terpilih bertugas di bawah Kedutaan Saudi membantu jemaah Haji Malaysia yang bermasalah dengan hukum hakam. Teringat gambar-gambar dalam Kaabah memang terasa rindu inikan pulak mendengar tragedi begini pasti tersentuh hati.
Sudah beberapa musim haji tidak diuji dengan tragedi yang terakhir banjir besar yang melanda Jeddah. Gambar-gambar musim haji 2014 memang kelihatan tenang tanpa tragedi. Musim haji 2015 selain cuaca yang agak panas juga diuji beberapa kali dengan hujan yang sangat lebat. Sebelum berlaku kejadian kren tumbang Mekah dilanda hujan sangat lebat diikuti dengan kilat dan petir. Ada yang mengatakan kren yang tumbang setelah terkena petir besar. Kren tumbang berhampiran pintu As Salam dan menimpa bangunan di mana bangunan sa’ie terletak. Serpihan dibahagian hujung jatuh ke Mataf menghempap ramai jemaah yang ramai.
Mengikut berita terbaru lebih 107 jemaah disahkan meninggal dunia dan lebih 238 orang yang cedera parah dan ringan. Beberapa jemaah Malaysia juga tercedera dan enam orang masih belum dapat dikesan. Berikut antara nama jemaah Malaysia yang belum dikesan :
- Abdul Habib Lahman (68 tahun), Sik, Kedah
- Shahidan Saad (52 tahun), Kodiang, Kedah
- Zainun Taha (69 tahun), Ampang, Selangor
- Rohana Ismail (54 tahun), Kuala Krai, Kelantan
- Munah Jusoh ( 73 tahun), Cherang Ruku, Kelantan
- Siti Nurolshlizan Zolkifli (37 tahun), Tanah Merah, Kelantan
101 Comments
Alfatihah untuk yang terkorban..semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini
Curahan rasa Ummu Athiyah Ismail @ ..Derma Darah Jadikan Kita Lebih Sihat?
Al-Fatihah..,, semoga Allah cucuri rahmat terhadap mangsa dan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Review Blog: Yeopmaz.com Jadi Pilihan
mudah-mudahan keluarga yang ditinggal mendapatkan ketabahan dan yang meninggal ditempatkan disisi allah dan semoga menjadi haji mabrur amiin
Curahan rasa obat jantung bengkak @ ..ICP Kapsul
Al-Fatihah buat mereka yang terkorban.
Takziah diucapkan buat ahli keluarga mangsa.
Trajedi yang tidak dijangka dan sangat menginsafkan pasti ada hikmah disebaliknya.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Apa Aku Rasa
meninggal di bumi Mekah suatu perkara yang diidamkan oleh semua orang cuma kali ni tragedi teruk menimpa mereka. Semoga segala urusan jemaah haji dipermudakan oleh Allah swt.
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Karaoke | Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari
Ya…. ramai yang mahu mati di Mekah namun tragedi macam ini bukan kita mahu lihat. Semoga semua tabah hadapi ujian ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Review Blog: Yeopmaz.com Jadi Pilihan
Innalillah. Terbaru 3 lagi jenazah warga Malaysia disahkan oleh Tabung Haji. Semoga Allah menempatkan roh mereka dikalangan yg beriman. Amin
Curahan rasa Mama Olin @ ..Peluang Bercuti ke Bangkok 4D3N 2016 secara PERCUMA
Dengar khabar ramai juga jemaah haji dari Malaysia yang terkorban. Al-Fatihat buat semua yang terkorban di sana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Review Blog: Yeopmaz.com Jadi Pilihan
Kren ini memang telah lama ada di sana untuk kerja-kerja pembesaran bagunan, cuaca yang tidak menentu kali ini penyebab tragedi.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Resepi Cekodok Kentang & Ikan Bilis Rangup ~
Katanya pihak berkuasa Arab Saudi, ia disebabkan ribut pasir yang kuat dan menumbangkan kren terbabit.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Review Blog: Yeopmaz.com Jadi Pilihan
Innalillahhiwainnailaihirajion
Mereka meninggal di bumi Mekah di dalam tempat paling suci di hari Jumaat..
Curahan rasa emalin mohd @ ..Sumber Kalsium Terbaik Pengganti Susu
Treagedi yang amat menyedihkan. Moga semua yang terlibat redha atas ketentuan Allah ini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Resepi Cekodok Kentang & Ikan Bilis Rangup ~
bertuahnya mereka dicabut nyawa ketika dalam niat ingin menunaikan haji
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Benar, itu adalah impian setiap umat Islam yang menunaikan haji di sana.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Resepi Cekodok Kentang & Ikan Bilis Rangup ~
semoga keluarga mangsa tabah dgn ujian ni. jarang ada bnyak kematian di mekah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Kita semua akan mati.Namun tak tahu akan mati kat mana.Sekiranya mati di tanah suci ia adalah insan terpilih untuk syahid di jalan Allah SWT.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rangsang Idea Dengan Segelas Kopi
mereka dah pergi mengadap allah. kita ni entah bila dan bagaimana
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Abang dan kakak Mek ila juga berada di sana ketika ini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Resepi Cekodok Kentang & Ikan Bilis Rangup ~
Tiada diapa yang mahu mati sedemikian rupa tetapi jika ditakdirkan kita mati di Mekah, itu adalah satu keistimewaan dari Allah yang dipilihnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Review Blog: Yeopmaz.com Jadi Pilihan
Astaghfirulloh, mudah2an mereka yang di mekah di beri kesabaran dan yang tewas d ampuni semua dosa-dosanya.. amiin
Curahan rasa de nature @ ..Obat Asam Urat Ampuh Ziirzax & Ganoluci
Kalau di sini banyak pokok tumbang kerana ribut. Di sana kren tumbang kerana ribut. Cuaca sekarang sudah tidak menentu. Kren tumbang yang akibatkan kematian ini adalah ujian tuhan untuk jemaah haji…
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kata Syeikh⦠Kamu Sedang Bantu Syaitan.
Semoga semua jemaah dpt bersabar dgn dugaan ini. Mudah-mudahan dikurniakan haji mabrur
Curahan rasa Mama Olin @ ..Bagaimana mengatasi anak gagap
mengerikan sekali, seperti potingan saya di
http://myinformationforyouall.blogspot.co.id/2015/09/karakter-imut-pembawa-maut-silahkan-di.html
Salah satu ujian berat yang menimpa jemaah haji tahun 2015..semoga ianya memberi rasa keinsafan dalam hati kita..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rangsang Idea Dengan Segelas Kopi
Benar, sama sama kita doakanagar ibadat haji dapat dilakukan dengan sempurna. Ramai yang masih trauma.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Resepi Cekodok Kentang & Ikan Bilis Rangup ~
sama2 kita mendoakan keselamatan buat semua jemaah haji & semoga mereka yang terkorban di tempatkan di syurga
Curahan rasa lekatlekit @ ..INILAH NAMA TEMPAT YANG ADA UNSUR LUCAH & MENCARUT
InsyaAllah, Amin. Selain keluarga ada juga saudara mara dan kenalan Mek ila di sana ketika ini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Resepi Cekodok Kentang & Ikan Bilis Rangup ~
Comments are closed.