Trafik Organik dan kelebihannya

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dalam entri “Cara Jadi Top Blog Personal Malaysia” aku ada sentuh tentang Trafik Organik. Soalan dari Hilalazmi, “Trafik organik ni berkualiti ke? Ataupun disebabkan dia seiring dengan keinginan Google berlandaskan keyword ?” Ada juga Rakan Blogger yang tanya macam mana nak tahu jumlah Trafik Organik sebuah blog.

Antara tools terbaik untuk mengesan trafik sebuah blog adalah menggunakan Google Analytics yang hanya memerlukan akaun Google untuk mendaftar percuma. Sumber trafik Google Analytics di katogerikan kepada 4 iaitu Search Engines, Reffering Sites, Direct Traffic dan Other. Fokus kita adalah kepada trafik dari Search Engines yang juga merupakan Trafik Organik.

Contoh trafik blog dari rakan-rakan blog utk blog Denaihati.
Contoh trafik blog dari rakan-rakan blog utk blog Denaihati.

Majoriti Top Blog Malaysia dan Dunia yang dilawati berpuluh ribu pelawat setiap hari mempunyai Trafik Organik melebihi 70%. Peratusan yang tinggi ini terhasil kerana banyak penulisan blog berkualiti yang menjadi antara Top 10 Search Engines dan paling penting berkekalan dalam jangka masa panjang. Untuk meletakan sesuatu entri baru di dalam Top 10 Search Engines bukanlah susah sebenarnya tetapi untuk mengekalkan dalam tempoh yang lama itu yang sukar. Antara penulisan aku yang paling lama kekal no 1 di Google Search adalah entri ilmiah “Seks Pagi” yang ditulis pada 27/3/2009.

Trafik Organik sangat diperlukan semakin banyak jumlahnya semakin bagus jadi tidaklah Blogger hanya mengharap trafik lawatan balas dari Rakan Blogger sahaja. Ramai Blogger antarabangsa yang fokus untuk meningkatkan jumlah Trafik Organik melebihi 70% yang akhirnya pelawat ini akan diubah menjadi Loyal Visitor melalui menulisan blog yang berkualiti.

Banyak juga komen-komen yang aku baca mengatakan Blogger itu dan ini Gila Trafik. Kalau property pentingkan Lokasi, Lokasi dan Lokasi maka blog pentingkan Trafik, Trafik dan Trafik. Cuma untuk mendapat Trafik Organik atau trafik lain perlukan ILMU supaya kita kelihatan lebih profesional dan tidak kelihatan terlalu Gila Trafik. ILMU untuk mendapat Trafik Organik dan kelebihnya boleh dipelajari melalui pembacaan di banyak Blog Profesional terutama Blog Antarabangsa. Hanya perlu rajin mencari sahaja.


Spread the love

125 Comments

  1. betul.. banyak kelebihan trafik organik ni… cuma yang aku perasan, masalah kebanyakkan blogger (yang target trafik organik) hadapi, adakah entri tu ditaip utk search engine atau untuk manusia..

    Kalau untuk search engine semata-mata, entri tu mcm kosong je.. takde jiwa.. rasa mcm tak puas je walaupun dapat banyak trafik organik.. Tu pada aku la.. Orang lain mungkin tak kisah pasal ni kot..

    sekarang ni bila aku taip entri yang target kebanyakkan trafik dia datang dari search engine, aku cuba untuk jadikan entri tu untuk manusia.. Tak susah tapi tak mudah.. Hmmm
    Curahan rasa akid @ ..Untuk perempuan yang curangMy Profile

      1. Kebanyakan blog yg hanya menulis untuk SEO tidak mempunyai Loyal Visitor dan jarang sekali menjadi Top Blog. Top Blog ini bukan hanya bergantung pada banyaknya trafik tetapi banyak faktor lain mempengaruhi untuk jadi Top Blog.

        1. maybe 1 hari nnti denaihati boleh cerita pasal faktor lain tu.. Aku rasa ‘faktor lain’ tu mcm kompleks je kalau nak huraikan.. 😀

  2. Trafik organik sangatlah penting apalagi bila kita mencari penghasilan melalui google adsense, pasti nilai $$$$ yang diperoleh akan lebih tinggi dari pada pendapatan yang di dapat dari visitor yang langsung masuk blog kita lewat browser…
    nice share denaihati…
    Curahan rasa Rina As @ ..Cara Membuat Read More di BlogspotMy Profile

  3. Teringat pula aku pada visitor yang komen dalam blog ariffshah, sikit2 komen gila traffik. Asal ada isu sama je mesti cakap gila traffik. Semua orang macam tu ke? Aku x rasa smua orang camtu.. Isu sama tapi lain2 pendapat.. MAnusia ada bermacam2 fikiran dan luahan yang nak disampaikan.. Lain orang lain pendapat.. Biarpun isinya nampak macam mengarut, tetapi mungkin adminnya dalam proses nak menghasilkan penulisan yang baik kan.. Bukan sebulan tulis dah boleh hasilkan penulisan yang menarik, ianya mengambil masa… Yang berkata2 org lain gila traffik tu pun lebih kurang sama je dalam blog dia ada tulis jugak..haish.. Takkanlah sesama blogger nak tuding jari itu ini kan.. Belum jadi kes masing2 sokong, bila dah jadi kes, masing2 tuduh orang itu ini.. Ssh sangat ke segelintir blogger tu nak fikir positif..
    Tapi aku lebih cenderung pada traffic oraganik sebab nak blogwalking sekarang memang dah x mampu dengan rutin kerja yang x normal macam dulu..ha3
    Curahan rasa Jai @ ..Jawatan Kosong UiTM Shah Alam (Pentadbiran)My Profile

  4. sedang dalam proses mendalami ilmu bagaimana nak dapatkan organic traffic yang banyak..setakat ni cuma blog-blog niche aku sahaja dapat organic traffic..sampai sekarang..erm..mungkin article marketing boleh jadi camtu kot?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!