Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dalam entri “Cara Jadi Top Blog Personal Malaysia” aku ada sentuh tentang Trafik Organik. Soalan dari Hilalazmi, “Trafik organik ni berkualiti ke? Ataupun disebabkan dia seiring dengan keinginan Google berlandaskan keyword ?” Ada juga Rakan Blogger yang tanya macam mana nak tahu jumlah Trafik Organik sebuah blog.
Antara tools terbaik untuk mengesan trafik sebuah blog adalah menggunakan Google Analytics yang hanya memerlukan akaun Google untuk mendaftar percuma. Sumber trafik Google Analytics di katogerikan kepada 4 iaitu Search Engines, Reffering Sites, Direct Traffic dan Other. Fokus kita adalah kepada trafik dari Search Engines yang juga merupakan Trafik Organik.
Majoriti Top Blog Malaysia dan Dunia yang dilawati berpuluh ribu pelawat setiap hari mempunyai Trafik Organik melebihi 70%. Peratusan yang tinggi ini terhasil kerana banyak penulisan blog berkualiti yang menjadi antara Top 10 Search Engines dan paling penting berkekalan dalam jangka masa panjang. Untuk meletakan sesuatu entri baru di dalam Top 10 Search Engines bukanlah susah sebenarnya tetapi untuk mengekalkan dalam tempoh yang lama itu yang sukar. Antara penulisan aku yang paling lama kekal no 1 di Google Search adalah entri ilmiah “Seks Pagi” yang ditulis pada 27/3/2009.
Trafik Organik sangat diperlukan semakin banyak jumlahnya semakin bagus jadi tidaklah Blogger hanya mengharap trafik lawatan balas dari Rakan Blogger sahaja. Ramai Blogger antarabangsa yang fokus untuk meningkatkan jumlah Trafik Organik melebihi 70% yang akhirnya pelawat ini akan diubah menjadi Loyal Visitor melalui menulisan blog yang berkualiti.
Banyak juga komen-komen yang aku baca mengatakan Blogger itu dan ini Gila Trafik. Kalau property pentingkan Lokasi, Lokasi dan Lokasi maka blog pentingkan Trafik, Trafik dan Trafik. Cuma untuk mendapat Trafik Organik atau trafik lain perlukan ILMU supaya kita kelihatan lebih profesional dan tidak kelihatan terlalu Gila Trafik. ILMU untuk mendapat Trafik Organik dan kelebihnya boleh dipelajari melalui pembacaan di banyak Blog Profesional terutama Blog Antarabangsa. Hanya perlu rajin mencari sahaja.
125 Comments
Traffik Organik memang bagus untuk meningkatkan pengunjung……….
ingatkan baja je ada organik.. rupanya trafik pun ada.. banyak faedah trafik organik ni.. nak study lebih ni..
JOM BACA NI : CONTEST : Berbuka Puasa Bersama Madammondoq Di Bangkok House
Curahan rasa madammondoq @ ..MENCARI BLOGGER KREATIF
Salam.
nak cari tarffik oragink tu yang susah kan? Kira kena pakai baja organik jugak ler kan? 😀 😀 😀
Curahan rasa Baju Kurung Budak @ ..Baju raya harga borong
hmm kalau cerita pasal sukan je senang dpt trafik organik ka..huhu
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Man Utd dan Arsenal hilang pemain penting mereka
Salam,
lama tak masuk google analytics, last login time tu tgk trafik organic 78% 😀
dan keywords evergreen dah setahun lebih berada di top1 “edit gambar” taip sahaja keywords tu tengok, hehe.
penyumbang trafik kekal, setiap hari ada je keywords tu masuk, bukan sikit, banyak, hehee evergreen kan opss!!! terlebih sudah, ada jugak beberapa keywords evergreen tapi saya suka kongsikan keywords tu 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Golden Churn Butter Haram! Tidak Halal
byk sgt dapat ilmu dr sini. tq byk2. semoga bulan puasa ni memurahkan rezeki Denaihati. kne ubah sikit penulisan blog sy nampaknya
Curahan rasa ub3y @ ..Di Celah Celah Kehidupan
Kena buat jugak tafik organik
Curahan rasa BloggerHowtt @ ..Buat Duit Dengan Blog
web aku paling banyak trafik organik.. heheh
Hendak dapat trafik perlukan ilmu dan usaha. Apa salahnya menikmati trafik yang dihasilkan dengan perat jerih.
banyak kan membaca DenaiHati..insyallah banyak ILMU dapat 😀
Curahan rasa azrijohan @ ..Trick mudah nak join TRIBERR
Betul tu
Curahan rasa BloggerHowtt @ ..Insentif Tunai dan Rewards dari Blogger Otai
tanpa trafik.. blog kita mati
sejak saya lihat blog ni, baru saya tahu apa itu trafik organik. walaupun masih kurang memahami, dan terus belajar.
Curahan rasa Teratakerapung @ ..Kedinginan Pagi Aku Berpuisi
kiranya trafik organik adalah trafik yg sentiasa adalah ye..hurmm, thanks for the info =)
Curahan rasa miss lyzeer @ ..Give Away " Saya Giler Bola"
check brp percent SEO blog, ubah blog jadi lebih mesra engin, buat artikel menggunakan bahasa mudah difahami. bina hubungan dengan pembaca. contoh terbaik, seperti denaihati buat, anjur contest dan mcm2 lagi. 🙂
Curahan rasa jyundoo @ ..17 Ramadhan itu Nuzul Quran
Comments are closed.