Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ingat sebelum ini aku berlibur di Pekanbaru, Indonesia bersama Toshiba Portege Z830 Ultrabook dan kali ini bawa bersama dalam Kembara Kemboja iaitu penerbangan bersama AirAsia selama 2 jam dan diikut perjalanan darat daripada Siem Reap ke Battambang dan berakhir di Phnom Penh sejauh lebih 500km. Memang tidak terasa menyandang Toshiba Portege Z830 Ultrabook sepanjang Kembara Kemboja kerana nipis dan ringan seperti yang telah dibuktikan dalam entri Ping Pong Challenge.
Kenapa tak percaya ke Toshiba Portege Z830 Ultrabook ini ringan? Aku sendiri pun terkeliru apabila diminta membandingkan berat Toshiba Portege Z830 Ultrabook dengan berbagai barangan lain dalam masa 60 saat. Jom tengok perbezaan video perbezaan berat antara Toshiba Portege Z830 Ultrabook dengan berbagai barangan pilihan dalam Toshiba Intel Ultrabook Challenge – Q&A Challenge. Pasti peserta My #toshibaultrabook contest dah boleh jawab soalan yang diberi.
Sebelum ini aku dah kongsikan Toshiba Portege Z830 Ultrabook ini ringan, nipis, bateri tahan sehingga 7 jam, ada berbagai ports, boleh dijadikan mobile bateri untuk charge hp, pantas hanya perlu 2 saat untuk loading, tahan tekanan sehingga 100kg dan kalis air. Kali ini aku nak kongsikan kehebatan lain Toshiba Portege Z830 Ultrabook iaitu mempunyai eco-mode yang apabila diaktifkan akan membantu bateri tahan lama. Toshiba Portege Z830 Ultrabook juga mempunyai fingerprint scanner yang meningkatkan keselamatan utrabook daripada digunakan oleh mereka yang tidak sepatutnya. Portege Z830 juga mempunyai webcam, bulletin board untuk berita terkini, battery manager dan banyak lagi fasiliti yang boleh menyebabkan pengguna jatuh cinta dengan Toshiba Portege Z830 Ultrabook bukan sekadar Ultrabook.
Akhirnya Blogger Ben Ashaari telah dinobatkan pemenang keseluruhan Toshiba Intel Ultrabook Challenge dan prestasi aku tidaklah teruk sangat di tangga ke empat. Markah terkumpul sepanjang permainan ini adalah 30% daripada keseluruhan Toshiba Intel Ultrabook Challenge.
Berita paling mengembirakan kami lapan Blogger Malaysia dan Singapore adalah apabila diakhir Toshiba Intel Ultrabook Challenge diumumkan bahawa Toshiba Portege Z830 Ultrabook yang sebelum ini hanya untuk uji guna secara sah telah menjadi milik peribadi kami. Terima kasih Toshiba Intel Malaysia.
Semua kehebatan Toshiba Portege Z830 Ultrabook terbongkar sepanjang berlansung Mark of Perfection – Toshiba Intel Ultrabook Challenge dalam empat entri yang sebelum ini iaitu :
- Toshiba Portege Z830 Ultrabook Challenge mendebarkan
- Toshiba Portege Z830 Ultrabook mimpi jadi kenyataan
- Mark of Perfection – Toshiba Intel Ultrabook Challenge
- Toshiba Intel Ultrabook Challenge dedahkan identiti Denaihati
Pengalaman menggunakan Toshiba Portege Z830 menulis entri blog sehingga dinobatkan sebagai Best of The Best Blog of The Year membuktikan Portege Z830 bukan sekadar Ultrabook tetapi gadget impian ramai Rakan Blogger terutama yang kaki kembara seperti aku. Toshiba Portege Z830 pasti akan melekat dihati pembaca blog Denaihati sebagai Ultrabook yang teringan dan ternipis di dunia.
Terima kasih kepada Toshiba dan Intel yang telah memberi kepercayaan kepada kami lapan Blogger Malaysia dan Singapore. Aksi video kesemua Blogger boleh disaksikan di The Mark of Perfection Ultrabook Challenge.
The Toshiba Portégé Z830 Ultrabook™ Inspired by Intel is the world’s lightest 13” UltrabookTM with the most complete set of ports. This post is brought to you by Toshiba and Intel. Join the conversation on the Toshiba Portégé Z830 Ultrabook, Inspired by Intel at www.facebook.com/ToshibaNotebookPC.
- Unboxing Ultrabook Toshiba Portege Z830
- Toshiba Portege Z830 Ultrabook Challenge mendebarkan #toshibaultrabook
- Toshiba Intel Ultrabook Challenge dedahkan identiti Denaihati #toshibaultrabook
- Bertemu teman lama di Intel Malaysia
- Mark of Perfection – Toshiba Intel Ultrabook Challenge #toshibaultrabook
360 Comments
untung Ben Ashaari dpt!
utk kaki jalan, laptop yg ringan mmg memudahkan,
dah lah byk bwk barang n baju…nak pikul laptop berat dah satu keje tambah beban lak…
Curahan rasa noriz @ ..Alkisah 3 idiots & Menanggung kerja…
Kalau bawa ultrabook ini tak akan ada beban lagi yang menyiksa pundak
Curahan rasa Dadan @ ..Persib Bandung vs Persipura Jayapura
taja 8 toshiba ultrabook utk 8 blogger hebat… mmg berbaloi 😉
lepas ni jualan pasti meningkat
tahniah dpt miliki toshiba canggih ni speenuhnya! u deserved it
dan tahniah juga duduk rank ke-4…oklah tu bro
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Ubah selera dengan masakan Thai
Have a Fantastic Night!
Kalau nak tukaq D90 kepada Ultrabook ni boleh ke? heheee
Curahan rasa Myra Jay @ ..Jom Pekena Mee Sotong dan Coconut Shake
Tak boleh la MJ sbb DH kata dia nk tukar Ultrabook tuh dgn Note..hahaha..kalau ler btol.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Sambutan Hari Ulangtahun TLDM ke-78
Wahhh kalau nak tukar dengan Note elok sangat la tu, boleh menerai Ultrabook..heheee
Curahan rasa Myra Jay @ ..Jom Pekena Mee Sotong dan Coconut Shake
Hahaha..kalau ler btol..mimpi je dulu, mana tau leh jd kenyataan..hehe 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Sambutan Hari Ulangtahun TLDM ke-78
Hheeee, mudah-mudahan mimpi jadi kenyataan ye.. 🙂
Doa dari jauh..
Curahan rasa Myra Jay @ ..Jom Pekena Mee Sotong dan Coconut Shake
Mungkin juga boleh, tanya saja langsung sama DH hehehe 🙂
Curahan rasa Dadan @ ..Kebahagiaan Hidup
Heheee, nak tanya segan.. 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Jom Pekena Mee Sotong dan Coconut Shake
untung ler korang boleh nak tukar2, kalau iphone 4s sah2 DH tak nak hahahhaa 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Kek Birthday Untuk Aiman
Heheee, mana tau myra dapat kelebihan ke boleh tukar.. 🙂
Tp penangan D90 lagi kuat kot rasanya 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Majlis Berinai Fasha Sandha
Emm nak pakai macbook pro @ toshiba potege z830???Haiya..
Curahan rasa Hafizul @ ..Happy Birthday Owner Denaihati
2 2 ada kelebihan, tp better ultrabook Toshiba ni la lg best 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Jom Pekena Mee Sotong dan Coconut Shake
setiap produk toshiba memang ada kelebihan, tapi ultrabook lebih banyak kelebihannya
Curahan rasa Dadan @ ..Persib Bandung vs Persipura Jayapura
memang terbaik lah…..Toshiba Portege Z830 mesti beli. hehehe
Curahan rasa hafizal @ ..Akhirnya Terjawab…Penganti ketua jurulatih badminton negara
Ye, sama gak teringin, kena kumpul duit pelan2 kalau nak beli unless ada contest untuk hadiah best ni, leh mencuba 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Jom Pekena Mee Sotong dan Coconut Shake
moga aja pada kontest di DH, kita akan dapat ultrabook ini, betulkan MJ ?
Curahan rasa Dadan @ ..Persib Bandung vs Persipura Jayapura
makin hebat denaihati nie…..bagus2
Curahan rasa hafizal @ ..Akhirnya Terjawab…Penganti ketua jurulatih badminton negara
waa nak tengok video last tu nanti , bestnya lah hai ..
Toshiba ringan ya kami percaya …
Curahan rasa puanbee @ ..Bersih 3.0 Duduk Dan Bantah Dah Mula Dah
Bee dah penah pegang dan alaminya, myra pun teringin gak.. Takpe nanti nak p pegang kat kedai 🙂 – pegang je dulu 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Jom Pekena Mee Sotong dan Coconut Shake
di kedai pun kadang tak boleh dipegang…. 🙁
Curahan rasa Dadan @ ..Kebahagiaan Hidup
iyala kan, mana tau kedai takut kita nak rosakkan ke apa kan…huhuuu
Curahan rasa Myra Jay @ ..Jom Pekena Mee Sotong dan Coconut Shake
Jadi harus gimana nih biar bisa pegang yang namanya Toshiba Portege Z830 Ultrabook
Curahan rasa Dadan @ ..Kebahagiaan Hidup
wahhh maklumlah Toshiba Portege Z830 tu ringan so diusung ke hulu ke hilir…isteri pun DH tak buat mcm tu….dasat2….heee
tulah dasyatnya penangan Toshoba Portege Z830 ni, harap bini tak jeles hahaha
Curahan rasa yanmie @ ..Yeayy Aiman Dah 6 Tahun!
Takpe , isteri DH sporting hahaha
Curahan rasa puanbee @ ..Bersih 3.0 Duduk Dan Bantah Dah Mula Dah
Hheeee, Toshiba tu nipis dan ringan tu yg syok bawak ke hulu ke hilir 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Jom Pekena Mee Sotong dan Coconut Shake
abis tu bini gemuk ke? hahhaahaa cam perli je tu 😛
Curahan rasa yanmie @ ..Kek Birthday Untuk Aiman
Kalau part ‘G’ tu tuju kat Myra seniri gak kak yan..hehee
Curahan rasa Myra Jay @ ..Majlis Berinai Fasha Sandha
saya nak jugak…
Curahan rasa Nana @ ..Driver Teksi
Wahh…puas hati tu bro sbb dh dpt hak milik…tahniah
Curahan rasa yas @ ..Budak 8 Tahun Cipta Rekod Dunia
cool la, ade fingerprint scanner, laptop mahal je ade..
Curahan rasa zhazmi @ ..The Fear Comes : Exam
wah, best nye dpt free ultrabook.. mahal tu DH.
Curahan rasa muazfaris @ ..Wallpaper Filem The Avengers | High Quality
Hebat..hebat.., sampaikan DH begitu terujs sambil membuat banyak entri ttg gadget ni.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Terbaik 5 Entri Daripada Denaihati Di Google Search Malaysia
Jom sesama kita support DH untuk entry Toshiba ni… 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Jom Pekena Mee Sotong dan Coconut Shake
geram lama dah toshiba protege z380 nih..
Curahan rasa azmanisma @ ..Jangan Panik Jika Bandwidth Exceed Limit
Apa lagi Bro, boleh la sambar sebijik sebagai teman peribadi 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Jom Pekena Mee Sotong dan Coconut Shake
apa lagi angkat ler seketul, nanti jangan lupa bagi pinjam sehari dua heheheee 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Kek Birthday Untuk Aiman
Comments are closed.