Titah khas Agong mengenai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bersama ini di serta Titah khas Agong mengenai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011 untuk maklumat rakan blogger denaihati.

Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Mizan

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara – BERNAMA

Ulasan aku mudah je kalau dah pemimpin Negara kita tak mahu patuhi maka rosaklah sistem sesebuah Negara. Esok lusa bila Pakatan menang Barisan pulak menentang tanpa kira perlembagaan. Kalau begini jadinya siapa yang rugi? Pasti Malaysia dan ada orang di luar sana tersenyum gembira melihat kejatuhan Malaysia. Perlembagaan mesti dipatuhi untuk menjamin kesejahteraan sebuah negara bila tiba masa mengundi Pangkahlah siapa yang kita sokong jangan pulak tidur di rumah.

AKU MENENTANG BERSIH 2.0 KERANA ADA CARA LAIN UNTUK MENYELESAIKAN TUNTUTAN INI DAN BAGI AKU ADA TUNTUTAN YANG LEBIH PENTING DARIPADA INI YANG MESTI DIPERJUANGKAN SEPERTI PENGESAKAN ALLAH DALAM APA SAHAJA KEPUTUSAN NEGARA. KENAPA YANG INI PEMIMPIN KITA SEMUA TIDAK MAHU TURUN KEJALAN MEMPERJUANGKAN?


Spread the love

70 Comments

  1. Kemenangan adik perempuan Thaksin akan memberi inspirasi kumpulan BERSIH 2.0. Harapkan batal perhimpunan BERSIH 2.0 ada saluran yang betul boleh digunakan.

  2. Terbayang waktu kekecohan di Mesir. Nak sangat gulingkan kerajaan sampai nyawa melayang, harta benda musnah, kecurian sana sini. Walaupun dikatakan perhimpunan Bersih 2.0 ini aman, itu hanya “kata-kata” pemimpin yang nak pengikut jadi “tembok pertahanan” agenda politik mereka. Fikir dulu sebelum buat!
    Curahan rasa Dila.13 @ ..5 Langkah Menulis Blog Dengan RingkasMy Profile

      1. Salam Bro,

        memang setuju sangat. Menentang Bersih bukan 100% menyokong kerajaan dan bukan 100% tak setuju dengan apa yang diperjuangkan.

        Terus Terang, begitu banyak caranya, mengapa demonstrasi jalanan terhiruk pikuk melolong itu yang dipilih. Macam perjuangan oleh mereka mereka yang kecewa tak dapat apa-apa aje.

        Kumpulan ketiga adala kebanyakannya Majoriti Senyap. Mungkin tibanya silent majoriti ni buat viral bagi maklum pandangan mereka secara aman.

        🙂

  3. Pada saya, kalau rakyat masih lagi turun pada perhimpunan BERSIH 9 Julai nanti, yang berhimpun tu semuanya dikategorikan orang yang menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. umpama akal fikiran itu diletakkan di kepala lutut. Peringatan dah diberikan oleh media massa supaya jangan terlibat dengan perhimpunan. Jadi jika disimbah dengan air kimia dan juga gas pemedih mata oleh pihak berkuasa, jangan disalahkan pihak kerajaan yang memerintah.
    Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Pemberi komen paling tegar pada bulan JunMy Profile

    1. Setiap kerajaan yg memerintah pasti ada polisinya lihat bagaimana kerajaan demokrat thailand yg menembak pendemo baju merah di thailand dan menyebabkan ramai yg mati dan kerosakan yg teruk. Adakah itu cara yg terbaik?
      Curahan rasa denaihati @ ..Akibat terlebih diberi mukaMy Profile

      1. setuju…..ada perkara yang lebih penting…..agama…sedangkan, kalau 44hari tak pergi majlis ilmu, hati akan menjadi jauh, apetah lagi politik, dalam membangunkan, sepatutnya jgn ketepikan agama….mungkin mereka lupa nak selak zaman kerajaan islam memerintah bagaimana..yang patut dicontohi…
        Curahan rasa FS @ ..Bila Perempuan Dilamar Oleh Lelaki..My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!