Keputusan Malaysia vs Taiwan Kelayakan Piala Dunia kedua LIVE

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pasti 1Malaysia berdebar-debar menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Taiwan kali kedua untuk menentukan pasukan negara mana yang lebih layak ke pusingan seterusnya untuk kelayakan Piala Dunia 2014.

Malaysia bertandang ke Taiwan dengan kelebihan 2-1 tetapi bukan satu jumlah jaringan yang selamat kalau tidak dipertahankan bersungguh-sungguh. Kepincangan pasukan Harimau Malaysia lebih ketara apabila ramai pemain utama Malaysia yang cedera dan yang pasti Safee Sali tidak akan dapat diturunkan.

Jersi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia

Mari kita 1Malaysia mendoakan supaya pemain kita kuat semangat dan berjaya membawa Harimau Malaysia ke pusingan seterusnya untuk Kelayakan Piala Dunia 2014 sehingga berjaya beraksi di pusingan akhir Piala Dunia di Brazil.

Jom kita tengok Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 kedua antara Malaysia menentang Taiwan secara LIVE di Stadium Twitter bermula jam 7.00pm waktu Malaysia, mudah je letak keywords Malaysia vs Taiwan di kotak search dan rakan blogger akan dapat update setiap saat.

Keputusan Malaysia menentang Taiwan : 2 – 3 (4 – 4) Malaysia layak dengam away goal.

Malaysia akan menentang Singapore untuk pusingan kedua kelayakan piala dunia 2014 iaitu perlawanan pertama di Singapore pada 23 Julai 2011 dan perlawanan kedua di Malaysia pada 28 Julai 2011.

47 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!