Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sudah lama Blogger Ariffshah tidak berkongsi ilmu di blog ini mungkin sibuk dengan status baru sebagai suami dan kerjaya baru. Alhamdulillah setelah dipujuk sempat juga blogger kacak ini menulis sebaris dua yang boleh dijadikan panduan untuk rakan blogger. Jom kita baca cara untuk meningkatkan kredibiliti menulis blog dari sudut pandang Ariff Shah.
Sebagai blogger, apakah yang perlu dititik beratkan pada tahun 2014 ni? Ini adalah senarai saya.
1. Gunakan tema blog responsive.
Boleh kata 90% pengguna sekarang ada smartphone dan internet data. Majoriti daripada kita gunakan social media dan internet setiap hari melalui smartphone. Rugi besar kalau blog kita masih lagi menggunakan template lapuk non-responsive yang tidak berubah saiz bergantung kepada skrin paparan gadget.
Seperti yang saya terapkan dari dulu lagi tentang pembangunan blog, pastikan blog yang dibina mudah untuk diakses oleh pembaca. Kalau sekali pembaca rasa susah nak masuk blog dengan menggunakan gadget mereka sebab template berat, sampai bila-bila persepsi tersebut melekat pada kita.
Tema baru blog Ariff Shah dihasilkan menggunakan framework Genesis daripada StudioPress. Framework ni paling popular sekarang. Dihasilkan dalam masa 1 hari sahaja.
2. WordPress atau Blogspot?
Pada saya takde beza asalkan tahu guna. Banyak je laman yang hebat-hebat dihasilkan di atas platform Blogspot. Cuma kalau guna WordPress lagi senang sebab banyak developer hebat yang cipta template/plugin untuk WordPress. Pilih, bayar sikit dan guna je.
Dan untuk pengguna WordPress, banyak je seminarnya seperti yang dibuat oleh team Denaihati tahun lepas. Boleh belajar dari tahap beginner hingga advance.
3. Networking
Pasaran untuk blogger luas. Mungkin korang rasa korang rajin pergi event dan dah kenal semua orang, tapi sebenarnya ramai lagi orang lain yang korang belum kenal dan mampu dapatkan income >5k sebulan dengan hanya pergi event dan tulis advertorial.
Know the right people, make a lot of friends dan kemungkinan korang akan upgrade ke tahap yang lebih baik daripada sekarang.
4. Elakkan iklan yang menjengkelkan
Baru-baru ni semakin banyak syarikat pengiklanan dari luar masuk Malaysia contohnya macam H12. Cuma satu yang saya tak berkenan dengan H12 ni ialah iklannya yang sangat annoying. Iklan pop up dan potong bikini mereka langsung tak profesional.
Walaupun benda ni takde efek di mata advertiser lain, imej blogger yang gunakan iklan annoying macam ni akan jatuh di mata pembaca dan blogger lain. Takde orang suka iklan dan orang lagi benci iklan yang menyakitkan mata.
Apa-apa pun, terpulanglah kepada mereka yang nak meneruskan penggunaan iklan ini. Saya hanya menasihat, your blog, your rule.
5. Terakhir, define your blog. Cari niche anda, apa yang anda dan pembaca anda minat? Dari situ lebih mudah nak berkembang sebab dah ada matlamat menulis blog. Tahun 2014 bukan lagi tahun untuk menulis blog secara suka-suka. Kalau betul-betul nak buat income, maka anda perlu lebih serius dan fokus.
Semoga tahun ini dapat melahirkan lebih ramai lagi blogger yang hebat-hebat. Pasaran pengiklanan blogger di Malaysia ni masih lagi berkembang sebab semakin banyak syarikat mula memandang pengiklanan blog dengan lebih serius, jadi ada banyak lagi ruang dan peluang untuk direbut.
Good luck!
Bagaimana pula cara anda???
150 Comments
Saya juga ingin termasuk dalam blogger hebat pada masa akan datang , Doakan impian saya ini akan tercapai 🙂
Curahan rasa KANVAS DAKWAT @ ..business card MURAH !!!!
samolah den..dapat jadi blog yang berwibawa memang rasa puas sangat dengan hasil keringat sendiri
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
Terima kasih berkongsi tips DH. InshaAllah, blogger seperti saya yang masih baharu ni, bolehlah menambah lagi ilmu dunia blog. Bukan senang dan mudah nak dapat nasihat, tips dari pakar blog Malaysia.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..The Lost of “Kerajaan Malaysia Jamin” on Batu Sumpah Peringatan
Tips yang bagus untuk para blogger terutama bagi mereka yang berbisnes. Kena banyak belajar lagi pasal blog.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Setuju dengan semua tips yang diberikan. Untuk menjadi blogger berjaya pada masa kini perlulah mengikut keperluan, perkembangan dan kehendak masa kini…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate
Terima kasih untuk perkongsian tips untuk blogger ini. Tips ini boleh dijadikan panduan untuk blogger biasa macam saya ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Don’t Compare
Terima kasih atas tips yang diberikan. Untuk masa sekarang, memang wawa tengah cari kelemahan blog wawa, apa yang perlu wwa letak untuk menarik perhatian pembaca. Banyak tips tips yang wawa dapat melalui blogger lain termasuk tuan denaihati.com.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
kalau ikutkan banyak tips yang telah di tulis oleh rakan blogger di sini cuma kena rajin mencari. moga apa yang di kongsikan dapat di manfaatkan sebaik mungkin
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – Siapa, Bagaimana Saya 10 Tahun Akan Datang
Apa yang dituliskan memang betul. Blog mesti simple dan penulisan mesti hebat untuk menarik minat pengunjung. Jangan terlalu mengejar kecantikkan yang agak memberatkan blog yang penting sedap mata memandang.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
Tips-tips yang boleh dijadikan panduan.
Wan ada ber-PM dengan seorang pakar tadi, Insya Allah wan akan cuba come-out dengan niche blog tak lama lagi. Sedang mencari nama yang sesuai saja. Insya Allah. Mohon support dari semua ya.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Nak cari niche dalam penulisan blog agak mencabar. Kalau blog peribadi pun harus ada niche juga. Aku cuba fokus untuk menulis lebih dari satu niche dalam 1 blog. Tengok mana satu yang dominan.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
Aku tabik spring kepada blogger yang boleh menulis ikut niche..aku dah cuba memang mencabar…yang paling utama adalah kekangan kretiviti untuk menulis dan kekeringan idea untuk menulis…
Menulis mengikut niche ni jika berjaya memang bebaloi jika kita dapat maintain dalam menulis cerita yang berkaitan…sebab apabila orang sudah tahu blog kita pasal apa..orang yang minat akan datang balik untuk cari info pasal perkara berkenaan..
Aku pun sedang berusaha untuk buat satu lagi blog yang ada niche..semoga masa akan mengizinkan nanti..
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Erti Persahabatan
Baru nak singgah komen kat sini. Terjumpa komen bro yang agak menarik untuk dibaca.
Aku harap ko akan berjaya yer. Tips-tips yang diberikan tu ada betulnya.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
sama lah kita cuba jugak menulis dalam satu niche tapi memang susah nak fokus bila semua benda nak di tulis tapi harap-harap dapat lah lakukan
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
sudah pun bertukar kepada responsive dua bulan lalu. Ada kelebihan template responsive. Lebih ringan di smartphone
Curahan rasa kizmyself @ ..Berjanggut Den Tunggu Haaaa
Mudah untuk di baca di smartphone kalau theme resposive. Penggunaan font pun sesuai tak perlu di zoom. Jika dibandingkan dengan theme yg x responsive. Masih boleh buka di smartphone tapi paparan macam dalam laptop. Susah nak di baca terpaksa zoom….
lebih suka theme resposive sebab senang nak baca ikut smartphone .. kalau untuk pengguna blogspot boleh setting via phone dekat setting kalau tak memnag ke zoom lah bila nak baca tambah dengan loading terus tak jd
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Terima kasih atas perkongsian tips untuk blogger ni. InshaAllah akan diguna pakai untuk perbaiki blog sendiri dan menjadi hebat macam blogger hebat yang lain 🙂
Curahan rasa Azhafizah @ ..Design Full Template Blog Aria Lee
Terimakasih tipsnya… sangat bermanfaat untuk saya, karena saya baru belajar membuat blog. tentu sja sya butuh banyak tips dan himbauan dari blogger blogger senior..
saya juga berharap dapat mempertingkatkan kualiti penulisan supaya menjadi blogger yang ada nilai komersial
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kehebatan Shakira Versus Pengeboman Gaza
Semoga berjaya hero borneo. Harap menjadi contoh kepada blogger baru terutama blogger dari sarawak…
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
Comments are closed.