Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam entri sebelum ini “Selamat Tahun baru 2017”, Abang ada beri tips untuk merancang azam 2017 yang baik. Mentor motivasi menasihatkan supaya kita menulis secara terperinci dan tepat setiap azam 2017 di dalam buku khas. Kemudian kita baca setiap hari selama 40 hari semua azam 2017 yang sudah kita tulis. Insyaa Allah dengan izin ALLAH akan menjadi ransangan minda yang sangat hebat untuk kita melaksanakan semua azam yang sudah ditetapkan. Nak lagi hebat kongsikan azam yang telah kita tulis dengan isteri supaya kita lebih bersungguh-sungguh.
Kepada yang sudah menulis azam 2017 di buku khas semestinya kombinasi azam peribadi, azam keluarga dan azam kerjaya/bisnis. Sila baca setiap hari selama 40 hari dan bacalah bersungguh-sungguh dari rasa hati yang dalam. Kepada yang belum menulis azam 2017 belum terlambat untuk berbuat demikian dan entri “Muhasabah Diri dan Organisasi 2016” boleh dijadikan panduan.
Azam 2017 mesti ditulis dengan tepat jangan terlalu umum contohnya :
- Saya ingin berjaya, ini azam yang umum. Kena tulis berjaya bagaimana, contohnya saya ingin membuka satu perniagaan dengan menjana jualan RM10K sebulan.
- Saya nak baca Al Quran setiap hari, ini umum. Yang tepat, saya ingin membaca lebih daripada 5 ayat Al Quran setiap hari selepas solat Suboh.
- Saya nak menjadi anak yang soleh ini umum. Tulislah saya nak menelefon ibu bapa saya setiap dua hari sekali, menziarahi mereka sebulan sekali dan memberi duit kocek RM500 sebulan.
- Saya nak kurus itu umum. Tulislah saya hendak mengurangkan berat badan 3 kilo sebelum 30 Jun dan mengurangkan 3 kilo lagi sebelum 31 Disember 2017. Jumlah berat badan yang perlu saya kurangkan adalah 6 kilogram pada tahun 2017.
- Saya nak membaca lebih banyak buku itu azam yang umum. Tulislah saya hendak membaca sebuah buku ilmiah setiap bulan jadi jumlah saya akan baca 12 buah buku pada tahun 2107.
- Saya nak banyak bersedekah juga umum. Tulislah saya akan sedekah RM50 setiap kali solat Jumaat dan RM50 seminggu untuk sedekah dan infaq di Madrasah di seluruh dunia.
- Saya nak jadi blogger yang berjaya juga umum. Tulislah saya nak menulis entri yang berkualiti tiga kali seminggu, menulis komen di 10 blog yang berkualiti setiap hari, ikut serta anugerah blog MSMW dan hadir tiga acara blog Malaysia.
- Menambah ilmu bisnis juga umum. Tuliskan saya akan hadir 6 kelas atau seminar bisnis berbayar dalam tahun 2017.
- Saya nak jadi jutawan juga umum. Tulislah saya nak ada simpanan dalam akaun Tabung Haji sebanyak RM1juta dalam tempoh dua tahun.
Kesimpulan azam kita mesti ditulis dengan tepat bukan sekadar membayangkan sahaja. Dengan menulis baru azam tersebut masuk ke dalam jiwa kita sebenar. Kalau belum pernah menulis azam tahun baru dan membaca setiap hari selama 40 hari, sila buat dan lihat hasilnya.
Di akhir tahun 2017 kita mesti jadi seperti mereka 36% yang tidak gembira dengan prestasi mereka untuk tahun 2016. Insyaa Allah kita boleh berubah dengan perancangan yang betul dan tepat. Perbetulkan kesilapan silam yang hanya membayangkan azam baru yang akhirnya jadi bayang-bayang ngeri yang tidak pernah tercapai.
Semoga kita capai apa yang kita hajatkan dan usahakan yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati TV (Subscribe ya!)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
75 Comments
Terima kasih tuan perkongsian artikel. Terutamanya nasihat agar menulis azam dengan lebih khusus supaya lebih fokus. Saya akan ikut saranan tuan.
Curahan rasa Perawat Sihir @ ..[Video] Ayat Pendinding Sihir
Tips untuk rancang azam tahun 2017 ialah salin dari azam tahun 2013 😛
Sebab azam 2013 banyak pun boleh achieve lagi
Selamat tahun baru bro Denaihati, nampak lebih aktif dengan aktiviti luar dan teruskan berkarya melalui blog
Curahan rasa rujukan @ ..Bina Shopping Cart Untuk Buat Duit Dengan Ekonomi Digital
maksih untuk artikel nya denaihati,,mudah-mudahan di azam 2017 ini kami mengharapan omset lbih besar lagii, harapan dan cita-cita kita smua bisa tercapi..aminnnn
Tips yang menarik dan info-info yang berguna untuk diikuti, tapi semua kena buat baru jadi
salah satu azam saya tahun ini adalah menjana pendapatan bulanan minima rm10 ribu. tolong doakan saya 🙂
Curahan rasa raihanah @ ..Gabungan Resveratrol dan Polifenol Jadikan Vivix Antipenuaan Terbaik
In shaa Allah. Cara ni cikgu saya pun ajar. Nak buat. Mesti buat. Tm ksh ingatkan..
Curahan rasa nor hazmira @ ..Bahaya Asid Amino dan Protein Yang Tak Cukup Dalam Tubuh
Memang betul tu. Cikgu saya pun cakap mcm tu. Nak buat. Mesti buat.
Curahan rasa mira @ ..Bahaya Asid Amino dan Protein Yang Tak Cukup Dalam Tubuh
Saya setuju dengan tips yang disediakan. Matlamat kena jelas dan terang barulah bersemangat.
Curahan rasa Yahya @ ..Tukang masak kantin SMK Taman Daya 3
Sebelum ni pada setiap awal tahun, blog Denaihati ada mengumumkan penulis komen terbanyak untuk sepanjang tahun… Alhamdulillah.. saya berjaya mencapainya pada tahun 2015 yang lalu..
Curahan rasa anuar @ ..Motivasi 2017 : Rekod Jualan USD 1.1 Juta Dalam Tahun 2016
Saya harap berjaya mencapai kejayaan yang sama pada tahun 2016…
Dan In Shaa Allah juga pada tahun 2017.. 🙂
Curahan rasa anuar @ ..Motivasi 2017 : Rekod Jualan USD 1.1 Juta Dalam Tahun 2016
Salah satu azam tahun baru 2016 (tahun lepas) adalah untuk menjadi penulis komen terbanyak di blog Denaihati.. tapi tak tahulah azam saya berjaya di capai ataupun tidak..
Curahan rasa anuar @ ..Motivasi 2017 : Rekod Jualan USD 1.1 Juta Dalam Tahun 2016
Salam tahun baru abam Denaihati.
suka sangat tips ni.
nak apply dalam buku diari 2017 dengan cara spesifik seperti yang ditunjukkan.
terima kasih ! #meroket2017
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Nota akhir tahun 2016
saya nak ada simpanan dalam akaun Tabung Haji sebanyak RM1juta dalam tempoh dua tahun…
Wah ini kena copy paste dekat buku azam nih … Kalau sapa tak buat rasanya macam rugi… Hari – hari kalau baca pun dah seperti berdoa, memohon kepadanya..
Curahan rasa onlajer @ ..Philips Steam Generator Iron – pilihan terbaik untuk seterika anda
terbaiklah bro, print sekali dan tampal besar-besar kat 2 – 3 sudut dinding…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Hi Tea Zarul Umbrella meriah di Awal Tahun Baru 2017
wah terbaik bro.. kalau dapat 1 juta elok kena pegi haji dulu tu..
dah cukup boleh pakai pakej bayar swasta tu tapi under tabung haji
Curahan rasa zool @ ..Cuti melawat Zoo Melaka
Kena ulang setiap hari agar tersemat di hati dan mudah dicapai. Insha Allah
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..SELAMAT TAHUN BARU DAN PROMOSI VIVIX SHAKLEE
Ulang berkali-kali azam tahun baru 2017… supaya terbawa ke dalam minda separa sedar untuk mencapainya…
Curahan rasa anuar @ ..Inginkan Pembantu Untuk Menguruskan akaun Instagram anda? Baca Di Sini!
Aura positif di awal tahun baru ni boleh luntur pada bila-bila masa sahaja….
Curahan rasa anuar @ ..Inginkan Pembantu Untuk Menguruskan akaun Instagram anda? Baca Di Sini!
sama2 kita maintain le supaya tak luntur, naik turun tu memang biasa sangat dah …
Curahan rasa Denaihati @ ..Hi Tea Zarul Umbrella meriah di Awal Tahun Baru 2017
Comments are closed.