Muhasabah Diri dan Organisasi 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pejam celik kita akan meninggalkan 2016. Pasti banyak cerita dan pengalaman telah kita coretkan sepanjang tahun 2016.  Azam tahun 2016 kalau sudah tercapai alhamdulillah tapi kalau belum  jangan kecewa.

Forum Blogger di Ekspo Buku Malaysia 2016

Di sini Abang ingin berkongsi sebahagian daripada apa yang Abang lakukan setiap akhir tahun menuju awal tahun baaru untuk mengorak langkah seterusnya. Ini Abang lakukan untuk diri dan organisasi. Anda boleh gunakan untuk diri dan keluarga juga.

Muhasabah diri dan organisasi dalam enam bahagian utama:

  1. Kerjaya atau tugas di tempat kerja;
  2. Kesihatan diri;
  3. Kewangan diri dan keluarga;
  4. Hubungan dengan orang lain (isteri/suami, anak, ibubapa dan lain-lain yang penting dalam kehidupan);
  5. Hubungan dengan Allah (contoh: solat, ilmu agama yang telah kita pelajari/amalkan/istiqomahkan, mengaji Quran dan lain-lain);
  6. Diri sendiri (contoh: pengurusan masa, kesabaran diri, tabiat yang boleh dibaiki, dan lain-lain).

Penghujung tahun adalah bulan terbaik untuk kita muhasabah diri dan organisasi 2016 dan rancang apa yang kita hendak untuk 2017.

Denaihati Network menguruskan FB Page Mira Filzah untuk 2016

Di bawah ini adalah soalan – soalan asas Abang tanya diri sebelum Abang buat perancangan diri/organisasi. Semua soalan di bawah, Abang jawab dari kaca mata Abang.

  1. Apakah 10 kejayaan saya untuk tahun 2016?
  2. Apakah 10 kegagalan saya untuk 2016?
  3. Apakah 3 pengajaran yang saya boleh belajar dari 2016 daripada tindakan saya?
  4. Apakah 1 tindakan saya yang paling bijak yang memberi impak besar dalam 2016?
  5. Apakah risiko terbesar yang saya ambil pada 2016?
  6. Apakah satu perkara jika saya boleh kembali ke masa itu dalam 2016, saya akan membuat tindakan yang berbeza?
  7. Apakah yang boleh merumuskan berkenaan pencapaian diri pada tahun 2016?
Denaihati kembara ke Madain Saleh 2016

Kemudian Abang review jawapan Abang dan Abang cari apa yang Abang boleh pelajari tentang diri dan buat nota sebagai ‘kata kata ingatan’ untuk 2017. Lepas tu Abang jawab 4 soalan lagi.

  1. Apa yang saya boleh ‘start’ buat untuk 2017?
  2. Apa yang saya boleh ‘stop’ buat untuk 2017?
  3. Apa yang saya boleh ‘do more’ untuk 2017?
  4. Apa yang saya boleh ‘do less’ untuk 2017?

Setelah Abang jawab semua soalan di atas, Abang akan review semula dan muhasabah diri untuk mencari ‘pattern’ dan ‘trend’. Abang cari surah atau sirah yang boleh dijadikan panduan. Doa pada Allah untuk memberi petunjuk. Niat membaiki diri untuk merapatkan diri kepada Allah dan jika untuk organisasi, untuk ummah. Lepas tu baru Abang tetapkan matlamat diri dan organisasi 2017.

Denaihati kembara ke Cape Town 2016

Abang mohon ampun dan maaf sekira ada melakukan kesilapan dan kesalahan yang kecil dan yang besar untuk perkara yang lalu dan juga masa akan datang. Pohon kemaafan akhir tahun 2016 ini kepada semua saudara islam, muslimin, muslimat, bangsa dan agama yang lain. Agar kita sama-sama diberkati dan dirahmati Allah SWT dan munuju visi kejayaan dunia hingga akhirat.

Semoga kita capai apa yang kita hajatkan dan usahakan yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati TV (Subscribe ya!)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

22 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!