Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Tak ada jiwa nak menulis blog lagi“. Kali ini Abang nak berkongsi penulisan blog yang mungkin boleh jadi tips kepada rakan blogger.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Abang jadi blogger sejak 2006. Dua tahun blogger bawah tanah, menulis dalam bahasa Inggris, sampai sekarang masih ada blog rahsia tersebut tapi tak siapa tahu. Hanya pembaca yang membaca dari carian SEO tanpa mengenal penulisnya.
Tahun 2008 mula menulis secara terbuka. Nak tahu kenapa Abang jadi blogger kenalah baca entri “Kenapa Denaihati jadi blogger“. Jadi blogger ramai mengeloh nak cari idea menulis. Cara Abang, bila dapat idea Abang akan terus tulis tanpa henti hingga habis. Kemudian baru betulkan ejaan dan susun ayat. Beberapa bulan kemudian betulkan semula fakta yang kita tulis kalau ada perubahan. Beberapa tahun kemudian betulkan lagi fakta pada entri yang sama jika ada perubahan lagi.
Abang pun ikut kata dan nasihat guru yang lebih pandai walaupun lebih muda, menulis kena mula jangan tunggu sempurna.
Menulis blog ni sebenarnya ada tanggungjawab besar. Abang baru sedar apabila bertemu dengan team Google Malaysia. Google adalah pustaka terbesar dunia. Yang memberi informasi kepada pencari-pencari seluruh dunia antaranya bangsa Melayu yang ada ratusan juta di seluruh dunia. Masalahnya bahan berbahasa Melayu terlalu sedikit di dalam pustaka Google.
Kita blogger adalah penyumbangnya jadi pastikan setiap tulisan kita menggunakan ejaan yang betul kerana ianya bakal menjadi bahan rujukkan generasi akan datang.
Abang nak tanya mana yang betul resepi atau resipi?
Yang salah akan jadi betul pada sudut pandang Google apabila majoriti menggunakan perkataan tersebut berulang-ulang kali oleh ramai penulis dalam tempoh yang lama.
Itu istimewanya blogger yang tak ada pada aktivis sosial media lain. Untuk jadi lebih istimewa jom jadi Elite Blogger bersama Akademi Denaihati. Apa kelebihannya baca sini entri “Istimewanya jadi Elite Blogger“.
Semua kesempurnaan bermula dari diri kita.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
91 Comments
ramai telah mmberi respon positif selepas menghadiri klas yang dianjurkan DH.. tapi saya maih belum berkesempatan nak join
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja Dari Rumah yang Menguntungkan
Betul tu, banyak manfaat yang bagus dari kelas tersebut.
Nanti ada masa kena join.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Resepi Sambal Tumis Terung Ringkas
Saya sentiasa menjadi pembaca laman DH. Thanks memeriahkan industri blogger ini .. bukan senang nak maintain post artikel di blog ini..
Curahan rasa Mohd Rawi @ ..Cara Daftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) Online
Untuk menjadi sempurna perlu ada ilmu & kesungguhan. Kalau tidak tersungkur ditengah jalan mcm saya.
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Manfaatkan “Lifestyle Tax Relief” Anda, Pembayar Cukai.
Macam menarik jer tawaran jadi Elite Blogger bersama Akademi Denaihati. Tapi, nak tahu kena ada komitmen masa ke?
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
Kalau tak perlu ada komitmen masa, saya berminat nak join.
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
Tapi kalau ada komitmen masa yang memerlukan kehadiran saya dalam event2 tertentu, mungkin saya tak dapat nak join
Dah lama tuan Denaihati jadi blogger.. dah lebih 10 tahun dah.. masa SBB 2017 nanti dah boleh buat gimik Denaihati 1 dekad..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
Boleh potong kek besar sikit untuk tujuan publisiti.. tahun 2006 ni dah sama level macam Irfan Khairi dan Red Mummy dah ni…
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
besar tanggungjawab seorang blogger ni.. kalau salah info yang kita tulis, ia akan beri kesan kpd masyarakat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja Dari Rumah yang Menguntungkan
Betul tu… sebab tu sebelum nak viral kan sebarang berita, kena fikirkan dulu kesannya kepada masyarakat..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
saya cukup tak berkenan dengan viralkan sesuatu isu. saya anggap ia seperti mengaibkan kelompok tertentu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja Dari Rumah yang Menguntungkan
Betul apa yang tuan Denaihati kongsikan. Blogger menjadi penyumbang info kepada pustaka terbesar dunia, google.
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
Jadi, dalam setiap penulisan kena pastikan setiap ejaan betul. Supaya generasi akan datang tak tersalah maklumat.
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
itu lah.. macam mana keywords nak masuk kalau ejaan tak betul dan guna bahasa rojak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja Dari Rumah yang Menguntungkan
Blogger ada masa depan yang cerah, banyak syarikat besar mahu cari blogger untuk review servis dan produk mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
Alhamdulillah..
Very good news..
Bila sebut tentang review produk ni, biasanya saya jarang dapat..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
Sebabnya masa selalu tidak mengizinkan saya untuk pergi lokasi di mana produk dilancarkan.
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
Setakat ni job-job yang saya dapat, biasanya tak memerlukan saya bergerak ke mana2. Kalau ada job macam tu, biasa saya boleh dpt.
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
Blog boleh jadi injin duit, ramai yang dah dapat ratusan ringgit, malahan jutawan.
Nak jadi macam merwka kena ikuti tip yang mereka berikan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
Saya suka Tuan Denaihati berucap kat video ni. Banyak nasihat dan nperkongsian yang beliau berikan.
Kita sebagai rakan blogger perlu ambil perhatian.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
Saya sering baca di blog Denaihati, selalu tulis “semuga” dan masa di sekolah dulu kita biasa guna perkataann “Semoga”.
Mana yang betul?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
Kalau nak cari blogger yang sempurna, ikuti nasihat Tuan Amir Denaihati. Jangan hanya tulis blog untuk kejar duit semata-mata walaupun duit itu boleh buat segalanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
Ramai yang menulis blog tetapi tidak ramai yang sempurna. Mereka tulis bukan dengan jiwa.
Nak jadi blogger nampak mudah tetapi nak kekal aktif tu yang sukar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
dah lama DH tak buat entry tips mcm ni.. memang google adalah pustaka terbesar didunia
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja dari Rumah dengan iLancee
Pesanan Tuan Amir ini berbaoi-baloi untuk dibaca. Saya terus dapat idea mahu tulis apa. Intipatinya ringkat, namun padat. Terima kasih Tuan Amir.
Comments are closed.