Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal, (The Lone Gibbon Kris)
Kembar animasi nombor 1 Malaysia, Upin dan Ipin kembali ke layar perak setelah 10 tahun. Filem terbitan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. ini diarah oleh tiga pengarah muda berbakat, Adam Amiruddin (Pengarah siri Upin & Ipin), Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim (Pengarah siri Puteri), dan Ahmad Razuri Roseli (Pengarah siri Pada Zaman Dahulu).
Masih teringat filem terdahulu, Geng : Pengembaraan Bermula pada 2009, namun jauh berbeza kualiti filem yang dihasilkan.
Ia turut dibintangi oleh Asyiela Putri Azhar, Ahmad Mawardi Abdul Rahman, Mohd Amir Asyraf, Fakhrul Razi, dan Ernie Zakri. UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL yang mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 21 Mac 2019.
Persembahan mantap Ernie Zakri menyanyikan lagu “Buai Laju-Laju” dan Fakhrul Razi menyanyikan lagu “Keris Sakti” memang cukup menghiburkan. Kedua-dua lagu ini adalah Original Sound Track (OST) bagi filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL. Skor muzik asal dan runut bunyi ini dirakam semula dalam bentuk orkestra di Boston dan Prague.
Kos penerbitan yang menelan belanja hampir RM20 juta ini menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan. Oleh itu, ia diharapkan akan melonjakkan mutu industri animasi tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi setanding dengan karya-karya antarabangsa.
Tarikh 21 Mac dipilih sesuai dengan musim cuti sekolah, diharapkan filem ini dapat menjadi pilihan tontonan sekeluarga. Ini kerana siri “Upin & Ipin” sendiri diminati oleh kanak-kanak, ibu bapa, sehinggalah atok dan nenek.
Filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL mengetengahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama kawan-kawan ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”.
Semuanya bermula apabila Upin, Ipin, dan kawan-kawan mereka menjumpai pada keris mistik di gudang Tok Dalang yang membawa mereka masuk terus ke dalam kerajaan Inderaloka. Ketika cuba mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, mereka tiba-tiba dibebani dengan tugas memulihkan kerajaan kembali ke mantannya.
Dengan bantuan daripada watak-watak dongeng dan cerita rakyat Malaysia, Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin dan kawan-kawannya mesti mengatasi beberapa halangan yang mencabar dalam filem pengembaraan yang penuh aksi, lucu dan terhibur yang dihasilkan oleh Les ‘Copaque Production Sdn. Bhd.
Mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih, dan Pak Belalang. Penonton boleh mengimbau kembali nostalgia cerita zaman kanak-kanak dan melihat cerita dongeng nusantara ini dianimasikan dengan perwatakan baharu.
Batu belah batu bertangkup, Si Tanggang, Singapura dilanggar todak dan beberapa lagi kisah rakyat dimasukkan di dalam filem ini.
Keris diangkat sebagai tema utama cerita setelah mendapat inspirasi daripada sebuah keris Melayu yang benar-benar wujud dan mempunyai misteri tidak mempunyai bilah.
UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL adalah filem terbitan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., penaja utama Citrex Gummy dari Millenium Pharmacon International (MPI), penaja bersama iNEST, edaran GSC Movies, Astro sebagai rakan media, FunNow sebagai rakan digital.
Ia juga disokong oleh Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDEC) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 21 Mac 2019.
Penulis berkesempatan untuk menonton Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal pada tayangan perdana di GSC, Mid Valley Mall. Rata-rata peminat tidak kira kaum dan peringkat umur sangat teruja dan gembira menontonnya.
Penonton mesti lihat pertarungan akhir si pemegang Keris Siamang Tunggal dengan Raja Bersiong. Sesuatu yang cukup menarik dan ada adegan yang tidak disangka-sangka.
Siapakah pemilik asal Keris Siamang Tunggal itu?
Apakah ayat-ayat yang tertulis di Keris Siamang Tunggal? Dan apakah watak yang dilakonkan oleh Datuk Yasmin Mahmood?
Grafik dan sound system yang cukup menarik, ditambah dengan latar belakang muzik khas orkestra membuatkan kelihatan penonton ingin menyanyi bersama-sama. Elemen kisah rakyat dimasukkan dalam filem animasi ini, membuatkan penonton tersenyum dan terhibur sepanjang satu jam 40 minit tayangan.
Seperti biasa, perlu menonton dengan anak-anak serta keluarga dan lihat selepas kredit akhir tayangan kerana ada sesuatu yang akan diberitahu.
Upin Ipin, Betul Betul Betul!
13 Comments
Semoga tak mengecewakan macam Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng, tajuk pasal Upin dan Ipin tapi cerita utamanya pasal rumah anak yatim.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beli Kereta Dan Kahwin Dari Pinjaman ASB
Best Upin Ipin ni. Bukan takat anak-anak je suka, mak ayah pun tumpang seronok. Teringat zaman kecil dulu.
Jom baca entry ni
Curahan rasa Tasneem @ ..Daun sirih legakan hidung tersumbat bayi
Terbaiklah Upin dan Ipin ni. Mungkin di satu masa nanti Les Copaque boleh mengeluarkan animasi superhero untuk audiens global. Barulah World!
Terbaik ni. Boleh la anak anak berkenalan dengan watak watak yang menjadi hiburan zaman mak ayah diorang dulu..
5 Cara Hukuman Yang Bahaya Pada Anak
Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal terbitan Les’ Copaque Sdn Bhd sangat dinantikan anak-anak. Berbanding Geng Pengembaraan 2009, akhirnya kawan-kawan Upin & Ipin seperti Mei-Mei, Mail, Fizi, Ehsan, Jarjit dan Ijat muncul dalam filem kali ini.
Curahan rasa Nurol Huda @ ..Guru Al-Quran Mahu 50 Paket Gum Arabic
wow…. best ni… x sbarnak tunggu.. sesuai dengan masa cuti sekolah. boleh lah ajak suami. mengharapkan cerita yang terbaik.
Curahan rasa Wan syahida @ ..Kanser Payudara dan Kesan Resveratrol Ke Atasnya
Menunggu Upin dan Ipin tersohor ke Hollywood. Tidak mustahil. Agak-agak Upin&Ipin boleh dapat Oscar tak?
Curahan rasa ahmadyani @ ..Rahsia Bagaimana Hasilkan Pendapatan RM1,500 Dalam Seminggu!
Fuh lima tahun ya nak siapkan cerita upin ipin ini. Ngam lah tarikh mula tayangan pun cuti sekolah baru bermula.o
Curahan rasa onlajer @ ..Panduan terbaik untuk bermula Bisnes Shopee
Film yang selalu disenangi ya ini. Pagi dan sore jadi waktu tonton terbaik di Indonesia.
Wow! tidak sbar tunggu.. Mau bawa anak-anak sama-sama tengok.. Moga filem tempatan ini berjaya meraih jutaan tontonan
Curahan rasa aryn fadz Lee @ ..KETUAT DI TANGAN, KAKI DAN BADAN GUGUR LEPAS AMAL VIVIX
Wow terbaik.. kene sokong animasi tempatan ni. Jom tengok wayang , cerita upin ipin ni memang anak den paling suka..5 Perkara Menarik Tentang Movie Animation Park Studio 
Curahan rasa Mohd Rawi @ ..
Comments are closed.