Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Melangkah keluar sahaja dari lift apartment ternampak susuk tubuh Dr Zakir Naik sedang menghirup kopi di lobi apartment bersama anaknya.
Beberapa jemaah merapati beliau minta selfie dan semua dilayan dengan baik. Dalam hati kalau dapat selfie dengan Dr Zakir best juga ni.
Pernah sekali ketika zaman Tun M jadi PM ke 4 kami hadir ceramah Dr Zakir di PWTC. Yang datang bukan orang Malaysia malahan ada yang datang dari berbagai negara termasuk dari India dan China. Yang datang juga berbagai agama. Ada yang mengucap dua kalimah syahadah ketika bersoal jawab dengan Dr Zakir. Memang meremang bahu melihat suasana hebat begitu.
Di Malaysia sekarang ada pihak yang sedang berusaha untuk menghalang dakwah berbeza yang disampaikan Dr Zakir.
Abang melangkah perlahan-lahan ke Dr Zakir mencari ruang yang sesuai sebab rasanya ini sahaja peluang nak selfie. Kira-kira 50 meter lagi nak sampai tiba-tiba Bro Maher Zain sampai bersalam dan berbual dengan Dr Zakir
Dalam hati kalau dapat selfie dengan dua-dua lagi bagus juga ni. Tapi tak manislah kan menganggu dua insan hebat yang sedang berbual. Abang lalu tepi dan terus berlalu menuju ke lift satu lagi untuk turun ke Masjidil Haram. Belum sempat pintu lift tertutup tetiba Maher Zain masuk ke dalam dengan perpakaian ihram. Apa lagi terus minta kebenaran selfie dengan beliau. Alhamdulillah dapat juga berselfie dengan Maher zain.
Alhamdulillah kali ini dipilih untuk membantu Maher zain mempromosi #mztourmy2019. Bolehlah bawa rakan-rakan datang ke konsert Maher Zain Malaysia Tour 2019 untuk berjumpa dengan Maher Zain.
Agak-agak dapat tak Abang selfie dengan Dr Zakir Naik?
Alhamdulillah berkat doa sahabat-sahabat dapat juga Abang berselfie dengan Dr Zakir Naik.
Kali pertama hadir majlis beliau berbelas tahun dahulu di PWTC bersama lebih 6 ribu orang berbagai bangsa dan agama. Masa tu pergi bersama sahabat kami Hj Mohd Rafee dan Hajjah Eena Ahmad
Kepetahan beliau menjawab soalan dengan rujukkan ayat Al Quran sangat mengkagumkan. Di akhir majlis kami beratur nak bersalam dengan beliau, tak pernah terlintas di hati suatu hari nanti akan dapat berselfie dengan beliau. Berkejar nak bersalam sampai tertinggal hp. Puas mencari rupanya ada dalam beg. Kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Semuga ada anak-anak kita bakal jadi ahli rujuk Al Quran seperti Dr Zakir Naik
Amir Hassan
Blogger
Since 2008
4 Comments
Alhamdilillah , semoga kita semua berada dalam rahmat Allah. kalau saya, saya juga teruja dapat jumpa ilmuan seperti ini…
Curahan rasa Wan syahida @ ..Kanser Payudara dan Kesan Resveratrol Ke Atasnya
Alhamdulillah..orang ilmuan memang dikagumi.. kerana pahala mereka sentiasa mengalir tak kira apa jua bidang yg mereka ceburi.
Curahan rasa Nurul @ ..MELTDOWN DAN TANTRUM, PERBEZAAN SENIPIS KULIT BAWANG TAPI SENTIASA BERGANDINGAN
Semoga dapat manfaat dan mencontohi para ilmuan. Sumbangan Dr Zakir Naik dan Maher Zain punya cara tersendiri dalam memartabatkan nilai-nilai Islam.
Curahan rasa Nurol Huda @ ..Guru Al-Quran Mahu 50 Paket Gum Arabic
Alhamdulilah, rezeki dapat berjumpa Dengan insan yang hebat Dan popular.
Perasaan nya umpama dapat magnet aura yang positive daripada mereka.
Curahan rasa onlajer @ ..Panduan terbaik untuk bermula Bisnes Shopee
Comments are closed.