Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
dalam menguruskan laman sesawang (laman web), ada banyak terma-terma yang digunakan untuk pelbagai rujukan. Sehingga kini, masih ramai yang kurang jelas mengenai beberapa perkara dan perkataan-perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara.
Kali ini kita akan berbincang bagaimana setiap terma ini berlaku dan apa sebenarnya kisah disebalik perkataan-perkataan ini. Apabila kita telah mengetahui maksudnya, lebih mudah untuk kita uruskan perjalanan laman sesawang kita.
Apa itu blog, laman web, landing page, squeeze page, exit page
Ini antara perkara yang biasa kita baca. Antaranya adalah laman sesawang atau laman web. Apa sahaja yang kita temui dan boleh dilayari menggunakan web browser boleh dipanggil laman web. Laman web ini terdiri daripada pelbagai jenis, ada jenis e-dagang, jenis blog, jenis portal, jenis forum, jenis laman jualan dan pelbagai lagi.
Tak dapat dinafikan, ada juga yang menggabungkan beberapa fungsi ini menjadi satu jenis laman yang menyeluruh.
Blog biasanya dikaitkan dengan laman yang menerbitkan artikel-artikel yang boleh dibaca secara teratur. Artikel-artikel ini diterbitkan dengan kadar yang lebih banyak jika dibandingkan dengan halaman biasa. Ianya dikemaskini secara harian, mingguan atau bulanan.
Landing page pula adalah halaman di mana pelawat kita masuk untuk kali pertama. Ibarat kapal terbang landing di landasan, begitulah juga konsep landing page ini. Jika pelawat landing di halaman utama, halaman utama itu menjadi landing page. Begitu juga sekiranya mereka landing di halaman jualan, halaman itu menjadi landing page.
Exit page pula berlaku apabila pelawat meninggalkan laman kita, atau erti kata mudah, apabila mereka menekan butang pangkah. Exit page boleh jadi sama dengan landing page, boleh juga jadi berbeza. Bergantung bagaimana kita susun halaman di dalam laman web kita.
Squeeze page dikaitkan dengan landing page yang memberikan maklumat yang diperlukan pelawat kemudian mengumpul data seperti nama dan email untuk menghantar info-info susulan.
Apa itu bounce rate, page views, unique visitor
Setelah kita faham serba sedikit jenis laman yang wujud di dunia ini, kita sambung pula beberapa terma yang seringkali dibincangkan oleh ramai. Antaranya adalah bounce rate.
Bounce rate ini adalah kadar seseorang pelawat itu melawat laman-laman yang ada dalam web kita. Contoh dia baca artikel pertama, kemudian dia klik pula pada artikel kedua dan seterusnya. Apabila nilai peratusan bounce rate ini tinggi, bermakna kurang laman lain yang dilayari oleh pelawat.
Jadi adalah bounce rate tinggi itu bagus atau tidak bagus?
Ianya bergantung pada jenis laman yang kita usahakan. Sekiranya pelawat pergi ke halaman jualan, pasti bounce rate akan tinggi kerana tiada halaman lain yang mereka akan pergi. Pada ketika ini, kita tak nak nilai bounce rate, tetapi kita perlu nilai Conversion rate atau kadar pertukaran jual beli yang lebih penting untuk diukur.
Blog baru yang mempunyai kurang 10 artikel dan melibatkan topik umum, bolehlah abaikan sahaja bounce rate ini kerana ianya masih kurang relevan untuk dinilai. Biasanya mula lihat keberkesanan artikel kita apabila ianya mula mencecah 50 atau 100 artikel dan mempunyai topik yang berkaitan.
Untuk mengurangkan bounce rate ini, cukup sekadar kita menyogok pembaca dengan artikel berkaitan di hujung artikel, ini antara sebab mengapa plugin related post digunakan, untuk memudahkan proses ini dibuat.
Bounce rate tidak seharusnya dinilai dengan sendiri, perlu digabungkan dengan average visitor duration dan seumpamanya. Ini untuk memberikan bayangan dan gambaran yang lebih baik.
Page views adalah bilangan paparan laman oleh setiap visitors. Ada pelawat yang melayari 4 laman atau yang 10 laman tak dilupakan ada yang hanya melayari satu laman sahaja. Semua ini menyumbang kepada paparan laman atau page views yang dinyatakan di sini.
Unique Visitor melibatkan pengkelasan seseorang pelawat itu sebagai pelawat yang baru. Ini melibatkan aturan yang berbeza bergantung kepada jenis statistik yang kita gunakan. Ada yang melabelkan pelawat itu pelawat baru selepas 3 jam pelawat itu tidak berada di laman kita.
Unique Visitor ini memberikan kita jumlah pelawat yang berbeza melayari laman kita, walaupun mungkin ada seorang dua yang merupakan pelawat berulang, namun peratusannya sangat rendah.
Membuat analisa laman web kita adalah penting
Statistik seperti Google Analytics memberikan kita peluang untuk membuat analisa perjalanan laman web kita. Halaman yang mempunyai jumlah pelawat paling tinggi, flow perjalanan pelawat, sebarang aktiviti luar biasa yang melibatkan aktiviti tular dan sebagainya.
Semakin banyak kita membuat analisa menggunakan alat seperti Google Analytics, semakin mudah untuk kita mengenalpasti tarikan utama blog atau laman kita.
Sekiranya ada sebarang persoalan, boleh ajukan di ruangan komen.
67 Comments
Semua terma yang jarang orang biasa biasa dengar, nak jadi blogger bejaya pun kena rajin tambah ilmu
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Jerawat Batu Di Dagu & Dahi? Apa Badan Kita Cuba Beritahu!
Mama Hakim , alang alang dah dengar ni, bolehlah mantapkan lagi blog mama kan.
Betul tu Mama Hakim, kena rajin tambah ilmu, baru lah boleh pergi jauh kan. Skang zaman sudah berubah
Alhamdulillah..
Satu lagi info yang berguna untuk blogger lama dan baru
Semoga ianya bermanfaat pada masa akan datang
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Melangkah Ke Alam Pernikahan
terbaik kan. alhamdulillah, satu lagi info yang berguna untuk blogger lama dan baru. Semoga ianya bermanfaat pada masa akan datang
terima kasih udah di share artikel nya sangat lah menarik like it, salam indonesia
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Masih baru dalam dunia bloging. Harap ada entry pasal Google Analytic sebab nak juga belajar cara menganalisa mengunakan google analytic
Curahan rasa semakkini @ ..Permohonan eRumah Pulau Pinang Online 2018.
Rasanya ada pernah update di blog DH ini pasal google Analytics. Tak pun boleh kontek tuan eizil untuk lebih details
Semakkini: Kan.. saya pun masih mencari ilmu baru ttg Google Analytic. Data di situ sgt berguna utk majukan sesebuah website kan
tahunya posting saja masih banyak hal dalam dunia blogger yang belum saya ketahui dengan benar nampaknya
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Ini dia Rahasia masakan legenda Resep Sup Konro MAkassar
tak ramai blogger pun kisah dengan semua tu. apa yang penting boleh ikut tugasan yang PR tugaskan dan boleh ikut task tu.memang semua tu penting bagi blogger untuk membuatkan pembaca menghabiskan masa lebih lama lagi di blog tersebut. Paling penting adalah banyak info dalam blog tu ada value bagi reader tu dan bukannya hanya satu kenyataan bertulis sahaja 😀
kalau sekadar kenyataan bertulis atu cerita peribadi memang pembaca akan baca skali lalu je kan. Takde ke page lain
rupanya bounce rate tidak begitu menentukan nilai sesebuah blog seperti yang sering diberitahu blogger blogger sebelum ini
Curahan rasa nikkhazami @ ..Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Tahun Baru Cina 2018
Dah boleh lupakan bounce rate, fokus pada artikel blog yang lebih bermanfaat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Siasatan P41 Dan P29
yup. skang pun tak byk pengiklan yang nak tany pasal bounce rate kan. Janji engagement kuat jadilah
Sebenarnya bila kita guna bounce rate ek bro. Konfisu gak kekadang ni. Kena korek lg la nampaknya
bukan langsung tak menentukan nilai..kadang2 ada pengiklan uyang nak tengok gak
terima kasih udah di share artikel ya sangat lah menarik like it ,
suka dengan komen ni- paling penting adalah banyak info dalam blog tu ada value bagi reader tu dan bukannya hanya satu kenyataan bertulis sahaja
ternyata banyak sekali istilah istilah tentang dunia internet khususnya yang berkaitan dengan internet marketing. Makasih untuk info yang bermanfaat ini
Curahan rasa ade sunandar @ ..Tempat Beli ICP Capsule di Jakarta
Banyak istilah dalam pemasaran internet yang perlu diketahui, namun praktikal kepada istilah tersebut jauh lebih utama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penolong Penguasa Kastam WK27
Biasanya kan, keberkesanan artikel kita mula dilihat apabila ianya mula mencecah 50 atau 100 artikel dan mempunyai topik yang berkaitan.
suka sangat baca perkongsian di sini. banyak panduan penting yang dapat jadikan rujukan
Curahan rasa kauthar mohd @ ..Set hamil pilihan ibu – bekalkan nutrisi semulajadi
Samalah kita. Baca benda dan ilmu baru yang dapat melalui blog DH ini. Sangat berguna
Betul tu, dalam menguruskan laman sesawang (laman web), ada banyak terma-terma yang digunakan untuk pelbagai rujukan.
banyak betul istilah yang saya belum tahu. banyak nak kena belajar lagi hal ehwal website nie. 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..Review Pengguna YOUTH Shaklee (Testimoni Bergambar)
sangat padat dan menarik..
saya suka bab landing page..
buat sekali sahaja.
tak perlu buat banyak kali
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bilik Sewa Murah Pilihan Yang Seadanya
Landing page itu boleh simpan data prospek, boleh follow up untuk buat jualan di lain masa.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penolong Penguasa Kastam WK27
ni first time dengar terman squeeze page. setiap blogger perlu guna google analytic untuk semak prestasi blog dengan detail.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Screenshot Instagram Stories Tanpa Pengetahuan Pemilik Akaun
Squeeze page, landing page dan minisite itu semua alat alat untuk kumpul prospek dan buat jualan serta follow up.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penolong Penguasa Kastam WK27
owh..squeeze page tu yng tak pernah guna dan main lagi. Data tu guna untu cari pelanggan la kan
Alhamdulillah, bounce rate blog saya dah berkurangan, dengan adanya plug in Content Related Post membantu pembaca melayari blog saya dengan lebih lama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Daftar Uber Driver Malaysia Percuma
Betul tu, kalau guna plugin sebegitu, memang mendorong reader klik ke entri lain lagi.
Maklumat yang padat dan berguna untuk para blogger.Banyak ilmu yang baru saya dapat dari sini.Terima kasih atas info yang amat menarik itu.
banyak info bermanfaat untuk blogger baru dan lama dalam blog ni.. suka baca tips yang dikongsikan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Screenshot Instagram Stories Tanpa Pengetahuan Pemilik Akaun
kalau belek-belek entri di blog DH ni, memang banyak ilmu teknikal yang berguna untuk blog..
Betul tu, banyak info dan maklumat berguna utk blogger di dalm entri kali ini
Alhamdulillah..dapat ilmu best ni. Pasni dah boleh praktikkan di blog. semoga berjaya
Comments are closed.