Terma mengenai laman sesawang yang anda perlu tahu.

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

dalam menguruskan laman sesawang (laman web), ada banyak terma-terma yang digunakan untuk pelbagai rujukan. Sehingga kini, masih ramai yang kurang jelas mengenai beberapa perkara dan perkataan-perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara.

Kali ini kita akan berbincang bagaimana setiap terma ini berlaku dan apa sebenarnya kisah disebalik perkataan-perkataan ini. Apabila kita telah mengetahui maksudnya, lebih mudah untuk kita uruskan perjalanan laman sesawang kita.

mengenali terma laman sesawang

Apa itu blog, laman web, landing page, squeeze page, exit page

Ini antara perkara yang biasa kita baca. Antaranya adalah laman sesawang atau laman web. Apa sahaja yang kita temui dan boleh dilayari menggunakan web browser boleh dipanggil laman web. Laman web ini terdiri daripada pelbagai jenis, ada jenis e-dagang, jenis blog, jenis portal, jenis forum, jenis laman jualan dan pelbagai lagi.

Tak dapat dinafikan, ada juga yang menggabungkan beberapa fungsi ini menjadi satu jenis laman yang menyeluruh.

Blog biasanya dikaitkan dengan laman yang menerbitkan artikel-artikel yang boleh dibaca secara teratur. Artikel-artikel ini diterbitkan dengan kadar yang lebih banyak jika dibandingkan dengan halaman biasa. Ianya dikemaskini secara harian, mingguan atau bulanan.

landing page dan seumpamanya

Landing page pula adalah halaman di mana pelawat kita masuk untuk kali pertama. Ibarat kapal terbang landing di landasan, begitulah juga konsep landing page ini. Jika pelawat landing di halaman utama, halaman utama itu menjadi landing page. Begitu juga sekiranya mereka landing di halaman jualan, halaman itu menjadi landing page.

Exit page pula berlaku apabila pelawat meninggalkan laman kita, atau erti kata mudah, apabila mereka menekan butang pangkah. Exit page boleh jadi sama dengan landing page, boleh juga jadi berbeza. Bergantung bagaimana kita susun halaman di dalam laman web kita.

Squeeze page dikaitkan dengan landing page yang memberikan maklumat yang diperlukan pelawat kemudian mengumpul data seperti nama dan email untuk menghantar info-info susulan.

menguruskan laman-laman dengan baik dan teratur

Apa itu bounce rate, page views, unique visitor

Setelah kita faham serba sedikit jenis laman yang wujud di dunia ini, kita sambung pula beberapa terma yang seringkali dibincangkan oleh ramai. Antaranya adalah bounce rate.

Bounce rate ini adalah kadar seseorang pelawat itu melawat laman-laman yang ada dalam web kita. Contoh dia baca artikel pertama, kemudian dia klik pula pada artikel kedua dan seterusnya. Apabila nilai peratusan bounce rate ini tinggi, bermakna kurang laman lain yang dilayari oleh pelawat.

Jadi adalah bounce rate tinggi itu bagus atau tidak bagus?

Ianya bergantung pada jenis laman yang kita usahakan. Sekiranya pelawat pergi ke halaman jualan, pasti bounce rate akan tinggi kerana tiada halaman lain yang mereka akan pergi. Pada ketika ini, kita tak nak nilai bounce rate, tetapi kita perlu nilai Conversion rate atau kadar pertukaran jual beli yang lebih penting untuk diukur.

Blog baru yang mempunyai kurang 10 artikel dan melibatkan topik umum, bolehlah abaikan sahaja bounce rate ini kerana ianya masih kurang relevan untuk dinilai. Biasanya mula lihat keberkesanan artikel kita apabila ianya mula mencecah 50 atau 100 artikel dan mempunyai topik yang berkaitan.

pengurusan blog dengan artikel yang sedikit

Untuk mengurangkan bounce rate ini, cukup sekadar kita menyogok pembaca dengan artikel berkaitan di hujung artikel, ini antara sebab mengapa plugin related post digunakan, untuk memudahkan proses ini dibuat.

Bounce rate tidak seharusnya dinilai dengan sendiri, perlu digabungkan dengan average visitor duration dan seumpamanya. Ini untuk memberikan bayangan dan gambaran yang lebih baik.

Page views adalah bilangan paparan laman oleh setiap visitors. Ada pelawat yang melayari 4 laman atau yang 10 laman tak dilupakan ada yang hanya melayari satu laman sahaja. Semua ini menyumbang kepada paparan laman atau page views yang dinyatakan di sini.

Unique Visitor melibatkan pengkelasan seseorang pelawat itu sebagai pelawat yang baru. Ini melibatkan aturan yang berbeza bergantung kepada jenis statistik yang kita gunakan. Ada yang melabelkan pelawat itu pelawat baru selepas 3 jam pelawat itu tidak berada di laman kita.

Unique Visitor ini memberikan kita jumlah pelawat yang berbeza melayari laman kita, walaupun mungkin ada seorang dua yang merupakan pelawat berulang, namun peratusannya sangat rendah.

statistik dan analytics laman sesawang

Membuat analisa laman web kita adalah penting

Statistik seperti Google Analytics memberikan kita peluang untuk membuat analisa perjalanan laman web kita. Halaman yang mempunyai jumlah pelawat paling tinggi, flow perjalanan pelawat, sebarang aktiviti luar biasa yang melibatkan aktiviti tular dan sebagainya.

Semakin banyak kita membuat analisa menggunakan alat seperti Google Analytics, semakin mudah untuk kita mengenalpasti tarikan utama blog atau laman kita.

Sekiranya ada sebarang persoalan, boleh ajukan di ruangan komen.


Spread the love

67 Comments

  1. Tak dapat dinafikan, ada juga yang menggabungkan beberapa fungsi ini menjadi satu jenis laman yang menyeluruh. Janji tahu dan reti guna

  2. blog, laman web, landing page, squeeze page, exit page, semua ini benda yang berbeza rupanya. Ingatkan sama je semua huhu

  3. Baca artikel ini, baru teringat dah lama tak check bounce rate semua tu. Yang series dlm blogging, mesti dah rutin biasa

    1. Jadi adalah bounce rate tinggi itu bagus atau tidak bagus?
      Ianya bergantung pada jenis laman yang kita usahakan.

      1. setuju tu. internet marketing ni bukan satu edukasi yang statik, akan sentiasa ada update dan strategi terkini

    1. Betul tu @ibuzaid.. blogger pun kena tahu semua terma ini. Dah kena push to the limit untuk dapatkan blog yang berkualiti

    2. betul tu. eh blogger bukan ke patut tahu ttg blog saja dah cukup utk jadi blogger.. tapi tak salah kan kl nak tmbah ilmu

    1. Blog baru yang mempunyai kurang 10 artikel dan melibatkan topik umum, bolehlah abaikan sahaja bounce rate ini kerana ianya masih kurang relevan untuk dinilai.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!