Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hampir setiap hari blog denaihati mendapat kunjungan dari rakan blogger yang mencari informasi terkini kes pembunuhan Datuk Sosilawati. 4/7/2011 bermulalah perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 rakannya dimana 76 saksi akan dipanggil bersama lebih 192 bahan kes.
Bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, R Matan dan R Khatavarayan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, 31 Mac lalu terhadap empat tuduhan membunuh Sosilawati, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos tahun lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mari kita berdoa semuga yang bersalah mendapat hukuman yang sewajarnya. Kes pembunuhan Datuk Sosilawati ini nampak mudah tetapi pasti Peguam yang didakwa akan menggunakan segala kemahiran terutama segi teknikal untuk menepis segala pertuduhan.
Diharap rakan blogger bantu update perkembangan terbaru melalui ruang komen bagi memudahkan rakan blogger lain yang mencari informasi terkini kes pembunuhan mendapat maklumat yang tepat.
Terkini
1. Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini bahawa jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ada menerima sekeping cek bernilai RM1 juta daripada tertuduh pertama, N. Pathmanabhan pada awal Ogos tahun lalu – Utusan
2. Ibu beritahu beliau akan ke Banting dengan pegawai bank, Noorhisham Mohamad dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim untuk berjumpa Pathma atas urusan mempercepatkan tarikh cek ke pada tarikh sebelum perayaan Aidilfitri pada 11 September 2010 – BHarian
3. Untuk membaca update terkini kes pembunuhan Datuk Sosilawati sila @ Link.
[ad#Yieldads]
44 Comments
bila ingat balik plot cara bunuh tu.. amat kejam.. selepas heboh satu ketika dulu pasal mona fendey..
Curahan rasa Izwan @ ..Top #10 Blogger Peramah Jun 2011
Hmmmmm…. Malaysia ni makin lama dah nak jadi macam amerika. Bunuh mengalahkan cerita CSI. 😉
Curahan rasa Sabahan Bloggers Club @ ..Your best blogging advice
kita semakin ke depan la tu, kalau di pandang pada sudut positif 🙂
Curahan rasa Kamarul Azri™ @ ..Stand up(for the champions)
stiap hari kita disajikan dgn berita pembunuhan..
Curahan rasa Shack@Anjung Maya @ ..Tujuh Orang Bunuh Diri Setiap Hari
semoga kes ini menjadi iktibar kepada kita semua..
Curahan rasa Mus @ ..Kuasai Ilmu Hartanah Serendah RM35.90
tak habis lagi, harap yang dibela sangat tu kena..
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..#semputsunday : Google + Meragam
lama jugak kes ni senyap.baru ni je keluar balik.apapun cuma mengharapkan keadilan dapat diletakkan pada tempatnya…
Curahan rasa pacifista @ ..Manga Fairy Tail 241: The Power of ‘Life’
harus di basmi orang seperti itu..
semoga hukuman betul-betul mengena kepada yang bersalah
Curahan rasa munir ardi @ ..How to Choosing a Campground
itu lah diharapkan bukan shj keluarga mangsa namun tetapi jga seluruh rakyat Malaysia malah seluruh dunia
Curahan rasa Shack@Anjung Maya @ ..Tujuh Orang Bunuh Diri Setiap Hari
Memang rakyat Malaysia tertunggu-tunggu keputusan nya..harap yg bersalah akan dihukum setimpal..
baguslah. selesaikan cepat2 kes ni. jgn tangguh2 lg dh. Malaysia nk gk tau dalang di sebalik pembunuhan kejam ni
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Bagaimana Agaknya Rupa Bot Mewah Gabenor Rusia?
Baguslah… sekurang2nya tenang hati
keluarga arwah masing2…
Curahan rasa nurmisnan @ ..Tak lama lagi waktunya akan tiba…
dah lupa kes ini…
Curahan rasa matjoe @ ..Pemilik Lamborghini Bawak Bawak Bersabar
baru hukuman duniawi…
Curahan rasa LUNA LANUN @ ..Cara Membezakan Kucing Sebenar dan Kucing Jelmaan Jin
btol tu. hukum akhirat blom ambil kira lg ni
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Bagaimana Agaknya Rupa Bot Mewah Gabenor Rusia?
Moga keadilan terlaksana
Curahan rasa izwan @ ..Saya Suka Anda!
Melibatkan soal nyawa manusia…Malahan pembunuhan kejam..
Doakan supaya kes ni cepat diselesaikan..
Curahan rasa Iqbal @ ..Keputusan Malaysia vs Taiwan 2nd leg Kelayakan Piala Dunia
Pembunuhan yang sangat kejam bukan hanya kepada Datuk Sosilawati tetapi ramai lagi.
Curahan rasa denaihati @ ..Akibat terlebih diberi muka
namun ramai jga tertuduh x disabit kesalahan,mean terlepas dari hukuman..wallahu’alam
Curahan rasa Shack@Anjung Maya @ ..Tujuh Orang Bunuh Diri Setiap Hari
moga yang bersalah diberi hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka yang sungguh kejam!! tak boleh nak dimaafkan..huhuhu.
Curahan rasa yanmie @ ..Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Berkenaan Bersih 2.0 (9 Julai 2011)
sesiapa pon yg bersalah, pasti akan ke tali gantung dunia gk akhirnya
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Bagaimana Agaknya Rupa Bot Mewah Gabenor Rusia?
yg bersalah kekadang boleh terlepas kerana kehebatan lidah peguamnya..| mahkamah akhirat itu yg seadil2nya..
Curahan rasa Shack@Anjung Maya @ ..Tujuh Orang Bunuh Diri Setiap Hari
Comments are closed.