Assalamualaikum dan salam 1Dunia, peristiwa yang menimpa Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati dan 3 rakannya yang dibunuh dan dibakar sungguh tragis. Alhamdulillah pemergian beliau diiringi dengan banyak berita baik yang telah dilakukan oleh Sosilawati ketika hidupnya samada di kampung kelahirannya Sri Medan, Batu Pahat juga di Kuala Lumpur tempat beliau membina empayar perniagaan. Bak pepatah orang tua “Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama” tetapi seandainya nama yang buruk ditinggalkan pun tiada gunanya seperti yang dilakukan oleh suspek pembunuh PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN dan SURENDREN A/L NALLIANNEN.
Allah swt tidak pernah zalim kepada hambanya pasti peristiwa yang berlaku kepada Datuk Sosilawati Lawiya ada pengajaran yang baik untuk kita yang masih hidup pelajari. Korbankan 4.39 minit masa teman-teman untuk mendengar nasyid Nadamurni ini semuga ianya menjadi ikthibar untuk kita insyallah meninggalkan nama yang baik setelah kita berhijrah ke alam lain kelak.
Al-Fatihah kepada ke empat-empat yang telah dibunuh dan dibakar dengan kejam. (Dapatkan berita terkini kes Datuk Sosilawati melalui twitter melalui blog ini). Al-Fatihah juga kepada arwah M.Rajoli yang telah pulang ke Rahmatullah setelah menderita sakit cancer beberapa tahun. Semuga roh mereka semua ditempatkan bersama insan-insan yang solleh hendaknya nun di sana. Kita ini bagaimana kesudahnya??
[ad#Mangga 300]
69 Comments
macam2 yg terjadi sekarang mengerikan sy…tertanya2 begini ka suasana di Malaysia..yg sering di war-warkan aman sentosa?
Curahan rasa eryati @ ..Aku di SINDIR Oleh seorang MAKCIK
Hm.. rasanya dekat mana2 pun sama juga ada kes macam ni.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
Ya betul tu…di mana-mana negara pun ada kes2 macam ni…
Curahan rasa Kdn @ ..ANDA ingin menang hadiah notebook Acer Aspire One
Mana ada negara yang memang bebas dari masalah macam ni.
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
mana2 pun tdapat kes sbigini…malaysia ttp aman 🙂
semua yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya…
Saya pun percaya kalau benda berlaku ada disebaliknya..
Curahan rasa Steward John @ ..Good luck to PMR and SPM Candidates
yup..mesti ada something dsebalik semua ni
al-fatihah..altantuya macam mana pulak?
Curahan rasa aizuddin @ ..Tv3 – Epilog Syurga Cinta MF-HF-RS Full Episode Ost Lirik
huhu..nipun kejam jugak..tp pmbunuhnya siapa sebenarnya?d malaysia tiada peralatan canggih utk kesan pmbunuh…
Curahan rasa eryati @ ..Aku di SINDIR Oleh seorang MAKCIK
Peralatan tu rasanya ada, cuma pakar dalam bidang tu yang masih kurang rasanya.
Ha.. kes tu tiada komen.. entah hilang macam tu jer…
Curahan rasa Steward John @ ..My first experience with my new “girlfriend”
yang tu tak tahu lahhh senyap bgitu je rasanya
bila tamak menguasai diri, maka akan timbullah sifat kejam…..
Curahan rasa razis @ ..Fuhhhh Lawanyala Rozita Che Wan Nie
Ini kes yang dah terlampau tamak ni… dah la menipu orang lain, sekarang membunuh lagi.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
mula2 TIPU…dah rasa puas menipu…nk rasa membunuh plak…sbb wang
Salah seorang dari peguam yang bergelar Datuk adalah merupakan salah seorang dari Pengarah Syarikat yang telah berjaya menipu orang ramai iaitu Syarikat Pon72..Salah satu syarikat yang menipu duit ramai orang. Syarikat Pon 72 ini juga meniru hakcipta sebuah syarikat lain iaitu Visiber Sdn Bhd. Perkara ini telah terbukti. Isteri saya yang juga salah seorang dari mangsa bagi syarikat Pon 72 di mana hampir rm10k wang isteri saya lesap apabila salah seorang agent POn 72 melarikan diri secara tiba2. Bukti?Ini bukti yang menyatakan PATHMANABHAN and PON 72 ada bersangkut paut
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs319.ash2/59902_103658629697784_100001609414311_24971_4206221_n.jpg
Ini berita terkini yg mesti didedahkan kepada mangsa-mangsa yg tertipu.
memang kesian dgn kes sosilawati. apa2 pun takziah kepada famili diorang. smoga rohnya dicucuri rahmat
Curahan rasa zuriey @ ..Peminjam PTPTN wajib bayar pinjaman melalui potongan gaji
Suatu tindakan yg tak terfikir oleh manusia yg waras akalnya
hanya manusia yang dibutakan oleh nafsu syaitan yang bisa melakukannya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Profil Calon Kapolri
Na, sebab itu kita kena cuba elak benda macam ni berlaku keatas kita dan keturunan kita.
Memang tak dapat dinafikan lagi kata Bang Iwan tu. Seperti kata steward, kena juga cuba elak benda ni
Curahan rasa KDN @ ..What is acne
takziah kepada mereka..kuatkan semangat mulakan hidup yang baru 🙂
camne pula kes yg tidak berprofail tinggi?tentu byk yg belum diselesaikan
Curahan rasa eyriqazz @ ..My Raya Moments Contest
Banyak jer kes yang lama2 belum lagi selesai tu.. tapi dah tiada khabar pun kes tu.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
biasanye kes yang berprofil tinggi je cepat diselesaikan
sampai sekarang orang heboh sebut2 pasal sosilawati. apa jadi pada pembunuh sosilawati? pancung kepala?
Curahan rasa Masa DAH Time @ ..Puting Beliung melanda Amerika
Masih ramai jer blogger yang masih mengupas pasal benda ni.
Curahan rasa Steward John @ ..MRajoli passed away
Selagi tak didakwa selagi itu akan menjadi keywords penting dalam dunia blogging.
Memang betul.. tapi bagi saya, biar benda ni dikupas sendiri oleh pihak media, takut pula kalau maklumat kita bagi tu salah.. Itu pendapat saya.
yup..ia menjadi satu isu yang sangat hangat diperkatakan
Comments are closed.