Terkini LIBYA diserang tentera BERSEKUTU

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terkini LIBYA telah diserang oleh tentera BERSEKUTU yang diketuai oleh Prancis. Serangan ke atas tentera Gadhafi di Benghazi dibuat pagi sabtu waktu LIBYA ketika rakyat Malaysia sedang sibuk memerhati fenomena Supermoon. Alasan serangan adalah kerana Gadhafi telah berbohong tentang genjatan senjata yang telah diistiharkan di kawasan larang terbang yang telah ditetapkan oleh PBB.

Ketika manusia menangisi beribu kematian akibat bencana gempa, tsunami dan radiasi di Jepun atas kehendak Allah SWT sekarang dunia bakal digemparkan dengan bencana ciptaan manusia. Serangan ke atas LIBYA pasti akan menjadi suatu bencana yang mengakibatkan kematian ratusan ribu seperti yang telah berlaku di Iraq. Manusia tidak pernah serik  dengan bencana yang diturunkan Allah SWT kerana sentiasa merasa merekalah yang paling berkuasa. Inilah pertana dunia sudah di akhir zaman.

Gambar korban pertama serangan Tentera Bersekutu (Sumber AP)

Berita terbaru di Yahoo News, berpuluh tentera dan orang awam telah terkorban akibat dari serangan ini. Amerika di bawah pemerintahan Barack Obama sudah mengerakkan tentera dan pasti akan menyerang LIBYA dengan angkatan termoden bagi membalas dendam kesumat yang sudah lama terpendam.

Gambar korban serangan di Libya (Sumber AP)

Serangan ini sudah pasti bukan kerana kemanusian seperti yang digembar-gemburkan tetapi kerana LIBYA mempunyai 2% simpanan minyak dunia. Serangan ini akan menyebabkan harga minyak melambung tinggi dan sudah pasti harga GOLD juga akan naik. Tak percaya kita lihat sahaja disamping itu negara barat akan dapat menjual berbillion nilai senjata. Barat kejam kerana menjadikan nyawa sebagai taruhan untuk memulihkan ekonomi sebagaimana mereka biarkan Israel mengayang semenanjung Gaza selama 1 bulan tetapi mereka lupa kuasa Allah SWT lebih Agung. Tunggulah bencana yang lebih besar akan melanda Barat seperti janji Allah dalam Al Quran.

TERKINI

1. Kapal Selam USA dan British telah menembak LIBYA dari  Laut Mediterranean.

2. Penduduk di bandar Zintan yang dikuasai pemberontak melarikan diri apabila tentera setia Gaddafi memasuki bandar itu, 120 kilometer barat daya Tripoli, lapor seorang penduduk.

3. China, India, Brazil, Germany dan Russia tidak menyokong serangan ke atas LIBYA.

4. Gadhafi vowed a “long war” after the U.S. and European militaries blasted his forces with airstrikes and over 100 cruise missiles, hitting air defenses and at least two major air bases early Sunday, shaking the Libyan capital with explosions and anti-aircraft fire.

5. The Libyan capital Tripoli was the target of bombing today before dawn according to international media and local television. All available information sources coincide that Libyan anti-aircraft artillery units opened fire and explosions were heard in different areas.

6. A cruise missile blasted Moammar Gadhafi’s residential compound in an attack that carried as much symbolism as military effect, and fighter jets destroyed a line of tanks moving on the rebel capital.

7. Seorang anak lelaki Muammar Gaddafi, Khamis meninggal dunia di sebuah hospital di Tripoli, lapor laman web pembangkang dan media Arab hari ini. Gaddafi dilaporkan cedera kelmarin apabila seorang juruterbang tentera udara Libya dengan sengaja menyebabkan jetnya terhempas ke pekarangan Bab al-Aziziyah, di mana Gaddafi dan sesetengah ahli keluarganya tinggal.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

58 Comments

  1. inilah masanya barat mengambil kesempatan. rakyat libya perlu menjadikan situasi ini sebagai iktibar. campur tangan pihak luar hanya akan menghancurkan negara tersebut.
    Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..AdenovirusMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!