Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hari ini kita masuk kelas sains untuk menambah sedikit ilmu alam semesta ciptaan Allah SWT yang kekadang kita terlupa kerana sibuk dengan dunia. Allah SWT berfirman “dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?“. (Surah Al-Anbia: 30). Begitulah uniknya dunia ciptaan Allah SWT.
SUPERMOON adalah fenomena bulan penuh yang paling besar yang hanya berlalu setiap 18 tahun sekali dimana bulan akan berada paling dekat dengan bumi pada malam sabtu ini. Petikan dari Yahoo, “On Saturday afternoon at 3 p.m. Eastern Daylight Time, the moon will arrive at its closest point to the Earth in 2011: a distance of 221,565 miles (356,575 kilometers) away. And only 50 minutes earlier, the moon will officially be full.”
Fenomena Supermoon akan melihatkan bulan 14% lebih besar dan 30% lebih cerah daripada bulan penuh yang biasa. Kebiasaannya apabila berlaku bulan penuh maka akan berlaku ombak besar dan air laut pasang yang boleh mengakibatkan banjir di kawasan rendah di pinggir laut. Ada juga yang kata akan berlaku bencana besar pada malam tersebut tetapi bencana biasa tidak akan dapat diduga.
Pesanan dari saudara ShahMuzir :
InsyaALLAH, saya tidak akan lepaskan peluang untuk melihatnya. Yang lebih penting ialah melihatnya dengan disertakan rasa syukur dan kasih kepada Yang Menciptanya. Tasbih, tahmid, tahlil dan takbir patut diulang-ulang tatkala melihat keindahannya. Sungguh, semua yang diciptakannya tidak pernah sia-sia…
“RABBAna ma khalaqTA hadza batila, subhanaKA, faqina `adzab an-nar” yang ertinya “Wahai TUHAN kami, tidak ENGKAU jadikan ini semua dengan sia-sia, Maha Suci ENGKAU, maka jauhkanlah kami dari azab api neraka”
Nak tahu detail Supermoon joom @ Kulanzsalleh.com
Gambar Supermoon (Bulan Besar) seluruh dunia @ Suffer8zine
62 Comments
tak pernah tau pun ada fenomena ni… itulah kebesaran Allah SWT.
http://mylifemyprimaryplan.blogspot.com/2011/10/hari-sabtu-bakal-menjelang.html
Ingatkan sailormoon tadi… tapi memang selalu terlepas tengok benda macam ni..
Curahan rasa Steward John @ ..The Ultimate Giveaway, you could walk away RM100,000 richer
tak berpeluang untuk melihat keajaiban ini…
cuma dapat lihat sehari selepasnya sahaja.. huhuhu…
Curahan rasa Pendekar @ ..KOLEKSI GAMBAR KUDA PENDEKAR I
Bro lagi bertuah.. kalau saya selalunya dapat tengok dekat gambar yang ditangkap oleh orang lain jer. Itu pun dah kira beruntung
Curahan rasa Steward John @ ..The Ultimate Giveaway, you could walk away RM100,000 richer
time pilihan raya nampak banyak jugak “supermoon” nie..hehe
Haha.. maksud tersirat tu…
Curahan rasa Steward John @ ..The Ultimate Giveaway, you could walk away RM100,000 richer
Comments are closed.