Assalamualaikum dan salam 1Dunia, meminjam kata-kata David Teoh buat filem mesti ikut selera penonton bukan syok sendiri. Kenal ke David Teoh ni, usahawan filem Malaysia yang telah mengumpul puluhan juta dari produksi filem Melayunya.
Blog pun sesekali kena ikut selera pelawat. Berdasar pencarian keywords terkini ramai yang singgah blog ini untuk mencari informasi terkini Akademi Fantasi ke 9 (AF9). Mereka mencari informasi siapa pelajar, pengajar dan paling panas Pengetua AF9. Mengikut pengumuman Astro, AF9 adalah siri terakhir Akademi Fantasia tapi tidak mustahil akan disambung kalau nilai komersialnya tinggi.
Akademi Fantasi ini adalah suatu program yang sarat dengan drama samada di belakang tabir dan di atas pentas. Pengurusan Akademi Fantasi melancarkan berbagai perang psikologi untuk memaksimakan daya tarikan bagi meningkatkan rating. Banyak strategi promosi yang blogger newbie dan lama boleh belajar dari Akademi Fantasia untuk menaikan rating blog masing-masing.
Secara umum setelah 8 kali Akademi Fantasi berlansung belum ada seorang penyanyi yang really outstanding yang boleh menewaskan Siti Nurhaliza atau Jamal Abdillah tetapi tidak jugalah teruk kerana majoriti bekas pelajar Akademi Fantasia boleh berlakon dan menjadi penyampai yang baik.
12 orang pelajar AF9 telah dipilih bersama dengan 5 orang tenaga pengajar yang diketuai oleh Papa Rock, Amy Search. Pemilihan Pengetua AF9 mengundang kontroversi apabila diperingkat awal Ahmad Dhani, komposer terkenal Indonesia telah dipilih tetapi mendapat tentangan industri. Untuk mengetahui senarai penuh Pelajar AF9 dan tenaga pengajar sila terus ke blog Kulanzsalleh.
Aku bukanlah mengikut setia Akademi Fantasia (belum RM1 pun keluar utk sms AFUNDI) tetapi akan sedaya upaya memberi berita terkini untuk tidak mengecewakan pelawat yang singgah mencari berita terkini Akademi Fantasia 9.
Update terkini AF9 LIVE @ Beautiful Nara.
[tweetmeme style=”compact”] [fbshare type=”button”]
[ad#nuffnang336]
[ad#Adsense234x60]
82 Comments
AF ari tu tak best sangat.. nasib baik sejak dari dulu tak pernah keluar duit untuk sms..
Curahan rasa Steward John @ ..How to monetize your blog | Earn with Nuffnang
Buehehehe
nasib baik tak ajdi Dani Dewa, kalau tak bakal ramai lagi hubungan dua hala hehehe
Curahan rasa anazkia @ ..Legenda- Dongeng dan Mitos
saya pun tak penah lagi keluarkan duit untuk undi,hehe.. tak de la gila2. cuma masih mengikuti perkembangan dari segi finalist dan pemenang. alhamdulillah, akhirnya produk negara kita sendiri yang terpilih untuk menerajui AF9 untuk musim ini.amy search pasti ada ramuan yang hebat untuk mewujudkan ketokohan beliau sendiri. >.<
Curahan rasa zety @ ..anwar ibrahim suruhanjaya dirajavideo seks tanggungjawab wan azizah dan jam tangan mengarut!!
wah kalo di indonesia afi nyampe 6 thok, di indosiar neh…
Curahan rasa cerita dewasa @ ..Okie N Phewe Garap Album Bersama
Rasa release sikit bila tahu Amy jadi pengetua. Pasti dia ada cara tersendiri menangani AF9 dan perkara berbangkit di dalamnya. Tambah dah digelar Otai.
Produk AF ni berjaya taknya, selepas AF banyak bergantung bakat selain peluang dan lebihnya effort sendiri. Pinjam motto Melodi. Elakkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi. Lihat sahaja Aizat. Pandangan saya itu contoh terbaik.
AF la punca org kita rosak bukan saja budak2 sampai yg tua iskiskisk
Curahan rasa mijae @ ..Trolling medium terbaik mencari butthurter dan mengenal stereotypes sesebuah komuniti
Memang tak dapat dinafikan yg best tu emak bapak pun sokong abis anak bertanding tu.
hmm..walaupun saya still remaja,,tapi secara jujurnya saya dah lama tak tengok AF…kali terakhir saya tengok time AF 3..pastu yang saya tau bila keluar season AF yang seterusnya tup-tup dah jadi juara…
tak payah tengok… memnbazir masa saja…
Curahan rasa Pendekar @ ..AKU ADA IMPIAN- ADAKAH AKU DAH BERUBAH
kalau saya acara muzik pasti saya suka.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Film Hanung Bramantyo
Saya pun suka acara muzik juga bro..hehehe
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
Mesti Bang Iwan ni pandai nyanyi juga.. mantahu guru rockers.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..How to monetize your blog | Earn with Nuffnang
tak pernah tengok sebab takde astro. mak tak bg pasang ahahhaa
Gua kalau amy yg nanyi berehhhh….tp dia jd pengetua tak bape nak berehhh la bro….hehehe
Curahan rasa yas @ ..Kolonel Jihad Lt Kolonel B Manaf Kasmuri
Aku pun sependapat dengan mu. Pengetua ni kena ada strong leadership. Ramli sarip gagal terbukti anak didiknya lenyap dalam industri muzik yg mencabar
kita mesti bersangka baik… mana tahu dengan kepercayaan yang diberikan… Amy boleh jadi pengetua yang terbaik…. siapa tahu kan???
Curahan rasa Pendekar @ ..AKU ADA IMPIAN- ADAKAH AKU DAH BERUBAH
Ya pun sependapat dengan saudara Pendekar…kta perlu beri peluang kepada mereka yg diberi kepercayaan untuk memikul sesuatu tanggungjawab…
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
Agak-agak apakah kelainan yang bakal dibawa oleh Amy Search setelah menjadi pengetua AF5?
Kita tungggu dan lihat ja..hehehe
ya… tunggu dan lihat sahaja… hahah..
Curahan rasa Pendekar @ ..AKU ADA IMPIAN- ADAKAH AKU DAH BERUBAH
macam akan sama je HAHAHHAHAHA
oh kamon. dah bosan kot AF ni. last AF aku tengok AF5 yang mila menang pastu dah bosan dah..haha
Curahan rasa MuJE @ ..Live MunzirShafie dot Com bertukar wajah!
Tu lah af dan berbagai contest nyanyian ni sebenarnya memberi mimpi kekayaan kpd anak muda melayu hingga lupa bahawa ada macam2 cara lain utk berjaya dlm hidup ni. Aku kurang berkenan.
naseb ni last AF. tak sanggup dah. tak pernah tau siapa yg menang. sampai shahir dak kampung belah ayah saya tu menang pn malas amek port. hahahahh jmpa kat kg pn, still org biasa jugak what? :p
Saya pun camtu juga..dah bosan tgk AF…mcm semakin boring…
Curahan rasa KDN @ ..What is acne
toksah tengok AF dah… memang bosan… aku paling last tengok masa ada mawi je… hahah…itu pun tengok ulangan punya…
Curahan rasa Pendekar @ ..AKU ADA IMPIAN- ADAKAH AKU DAH BERUBAH
hMM…katanye tahun ni AF lastt ..yer la tuuuuuuu
taktik nak tarik penonton la… macam tak tahu je la pulak… hahah…
Mungkin juga…hehehe
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
feeewit…cayalah amy. semalam da tgk AF. dorang dok dalam bilik cermin tu dah macam hamster kene kurung je plak.hehehe
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Promosi SD2 April 2011
lepas ada salma mentor,terus lupe kat AF…salma mantap!
mentop lagi bagus dari AF…. tengoklah aizat yang tak menang AF tapi leh menang juara lagu… MAWI ada? Mila ada? Faizal ada? berangan lah!
setuju dgn pendekar. tapi, aizat usaha sendiri kan. sbb ada duet, boleh lah jalan… mcm dafi. akalu tnggu maestro mmg slow la progress. contoh mcm Mas AF dlu. sampai jadi tak betul dah dia pikir pasal album. si marsha pun baru je keluar album 1st. see? dah bape tahun kann?
saya tak berkesempatan layan AF ni… baca info dari sini pun cukuplah
Curahan rasa PenaDigital @ ..Jawab Soalan Mamat Dan Menang RM10!
Tpi lagi best kalau dapat tgk AF.
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
AF memang menjadi pujaan anak2 muda zaman sekarang … kerana ialah pencetus rancangan realiti di malaysia … walaupun Pak Nil kata AF 9 adalah yang terakhir saya tidak percaya kerana ,…. kerana saya percaya kehadiran Pak Nil boleh mengembalikan keuntungan yang lumayam kepada ASTRO … kalau tak , .. tak kan ia kembali semula menghangatkan rancangan ini … (AC kena pecat sebab untung sikit … hahahaha gurau je )
Curahan rasa benjy @ ..KETAGIH DARAH EMAS – 18 SXG
Ya, betul tu..kemunculan Pak Nil dalam rancangan hiburan AF membawa kemeriahan.
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
Comments are closed.