Tenang walaupun ditahan polis

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tulis draft entri dalam pesawat Airasia yang berada 30,000 kaki atas laut china selatan dalam perjalanan pulang ke Malaysia. Ini kali ke 3 aku terbang bersama Airasia keluar negara di awal tahun 2011 selepas Jakarta dan Phnom Penh.

3 hari lepas aku bersama Airasia terbang ke Macau selama 4 jam. Cuaca sejuk 13degree menyambut aku dan 3 teman yang lain di International Airport Macau. Sampai di kaunter immigration ketika pemeriksaan pasport aku ternampak seorang mat saleh memerhati. Ketika aku berjalan menuju kekawasan bagasi aku seperti diperhati oleh dua orang lelaki. Aku buat tak kisah sahaja. Sebaik sahaja aku mengambil bagasi dan hendak keluar 2 orang lelaki dan mat saleh tadi menghampiri aku dan menunjukkan kad kuasa polis. Mereka minta aku follow diaorang. Teman-teman aku terkejut tapi terus berlalu keluar.

Aku dibawa kesebuah bilik untuk pemeriksaan. Perasaan berdebar tu ada tapi aku perlu tenang. Mereka minta aku buka bagasi. Semua barang-barang dikeluarkan dan beg diperiksa dengan detail. Selagi ada kocek beg semua diperiksa termasuklah 7 paket maggie asam laksa dan 2 paket cookies. Setelah selesai mereka tidak menemui apa yang dicari maka aku dilepaskan. Mat saleh tu kata ni routine check up. 10 minit yang mendebarkan heee.

Dah banyak negara aku pergi ini pengalaman pertama kena periksa dan semuga pengalaman terakhir kerana selepas lebih banyak destinasi lain akan aku lawati untuk belajar erti kebesaran Allah melihat kejadianNya yang berbeza dilokasi yang berlainan. Aku tidak akan pernah serik untuk ke Macau negeri kecil yang penuh dengan casino dan kedai berjenama. Next trip lebih mudah mencari lokasi makanan halal kerana aku telah terjumpa dengan orang Malaysia yang bekerja disebuah hotel.

Travelog aku di Macau membawa pengalaman baru dan semuga berjumpa lagi di lokasi baru yang lain.

Venetian

Venetian

Venetian


Spread the love

64 Comments

  1. terlepas baca entri ni. Waktu exam masa tu. Biasalah benda macam ni. Kalau kat Russia tu, beg terlebih besar pun memang boleh mendatangkan syak wasangka dan diorang akan check. Tapi kalau cakap kita ni pelajar, diorang kasi lepas sebab tahu sangat dah foreign student semua bawa beg besar-besar sebab nak angkut makanan.
    Curahan rasa ariff @ ..iPad 2 Denaihati Semakin Menjadi Kenyataan!!My Profile

  2. Saya pernah kena tahan imigresen ketika di Adelaide Australia ketika hendak pulang ke Malaysia tapi tidak sampai perlu buka bagasi kerana barang-barang larangan saya memang tidak bawa masuk ke dalam bagasi seperti makanan. Imigresen Australia memang ketat.

    Memang bedebar ketika ditahan
    Curahan rasa akubiomed @ ..Aku memang betul-betul lupaMy Profile

    1. Adelaide? Masih ingat Airport dekat sana.. waktu kami tiba dekat sana pun, habis kasut tu disuruh bersihkan, takut sangat ada kesan tanah tertinggal dekat negara dorang.. Beg diperiksa siap guna anjing pengesan lagi.. macam la nak bawa dadah masuk dalam bagasi tu.

  3. wow kayanya pengalaman yang sangat menarik dan tak akan di lupakan,bagus ulasannya sangat detail jadi pengen..

  4. memang kena tenang, kalau kalut nanti, lagi la mereka fikir kita ada buat salah kan..

    Teringat pulak cerita my name is Khan..haha

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!