Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
harini sekadar ingin berkongsi bagaimana menguruskan SEO dengan cara mudah. Mudah disini bukanlah bermakna tidak perlu buat apa-apa tetapi lebih kepada bagaimana penulisan yang mesra pembaca akan dapat memikat hati Google dalam masa yang sama.
Sejak lama dahulu, ramai yang terlalu fikirkan mengenai kata kunci sehingga mereka lupa mereka menulis untuk pembaca. Fokus utama sepatutnya kita letakkan kepada pembaca terlebih dahulu. Selepas dah tulis untuk pembaca barulah kita perkemaskan untuk memikat hati Google pula.
Menulis untuk pembaca itu adalah perkara paling penting
Jika kita benar-benar ingin menguasai enjin carian, kita perlu memikirkan apa yang akan menyebabkan enjin carian suka dengan artikel kita. Perkara yang mereka suka adalah apabila kita menulis dan menerangkan info yang tepat kepada pengguna enjin carian.
Ini bermakna, semakin bagus penerangan artikel kita kepada pengguna atau pelawat, semakin hebat kedudukan kita di mata enjin carian. Bunyi macam pelik, tetapi ini adalah hakikat yang tidak dapat dinafikan.
Teknik optimasi enjin carian ini memang wujud, namun sekiranya kita hanya fokus pada keyword dan seumpamanya, kita terlepas sudut pandang yang lebih luas. Tahukah anda banyak laman sesawang yang menerima trafik yang banyak daripada enjin carian, fokus kepada artikel dan isi kandungan.
Sampaikan tetapan permalinks mereka pun tidak mengikut kaedah atau saranan yang biasa diamalkan. Ini adalah potensi sebenar sekiranya anda benar-benar mahu menguasai enjin carian.
Terangkan dengan jelas setiap perkara yang ingin disampaikan
Sekiranya kita ingin membincangkan satu topik atau satu perkara, sedaya upaya untuk terangkan dengan jelas agar pembaca faham. Penerangan ini tidak perlu fikir kata kunci apa yang nak digunakan, tetapi fikir bagaimana pembaca boleh memahami penulisan kita dan seterusnya menyebabkan mereka menjadi pembaca yang setia.
Ini perkara penting yang perlu difikirkan setiap kali penulisan artikel dibuat. Selain itu, kita hanya perlu fokus pada isi penting yang perlu kita sampaikan.
Jadikan perbualan sebagai rujukan utama apabila menulis, semasa berbual, kita tidak pernah fikir kata kunci apa yang mesti kita sebut dalam perbualan. Begitu juga semasa menulis.
Pengurusan atau perancangan kata kunci perlu dibuat sebelum artikel ditulis. Bila artikel ingin diterbitkan, apa yang perlu diberi pautan dalam artikel, bagaimana ianya disambungkan dengan artikel lain dan sebagainya. Perancangan sebelum penulisan ini lebih penting dan akan memberikan impak yang kita inginkan.
Enjin carian pandai menilai aktiviti pembaca dan pelawat
Hari ini, jika kita cuba menipu enjin carian, kita sedang menipu diri sendiri. Itulah hakikat kejadian yang sebenar. Ramai sangat yang terlalu kreatif mencipta teknik-teknik yang mereka tahu melanggar peraturan, tetapi masih ingin dibuat kerana alasan untuk cepat mendapat keputusan.
Cepat tak semestinya bertahan lama. Kita mahukan keputusan yang bertahan lama. Andai harini artikel kita ditemui dan dijadikan rujukan, namun selepas 2 tahun ianya hilang terus dari radar enjin carian, itu bukanlah perkara yang baik.
Kita ingin isi kandungan dan artikel kita sentiasa relevan dari masa ke semasa dan zaman berzaman. Semakin lama ianya dijadikan rujukan, semakin bagus kualiti artikel kita daripada pandangan enjin carian. Enjin carian hanya mahukan servis atau laman mereka digunakan setiap masa.
Jika pada tahun 2017 92% rakyat Malaysia menggunakan Google untuk membuat carian, pasti mereka ingin meningkatkan peratusan itu saban hari. Tugas kita sebagai penulis artikel, adalah menjayakan apa yang mereka ingin capai. Apabila kita berjaya melakukan perkara tersebut, ketika itulah artikel-artikel kita akan mendapat impak yang berkesan.
Teknik mudah menjayakan SEO adalah tulis untuk pembaca
Walaupun mungkin tak ramai yang akan percaya, tetapi ini adalah perkara yang telah diamalkan sejak bertahun-tahun yang lalu dan ianya mendatangkan hasil. Artikel yang difahami pembaca, ditulis untuk pembaca dan dibaca oleh pembaca akan memberikan impak positif yang tiada galang ganti.
Anda boleh membuat cubaan untuk memperdaya enjin carian dan robot-robot mereka, namun apa yang pasti, penipuan itu akan kecundang, hanya soal lambat atau cepat sahaja.
Tulis untuk pembaca dan anda tidak perlu risau sekiranya Google membuat kemaskini algoritma mereka atau seumpamanya, kerana aktiviti kita selari dengan apa yang mereka ingin capai.
81 Comments
Bagus sangat artikel tn. Tulis untuk pembaca & artikel kita akan kekal lama di enjin carian disebabkan konten yang berkualiti. Tulis apa yang orang nak baca & boleh difahami pembaca. Terima kasih tn atas info yang sangat bermanfaat.
Artikel yang sangat bermanfaat. Bolehlah perbaiki lagi skil menulis diri saya sendiri supaya jadi lagi mahir.
untuk jadi seorang penulis blog, kena mahir menulis. tak perlu perfect tapi pengisian dapat sampai kpd pembaca. good luck
Curahan rasa nikkhazami @ ..Tiada Lagi Perkhidmatan UBER di Malaysia
tak pernah tefikir pulak cara penerangan tu dapat mempengaruhi kedudukan artikel di google.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Zahir Tak Terucap Tv3
Google dah semakin pandai dalam menilai blog dan artikel mana yang berkualiti. Kita pun tak boleh ketinggalan. Senitasa perlu beri terbaik
Curahan rasa nasa azman @ ..Kontraktor Rumah VS Tukang, Bila masa kita perlukan tukang & Bila masa kita perlukan kontraktor?
betul. blogger kena sentiasa improve penulisan dan content blog spy memenuhi kehendak pembaca.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Zahir Tak Terucap Tv3
Alhamdulillah, jumpa kata-kata semangat dari otai-otai blogger.
InsyaAllah sedaya upaya cuba praktikkan apa yang dikongsikan.
Masih banyak perkara tentang teknikal SEO yang perlu difahami.
Terima kasih Tuan.
Saya pun masih baru belajar berkenaan dengan SEO ni. Artikel seperti ini amat berguna untuk saya praktiskan ilmu ni. Terima kasih atas perkongsian tuan.
Bagi yang baru nak belaja rmenulis blog macam Mama ni, usaha nak bentuk tabiat menulis dulu. Teknik teknik pun baru nak faham
Curahan rasa Mama Hakim @ ..LPPSA Pinjaman Perumahan Kerajaan. 5 Tips Mudah Supaya Lulus!
Google sebagai pesputakaan maya terbesar di dunia… sumbangan kecil kita melalui penulisan artikel di blog akan dapat menambahkan sumber rujukan dari masa ke semasa..
Curahan rasa Anuar @ ..Tempahan Hadiah Hari Guru 2018 sudah di buka
Tulis hari ini artikel yang jadi tumpuan pengguna internet, esok lusa bakal mendatangkan hasil yangg baik.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan
Memang beruntung sekiranya artikel yang kita tulis mendapat tempat di hati pembaca… sehingga ada yang kongsikan artikel tersebut…
Curahan rasa Anuar @ ..Tempahan Hadiah Hari Guru 2018 sudah di buka
Thanks sharing tips seo yg bkesan.. semoga ia memberi maanfaat pada blogger diluar saba
teknik seo sekarang agak susah dimengerti memang harus ada bimbingan dari seorang sifu
Untuk berjaya dalam SEO hanya perlukan ilmu yang asas dan dipraktikkan dengan konsisten sampai ia berkesan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penolong Penguasa Kastam WK29
Buatlah teknik apa pun kalau black hat, satu hari nanti akan kena penalti juga. Lebih baik kita sentiasa ikut cara yang betul
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Tempat Makan Best Di Melaka? 10 Kedai makanan sedap buat air liur meleleh!
Ilmu yang bermanfaat ini, nanti boleh amalkan untuk masa akan datang. terima kasih kerana kongsi ilmu sebegini.
Perkongsian SEO ini pasti memberi lebih manfaat jika setiap pembaca dapat mempraktikannya sehingga berhasil.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penolong Penguasa Kastam WK29
Menulislah untuk manusia, bukan untuk robot Google. Algoritma terbaru Google justru memberikan keuntungan bagi para blogger yang selama ini menulis secara alami, bukan sekedar job review dan placement content. 🙂
Curahan rasa Bersama UNTAN Membangun Negeri @ ..Info Lomba Blog UNTAN Terbaru 2018 Berhadiah Total 10 Juta Rupiah
Google sentiasa memperkenalkan servis dan algoritma agar sesiapa yang menggunakan enjin carian mereka, berpuas hati dan akan meneruskan aktiviti menggunakan servis yang ditawarkan. 🙂
Terima kasih tuan untuk maklumat yang sangat berguna.
Penulisan dari hati semestinya akan lebih memberi makna dan kesan kepada pembaca
Comments are closed.