Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
harini sekadar ingin berkongsi bagaimana menguruskan SEO dengan cara mudah. Mudah disini bukanlah bermakna tidak perlu buat apa-apa tetapi lebih kepada bagaimana penulisan yang mesra pembaca akan dapat memikat hati Google dalam masa yang sama.
Sejak lama dahulu, ramai yang terlalu fikirkan mengenai kata kunci sehingga mereka lupa mereka menulis untuk pembaca. Fokus utama sepatutnya kita letakkan kepada pembaca terlebih dahulu. Selepas dah tulis untuk pembaca barulah kita perkemaskan untuk memikat hati Google pula.
Menulis untuk pembaca itu adalah perkara paling penting
Jika kita benar-benar ingin menguasai enjin carian, kita perlu memikirkan apa yang akan menyebabkan enjin carian suka dengan artikel kita. Perkara yang mereka suka adalah apabila kita menulis dan menerangkan info yang tepat kepada pengguna enjin carian.
Ini bermakna, semakin bagus penerangan artikel kita kepada pengguna atau pelawat, semakin hebat kedudukan kita di mata enjin carian. Bunyi macam pelik, tetapi ini adalah hakikat yang tidak dapat dinafikan.
Teknik optimasi enjin carian ini memang wujud, namun sekiranya kita hanya fokus pada keyword dan seumpamanya, kita terlepas sudut pandang yang lebih luas. Tahukah anda banyak laman sesawang yang menerima trafik yang banyak daripada enjin carian, fokus kepada artikel dan isi kandungan.
Sampaikan tetapan permalinks mereka pun tidak mengikut kaedah atau saranan yang biasa diamalkan. Ini adalah potensi sebenar sekiranya anda benar-benar mahu menguasai enjin carian.
Terangkan dengan jelas setiap perkara yang ingin disampaikan
Sekiranya kita ingin membincangkan satu topik atau satu perkara, sedaya upaya untuk terangkan dengan jelas agar pembaca faham. Penerangan ini tidak perlu fikir kata kunci apa yang nak digunakan, tetapi fikir bagaimana pembaca boleh memahami penulisan kita dan seterusnya menyebabkan mereka menjadi pembaca yang setia.
Ini perkara penting yang perlu difikirkan setiap kali penulisan artikel dibuat. Selain itu, kita hanya perlu fokus pada isi penting yang perlu kita sampaikan.
Jadikan perbualan sebagai rujukan utama apabila menulis, semasa berbual, kita tidak pernah fikir kata kunci apa yang mesti kita sebut dalam perbualan. Begitu juga semasa menulis.
Pengurusan atau perancangan kata kunci perlu dibuat sebelum artikel ditulis. Bila artikel ingin diterbitkan, apa yang perlu diberi pautan dalam artikel, bagaimana ianya disambungkan dengan artikel lain dan sebagainya. Perancangan sebelum penulisan ini lebih penting dan akan memberikan impak yang kita inginkan.
Enjin carian pandai menilai aktiviti pembaca dan pelawat
Hari ini, jika kita cuba menipu enjin carian, kita sedang menipu diri sendiri. Itulah hakikat kejadian yang sebenar. Ramai sangat yang terlalu kreatif mencipta teknik-teknik yang mereka tahu melanggar peraturan, tetapi masih ingin dibuat kerana alasan untuk cepat mendapat keputusan.
Cepat tak semestinya bertahan lama. Kita mahukan keputusan yang bertahan lama. Andai harini artikel kita ditemui dan dijadikan rujukan, namun selepas 2 tahun ianya hilang terus dari radar enjin carian, itu bukanlah perkara yang baik.
Kita ingin isi kandungan dan artikel kita sentiasa relevan dari masa ke semasa dan zaman berzaman. Semakin lama ianya dijadikan rujukan, semakin bagus kualiti artikel kita daripada pandangan enjin carian. Enjin carian hanya mahukan servis atau laman mereka digunakan setiap masa.
Jika pada tahun 2017 92% rakyat Malaysia menggunakan Google untuk membuat carian, pasti mereka ingin meningkatkan peratusan itu saban hari. Tugas kita sebagai penulis artikel, adalah menjayakan apa yang mereka ingin capai. Apabila kita berjaya melakukan perkara tersebut, ketika itulah artikel-artikel kita akan mendapat impak yang berkesan.
Teknik mudah menjayakan SEO adalah tulis untuk pembaca
Walaupun mungkin tak ramai yang akan percaya, tetapi ini adalah perkara yang telah diamalkan sejak bertahun-tahun yang lalu dan ianya mendatangkan hasil. Artikel yang difahami pembaca, ditulis untuk pembaca dan dibaca oleh pembaca akan memberikan impak positif yang tiada galang ganti.
Anda boleh membuat cubaan untuk memperdaya enjin carian dan robot-robot mereka, namun apa yang pasti, penipuan itu akan kecundang, hanya soal lambat atau cepat sahaja.
Tulis untuk pembaca dan anda tidak perlu risau sekiranya Google membuat kemaskini algoritma mereka atau seumpamanya, kerana aktiviti kita selari dengan apa yang mereka ingin capai.
81 Comments
Saya setuju.. sebab google ingin menjadi perpustakaan online terbesar di dunia.. jadi google memerlukan content yang berkualiti untuk menjadi bahan bacaan dan rujukan pembaca..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Selagi artikel yang kita tulis dalam blog dapat memberi manfaat kepada pembaca, selagi itu google akan sayang pada artikel tersebut..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
memberi manfaat, bermakna ramai orang akn cari artikel tu. Google pun bijak..
Tahun lepas sahaja, 92% rakyat Malaysia menggunakan Google untuk membuat carian, pasti mereka ingin meningkatkan peratusan itu saban hari.
bkan ke selagi tak delte artikel tu, posting tu sentiasa diapung dlm google
Perpustakaan terbesat di dunia. Rasanya dah tercapai hajat Google..4,5 tahun lagi mesti muat giler kot
teringat dlm movie Ralph Breaks The Internet. Google ni digambarkan seperti library terbesar di dunia.. apa sahaja ada
Sedang cuba belajar untuk menulis dengan lebih santai, isi yang berkualiti dan memikat hati pembaca juga Google. Terima kasih atas perkongsian info ini. Akan dipraktikkan untuk menulis dengan lebih baik insya-Allah
Curahan rasa Farizah Hamid @ ..Resepi Donut Mudah
Konte best, gaya penyampaian yang bersahaja, dengan laman sesawang yang kosong pun pasti menarik ramai pembaca.
Hanya perlu fikir bagaimana pembaca boleh memahami penulisan kita dan seterusnya menyebabkan mereka menjadi pembaca yang setia.
Dapat sesuatu dari pembacaan ni. InsyaAllah akan diaplikasikan sebaik-baiknya. Good job. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dari artikel ini.
Curahan rasa Nas Rubaee @ ..Razak City Residence Sungai Besi Kuala Lumpur
kena asah semula skil SEO. dah berkarat.
pernah buat blog tahun 2012. setahun lepas tu masih ada orang minta buatkan akaun syarikat. penangan SEO.
Curahan rasa izwan @ ..Pasang Cuckoo Iris Top Water Purifier Sebelum Raya
Menulis lah dengan ikhlas dan mahu menyampaikan maklumat untuk manfaat pembaca . Tu yang sebenarnya . 🙂
Curahan rasa Wan Syahida @ ..Modal Minima Buka Spa
tekniknya sangat mudah dipraktekkan. ini artikel luar biasa, terus menjadi rujukan utama ngeblog saya.
Teknik SEO memang menjimatkan, disaat orang lain alpa, kita maksimumkan teknik SEO sepenuhnya untuk beri manfaat menerusi artikel blog.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penolong Penguasa Kastam WK29
Info yang sangat bermanfaat. Buat penulisan seperti perbualan. Insyaallah akan dipraktikkan. Terima kasih atas perkongsian..
Curahan rasa Farizah @ ..Ubat Untuk Redakan Bengkak Susu
Artikel yang saling berkaitan antara post sekarang dan terdahulu juga memainkan peranan penting dalam meraih teknik SEO yang berkesan dan mudah dilakukan.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Salwa Ameer
emosi yang bagus dan menarik nie..
saya juga tengah mencuba untuk menulis dengan mengikut kehendak pemba
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman Sebenar Jadi Insan Gelandangan
bagus banget infonya, ilmu baru buat bidang SEO, thanks ya buat ilmunya…keren
Curahan rasa YULI @ ..Driver Ganteng Ojek Online Ini Jadi Viral, Ternyata Seorang Dokter!
Terima kasih atas info yang diberikan. Banyak saya belajar. alhamdulillah semoga halal semua ilmu yang tuan curahkan ni.
Saya memang suka baca blog denai hati
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Pencuci Muka Terbaik DIY Di Rumah! Ada 4 Resepi Yang Berkesan
Sekarang aku pikir untuk bisa dapat rank 1 di google, mesti buat artikel yang berkualiti dan bermanfaat untuk pembacanya, lebih cenderung ke user friendly.
Artikel yang menarik dan bermanfaat sekali. Terima kasih atas info itu. Memang bagus sangat
Curahan rasa Ira @ ..Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil
google bijak menilai artikel mana yang lebih berkualiti dan bermanfaat buat pembaca. artikel tu la yg akan berada di tempat terbaik enjin carian
Curahan rasa nikkhazami @ ..Tiada Lagi Perkhidmatan UBER di Malaysia
Comments are closed.