Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kisah anak merajuk kepada ayah dan ibu masih menyentuh hati ini. Tidak boleh digambarkan dengan perasaan seorang ibu yang bersusah payah mengandungkan anak sembilan bulan sepuluh hari kemudian si anak merajuk membawa diri kerana ditegur oleh ibu. Kisah benar seorang teman yang dikongsikan diruang komen entri “Marah Ayah dan Ibu setakat mana” memang meruntun jiwa sesiapa yang membaca.
Salam buat semua. Setelah membaca cerita yg disampaikan diatas, saya terkenangkan ibu saya yg telah meninggal dunia pada 4 Nov 2011 (8 Zulhijjah). Saya teramat sedih kerana kakak sy (53thn) tidak pulang sejak 10 tahun lalu akibat kecil hati dgn kata2 arwah ibu saya. Bukan beliau shj dimarahi ketika itu, semua adik beradik yg lain terkena tempiasnya hanya krn tidak mengemas dapur lepas memasak (hari raya tahun 2002). Sehingga hari pengkebumian arwah ibu juga masih tidak pulang sehinggalah ke saat ini walaupun bapa sy masih ada (tempat tinggal kakak saya di Sri Hartamas, arwah ibu dan bapa di Setapak).
Jika alasan beliau krn tidak diberitahu, amatlah sedih krn sejak arwah ibu menderita sakit kanser 3 tahun lepas pun beliau tidak bertanya khabar jauh sekali pulang menjengok. Walaupun kami sudah tidak kuasa utk memberitahu walau apapun perkembangan sejak itu, setidak2nya beliau sentiasa menjenguk ibu2 saudara yg ada dan semestinya mrk ada menyampaikan apa2 perkembangan dan menegur perbuatannya. Namun itu semua tidak diendahkan. Beliau skrg hidup bahagia krn kemewahan duniawi yg dikecapi berbanding kami adik-beradik yg lain. Mungkin itu dugaan buat beliau didunia ini.
Sy berdoa semoga beliau sedar dan diberi hidayah walaupun sudah terlambat utk memohon ampun dan maaf dari arwah ibu saya. “Mak, damailah mak disana dan semoga digolong bersama para mukminin. Kasih sayang dan pengajaran serta nasihat yang mak berikan kpd anak2 mak cukup sempurna utk kami jadikan pedoman bagi mengharungi kehidupan yg serba mencabar ini. Terimakasih mak, i love you from the deepest of my heart.. Al-Fatihah buat mak…..”
Baca kisah sedih ini teringat pulak kisah Si Tanggang seperti kisah mitos khayalan tetapi sebenarnya memang berlaku di keliling tanpa kita sedari. Terkedu tak terkata keras sungguh hati sehingga langsung tak sudi menjengok arwah ibu. Teringin melihat kesudahan kisah masa tua beliau adakah mungkin apa yang beliau lakukan kepada arwah ibu akan berulang sejarah kepada beliau.
Sedangkan anak kecil seperti dalam Video Iklan Raya Bernas kasih sayang pada ibu inikan kita. Ramai rakan-rakan sms meleleh air mata sebak menonton video Bernas apatah lagi membaca kisah tragis seperti ini.
Teringat kata seorang teman yang juga seorang ibu “air mata lebih banyak mengalir keluar bila anak-anak dah besar berbanding ketika mereka kecil“.
Baca juga : Rokok hukumnya haram dan antara sebab doa tak diterima
Mungkin pesanan Anuar ini boleh menjadi peringatan kepada kita :
Hargailah ibu dan bapa kita sementara mereka masih hidup lagi.. Sebenarnya kita bersyukur kerana masih mempunyai mereka untuk kita saling sayang menyayangi..
Cubalah kita selami perasaan rakan-rakan kita yang telah ketiadaan ibu dan bapa.. Mereka pasti berasa sedih kerana tidak ada peluang lagi untuk mereka berkongsi saat-saat indah dalam hidup mereka bersama orang yang bertanggung jawab membesarkan mereka..
Seharusnya anda patut rasa bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada anda untuk menikmati saat-saat indah dalam hidup anda bersama mereka.. Jadi hargailah mereka, sebagaimana mereka memelihara kita semenjak kita kecil sehingga sekarang..
Sempena kehadiran bulan Syawal ini, eloklah kita bermaaf-maafan sesama kita.. Kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa.. Pohonlah kemaafan sebanyaknya daripada ibu dan bapa kita..
Bagi mereka yang telah ketiadaan ibu dan bapa.. Doakanlah kesejahteraan mereka sewaktu berada “di sana”.. Kunjungilah pusara mereka.. Semoga mereka ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman..
265 Comments
Syurga itu berada dibawah telapak kaki ibu…
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Balik Kampung
itulah dia tanggang moden..
harap2 kita tak menjadi seperti dalam cerita ini
Curahan rasa zool @ ..9 jam tol percuma Lebuhraya KL-Karak, LPT1
apa sangatlah marah dari mak sehingga lupa jasanya.. bila dia dah takde, kat sapa lagi kita nak minta maaf, bermanja.. wallahualam
Curahan rasa zool @ ..Perlukah beli baju Melayu untuk Hari Raya Aidilfitri ?
Semoga kita semua terhindar dari hal sedemikian sahabat zool aamiin
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS UNDIP Semarang 2012
aduh…syahdunya entry nie
…huhu
Curahan rasa AKU LOLA KE? @ ..Kasihan..Anjing Ini Kehilangan Kaki Hadapannya
entri sayu…huhu.. ok..dah sedey dah… 🙁
Curahan rasa Nadot @ ..Pencen Dari Berblogging
Ibu adalah nafas hidupku.
Benar sekali sahabat Abed…Karena ibulah kita bisa seperti sekarang ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS UNDIP Semarang 2012
Sayangilah ibu dan bapa ketika hayat mereka….bukan ketika ketiadaan mereka…
Curahan rasa Yas @ ..Giliran Nurul Syuhada Pula Bertudung
Menyayangi ketika hayat dengan berbakti dan berbuat baik, setelah ketiadaan menyayangi dengan berdoa untuk kebaikan akheratnya serta beramal atas nama orang tua kita sahabat Yas
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS UNDIP Semarang 2012
Ibu bapa tegur pasal aurat, anak terus melenting. susah susah
Curahan rasa Kodet @ ..Video Budak Bawah Umur Rompak Kafe Siber
Ya Allah kerasnya hati sang anak.. Ya Allah Mintak lembutkanlah hati hambamu ini.. Amin..
Ya Allah mintak dijauhkan semua ni dari Nurul, sampaikan ibu sendiri meninggal pun tak datang jenguk.. Ya Allah sedihnya hati…
Curahan rasa Nurul @ ..Bersyukur Pada Mu Ya Allah..
ye..sedih la entry nie..aduhai…kena plak time2 nk raya nie..huhu
Curahan rasa AKU LOLA KE? @ ..Kasihan..Anjing Ini Kehilangan Kaki Hadapannya
Mr Jay: dah tiada nnti, mnagis kat kubur peluk batu nisan pn x brguna. kpada yg dah insaf tp ibubapa dh tiada bolehlah disedekahkan bacaan al quran atau buat kenduri atas nama si mati untuk mmberi tambahan amalan kpada ibubapa di alam kubur
Curahan rasa Myra Jay @ ..Rindu nak makan nasi ulam
hormatilah ibu mu, kalau tidak ada ibu pasti tidak ada qt semua
SEpakat dengan hal tersebut sahabat security servies
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS UNDIP Semarang 2012
itu si anak yang durhaka sangat sangat, orang tua biasanya seperti itu agar kita bisa menjadi lebih baik lagi:) manknya dia melakukan seperti itu. apalagi itu ibu. menurut saya itu si wajar saja karena ibu itu kan mendidik kita agar menjadi orang yang baik.
Curahan rasa Motivator Indonesia @ ..Salesman Kompor
sepatutnya begitu la..kasihan sama si ibu~~
Curahan rasa AKU LOLA KE? @ ..Kasihan..Anjing Ini Kehilangan Kaki Hadapannya
hmm jadi inget sama mamah …… 🙁
Curahan rasa obat alternatif darah tinggi @ ..Obat Alternatif Darah Tinggi
sekarang ini memang makin banyak saja anak yang durhaka sama orang tuanya… semoga kita di jauhkan dari yang seperti itu
Curahan rasa obat jantung koroner @ ..Obat Jantung Koroner
Jangan jadi Tanggang moden…
Curahan rasa eXception @ ..Kekantoian Fitnah Paling Melucukan!!
marah iba bapa untuk mendidik..
nauzubillah..semoga dijauhi dgn gejala anak derhaka skang nih..
Curahan rasa JMR @ ..Kesalahan di Hari Raya tanpa kita sedar..
harap2 begitu juga la..mcm2 dah sekarang nie..
Curahan rasa AKU LOLA KE? @ ..Kasihan..Anjing Ini Kehilangan Kaki Hadapannya
Comments are closed.