Tarsus kota purba menarik di Turki

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini sambungan dari entri “Turki aku datang” dan “Urfa kota Para Nabi” kisah Kembara Turki menjejaki legasi keagungan Islam terdahulu dan akan datang. Rami yang tertanya-tanya kenapa kami menjejaki Islam di negara sekular tetapi mungkin ramai yang tidak tahu rahsia disebalik sebuah negara sekular yang dibina oleh Mustafa Kamal Ataturk.

Hari terakhir di Gaziantep kami diraikan sarapan pagi bersama kepimpinan MTS Gaziantep. Memang terharu dengan sambutan dan juadah yang penuh satu meja. Nampaknya bertambahlah berat badan ni. Paling terharu apabila aku, Hj Zainal dan Ustaz Noehas dapat peluang naik kereta bersama Sheikh Ibrahim ke Adana. Macam-macam ilmu Sheikh Ibrahim kongsi sepanjang perjalanan dua jam kami, paling best amalan tertip naik kenderaan. Tapi ada juga perasaan ngeri apabila Sheikh bawa kereta kekiri kekanan sehingga beberapa kali kena hon dengan kenderaan lain.

sarapan pagi di gaziantep

Sheikh Ibrahim bersama dengan Sheikh Zainal
Sheikh Ibrahim bersama dengan Sheikh Zainal

Sepanjang perjalanan dari Gaziantep ke Adana kami melalui ladang gandum dan kapas yang beribu hektar. Kehebatan Turki sebagai pengeluar produk pertanian memang tidak dapat disangkal sehingga mereka tidak perlu mengimport dari negara lain. Mengikut Sheikh Ibrahim di antara Gaziantep ke Adana ada banyak tempat sejarah yang boleh dilawati seperti tapak Kerajaan Rom, Kerajaan Byzantine dan jejak Nabi dan Sahabat Nabi yang tidak cukup sehari nak ziarah. Tidak jauh daripada laluan kami terdapat sebuah negeri yang disebut dalan Surah Yassin iaitu Anthokia tetapi tak sempat nak singgah. Sheikh Ibrahim jemput kami untuk datang lagi ke Gaziantep untuk melawat tempat yang belum dilawati.

kembara turki adana

lunch di adana turki

Di Adana kami singgah makan tengahari dan solat zuhur – asar di bazar MTS. Kami juga berjumpa dengan baris kepimpinan MTS Adana dan makan tengahari bersama mereka. Kedatangan kami bukan mendapat perhatian pengunjung bazar kerana jarang-jarang sekali orang Malaysia menjejaki kaki di Adana. Setakat ini layanan dari Yayasan Suleymaniyyah memang sangat baik sehingga jadi risau kami tak dapat melayan sebaik ini bila mereka membuat lawatan balas. Budaya Turki memang sangat menghormati musafir. Bandar Adana antara lokasi menarik di Turki memang sangat cantik, mengalir beberapa sungai berwarna biru di tengah bandar sehingga terpegun kami melihatnya. Pernah cuba aiskrim Turki ke??

gambar aiskrim turki

adana lokasi menarik turki

Dari Adana kami di bawa ke sebuah kota purba di negeri Mersin iaitu Tarsus. Mungkin pembaca boleh cari berbagai informasi kehebatan kota purba Tarsus di google, aku sendiri pun baru pertama kali mengetahui kisah Tarsus. Lokasi menarik pertama yang kami singgah di Tarsus adalah sebuah masjid yang di dalamnya terdapat makam Nabi Seth a.s, Nabi Luqman a.s dan Khalifah Makmum. Kisah Nabi Seth a.s mungkin kita tidak begitu biasa tetapi Kisah Nabi Luqman a.s memang tertulis di Al Quran dalam sural al luqman yang mengajar bagaimana kita mendidik anak-anak. Dalam dunia akhir zaman ramai ibu bapa yang sudah tidak mengikut cara Nabi Luqman a.s mendidik kerana itulah kita gagal membina generasi yang baik untuk masa depan. Nabi Luqman a.s tinggal di Tarsus selama sepuluh tahun seblum berhijrah, kerana itu makam baginda dibuat sebagai tanda kenangan. Khalifah Makmum pula adalah anak kedua kepada Khalifah Harun Al Rashid yang telah memerintah Kerajaan Bani Abbasiyyah dari 813 sehingga 833 Masihi.

lokasi makam nabi luqman

makam khalifah mahmum

Makam Nabi Luqman a.s
Makam Nabi Luqman a.s
Makam Nabi Seth a.s
Makam Nabi Seth a.s

Tidak jauh dari lokasi makam Nabi Seth a.s terdapat bagunan yang menempatkan makam Nabi Daniel a.s. Pernah dengar ke sirah Nabi Daniel a.s? Nabi Daniel a.s diriwayatkan seorang Nabi yang membawa keberkatan di tempat yang baginda tinggal. Di akhir hayat baginda telah meninggalkan wasiat supaya jasadnya disimpan supaya dapat disempurnakan oleh umat Nabi Muhamad SAW. Jasad baginda telah disimpan di dalam bilik rahsia yang dikunci untuk mengelakkan dicuri oleh bangsa Yahudi yang percaya jika jasad tersebut dibawa ke tempat mereka maka akan membawa keberkatan. Seorang sahabat Nabi di bawah pemerintahan Khalifah Abu Bakar a.s telah terjumpa jenazah Nabi Daniel dan telah mengkebumikan di bawah tiang jambatan rom untuk mengelakan dicuri. Khabarnya dengan keberadaan jasad Nabi Daniel a.s di Tarsus, daerah ini tidak pernah kemarau dan terus subur sehingga sekarang. Selain itu kisah Nabi Daniel a.s dengan singa terus menjadi kenangan penduduk setempat sehinggalah kehari ini ramai yang memakai cincin berlambang singa.

lokasi makam nabi daniel

Makam Nabi Daniel a.s
Makam Nabi Daniel a.s

Setelah menziarahi makam Nabi Seth a.s, Nabi Luqman a.s dan Nabi Daniel a.s kami di bawah jauh kependalaman di kaki Gunung Pion. Orang Turki yakin bahawa di kaki gunung ini terletaknya gua ashabul kahfi. Tujuh pemuda telah melarikan dari dari kezalima pemerintah Kerajaan Tarsus dan tidur selama 300 tahun di dalam gua tersebut. Sebelum ini aku pernah menziarahi gua ashabul khafi di Jordan memang ada perbezaan bentuk gua. Gua ashabul kahfi di Tarsus juga terletak disebelah masjid dan kubur lama dan guanya lebih kelihatan asli di dalam bumi. Perbezaan pendapat kisah ashabul kahfi sudah berlarutan sejak zaman Rasulullah SAW jadi yang pending bagi kita umat akhir zaman adalah belajar dan ambil pengajaran dari kisah bukan berdebat tentang perbezaan. Telah jelas dalam beberapa hadis meminta kita membaca surah Al Kahfi terutama pada hari Jumaat untuk mengelakkan fitnah Dajjal.

masjid ashabul kahfi

pintu gua ashabul kahfi

gua ashabul kahfi

Selesai menziarahi gua ashabul kahfi dan solat maghrib – isyak di masjid ashabul kahfi kami bergerak ke bandar seterusnya iaitu Konya. Perjalan yang sangat jauh lebih lima jam memandu ditengah malam. Semua terlena keletihan melainkan pemandu. Kami sampai di Konya jam 1 am. Kami dihidangkan teh panas sebelum melelapkan mata.

Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Tarsus Kota Purba Menarik di Turki“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati


Spread the love

133 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!