Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini sambungan dari entri “Turki aku datang” dan “Urfa kota Para Nabi” kisah Kembara Turki menjejaki legasi keagungan Islam terdahulu dan akan datang. Rami yang tertanya-tanya kenapa kami menjejaki Islam di negara sekular tetapi mungkin ramai yang tidak tahu rahsia disebalik sebuah negara sekular yang dibina oleh Mustafa Kamal Ataturk.
Hari terakhir di Gaziantep kami diraikan sarapan pagi bersama kepimpinan MTS Gaziantep. Memang terharu dengan sambutan dan juadah yang penuh satu meja. Nampaknya bertambahlah berat badan ni. Paling terharu apabila aku, Hj Zainal dan Ustaz Noehas dapat peluang naik kereta bersama Sheikh Ibrahim ke Adana. Macam-macam ilmu Sheikh Ibrahim kongsi sepanjang perjalanan dua jam kami, paling best amalan tertip naik kenderaan. Tapi ada juga perasaan ngeri apabila Sheikh bawa kereta kekiri kekanan sehingga beberapa kali kena hon dengan kenderaan lain.
Sepanjang perjalanan dari Gaziantep ke Adana kami melalui ladang gandum dan kapas yang beribu hektar. Kehebatan Turki sebagai pengeluar produk pertanian memang tidak dapat disangkal sehingga mereka tidak perlu mengimport dari negara lain. Mengikut Sheikh Ibrahim di antara Gaziantep ke Adana ada banyak tempat sejarah yang boleh dilawati seperti tapak Kerajaan Rom, Kerajaan Byzantine dan jejak Nabi dan Sahabat Nabi yang tidak cukup sehari nak ziarah. Tidak jauh daripada laluan kami terdapat sebuah negeri yang disebut dalan Surah Yassin iaitu Anthokia tetapi tak sempat nak singgah. Sheikh Ibrahim jemput kami untuk datang lagi ke Gaziantep untuk melawat tempat yang belum dilawati.
Di Adana kami singgah makan tengahari dan solat zuhur – asar di bazar MTS. Kami juga berjumpa dengan baris kepimpinan MTS Adana dan makan tengahari bersama mereka. Kedatangan kami bukan mendapat perhatian pengunjung bazar kerana jarang-jarang sekali orang Malaysia menjejaki kaki di Adana. Setakat ini layanan dari Yayasan Suleymaniyyah memang sangat baik sehingga jadi risau kami tak dapat melayan sebaik ini bila mereka membuat lawatan balas. Budaya Turki memang sangat menghormati musafir. Bandar Adana antara lokasi menarik di Turki memang sangat cantik, mengalir beberapa sungai berwarna biru di tengah bandar sehingga terpegun kami melihatnya. Pernah cuba aiskrim Turki ke??
Dari Adana kami di bawa ke sebuah kota purba di negeri Mersin iaitu Tarsus. Mungkin pembaca boleh cari berbagai informasi kehebatan kota purba Tarsus di google, aku sendiri pun baru pertama kali mengetahui kisah Tarsus. Lokasi menarik pertama yang kami singgah di Tarsus adalah sebuah masjid yang di dalamnya terdapat makam Nabi Seth a.s, Nabi Luqman a.s dan Khalifah Makmum. Kisah Nabi Seth a.s mungkin kita tidak begitu biasa tetapi Kisah Nabi Luqman a.s memang tertulis di Al Quran dalam sural al luqman yang mengajar bagaimana kita mendidik anak-anak. Dalam dunia akhir zaman ramai ibu bapa yang sudah tidak mengikut cara Nabi Luqman a.s mendidik kerana itulah kita gagal membina generasi yang baik untuk masa depan. Nabi Luqman a.s tinggal di Tarsus selama sepuluh tahun seblum berhijrah, kerana itu makam baginda dibuat sebagai tanda kenangan. Khalifah Makmum pula adalah anak kedua kepada Khalifah Harun Al Rashid yang telah memerintah Kerajaan Bani Abbasiyyah dari 813 sehingga 833 Masihi.
Tidak jauh dari lokasi makam Nabi Seth a.s terdapat bagunan yang menempatkan makam Nabi Daniel a.s. Pernah dengar ke sirah Nabi Daniel a.s? Nabi Daniel a.s diriwayatkan seorang Nabi yang membawa keberkatan di tempat yang baginda tinggal. Di akhir hayat baginda telah meninggalkan wasiat supaya jasadnya disimpan supaya dapat disempurnakan oleh umat Nabi Muhamad SAW. Jasad baginda telah disimpan di dalam bilik rahsia yang dikunci untuk mengelakkan dicuri oleh bangsa Yahudi yang percaya jika jasad tersebut dibawa ke tempat mereka maka akan membawa keberkatan. Seorang sahabat Nabi di bawah pemerintahan Khalifah Abu Bakar a.s telah terjumpa jenazah Nabi Daniel dan telah mengkebumikan di bawah tiang jambatan rom untuk mengelakan dicuri. Khabarnya dengan keberadaan jasad Nabi Daniel a.s di Tarsus, daerah ini tidak pernah kemarau dan terus subur sehingga sekarang. Selain itu kisah Nabi Daniel a.s dengan singa terus menjadi kenangan penduduk setempat sehinggalah kehari ini ramai yang memakai cincin berlambang singa.
Setelah menziarahi makam Nabi Seth a.s, Nabi Luqman a.s dan Nabi Daniel a.s kami di bawah jauh kependalaman di kaki Gunung Pion. Orang Turki yakin bahawa di kaki gunung ini terletaknya gua ashabul kahfi. Tujuh pemuda telah melarikan dari dari kezalima pemerintah Kerajaan Tarsus dan tidur selama 300 tahun di dalam gua tersebut. Sebelum ini aku pernah menziarahi gua ashabul khafi di Jordan memang ada perbezaan bentuk gua. Gua ashabul kahfi di Tarsus juga terletak disebelah masjid dan kubur lama dan guanya lebih kelihatan asli di dalam bumi. Perbezaan pendapat kisah ashabul kahfi sudah berlarutan sejak zaman Rasulullah SAW jadi yang pending bagi kita umat akhir zaman adalah belajar dan ambil pengajaran dari kisah bukan berdebat tentang perbezaan. Telah jelas dalam beberapa hadis meminta kita membaca surah Al Kahfi terutama pada hari Jumaat untuk mengelakkan fitnah Dajjal.
Selesai menziarahi gua ashabul kahfi dan solat maghrib – isyak di masjid ashabul kahfi kami bergerak ke bandar seterusnya iaitu Konya. Perjalan yang sangat jauh lebih lima jam memandu ditengah malam. Semua terlena keletihan melainkan pemandu. Kami sampai di Konya jam 1 am. Kami dihidangkan teh panas sebelum melelapkan mata.
Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Tarsus Kota Purba Menarik di Turki“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati
133 Comments
Sayangnya DH tak sempat nak melawat negeri Anthokia tu. Kalau tak bertambah lagi pembacaan saya
Curahan rasa qtiechan @ ..Ayuh bangkit Lee Chong Wei
yaaa sayang nya.. kalau boleh melawat sana kan best walaupun hanya sekdar membaca entri
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Aiskrim turki tu memang terliur. Pernah tengok ade blogger lain share pasal aiskrim ni masa kembaranya juga. Ianya dihidangkan dengan cara yang mampu membuatkan kita kagum kan
Curahan rasa qtiechan @ ..Ayuh bangkit Lee Chong Wei
pic aiscream tu membuatkan ana terliur la..huhuu macam sedap jer kan..
Curahan rasa adna2029 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Hehe betul tu. Teringin nak rasa aiskrim Turki macam mana kan. Sama atau tak dengan yang ada di Malaysia ni
ramai yang sangka sejarah islam hanya tersimpan di negara arab shaja
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
ya betul tu menarik betul Dengan semua fossil ni tiba tiba teringin pula
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
banyak sangat sejarah islam di bumi turki yang ramai tak tahu.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
seronok juga tengok makanan orang turki. roti tu nampak sedap, aiskrim jgn cakap la
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
memang nampak sedap kan. Entah bilalah kita boleh jejak Turki ni sis. Seronok tengok kembara Denaihati ke sana.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Blogger Buat Duit Online
ya allah…cantiknyaaaaaaaa…. dapat tengok melalui gambar pun rasa teruja untuk mengetahui mengenai negara turki..moga bila berkemampuan nanti dapat jejak turki juga 😀
Curahan rasa zaza zehra @ ..Design Dan Tempahan Kad Bisnes Murah
Insyaallah ada rezeki lebih suatu hari nanti nak jejak ke Turki ni. Semoga dipermudahkan untuk kita ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Blogger Buat Duit Online
teringin nak pergi travel tapi duit tak cukup lagi.Mungkin bila dah measuki alam pekrjaan baru boleh travel.
Curahan rasa amirul hakim @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Betul tu. Insyaallah suatu hari nanti, kalau dah ada kerja tetap, kita kumpul duit untuk travel ke Turki ye. Banyak tempat menarik sana.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Blogger Buat Duit Online
Wahhhh.. suka betul baca tentang sejarah..
Nak2 kalau di Turki..
Nice sharing.. bertambah ilmu.. 🙂
Curahan rasa AZENI AHMAD @ ..Cabaran 7 hari 7 Entry: 3 Fakta Menarik Mengenai Diri Saya
kalau baca sejarah sesebuah negara memang best…rasa teringin nak mengembara pulak..
Curahan rasa zaza zehra @ ..Design Dan Tempahan Kad Bisnes Murah
kalau nak ke tempat yang bnyk sejarah, turki memang pilihan tepat. kalau ada rezeki pergi la
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Tak rugi berjalan di negara orang ni. Banyak ilmu dan pengalaman yang akan kita dapat. Berkongsi pulak dengan orang lain, dpaat pahala sedikit sebanyak..
kita yang membaca pun bertambah pengetahuan tentang sesebuah negara… rasa seronok pulak bila tengok tentang turki ni kan… 🙂
Curahan rasa zaza zehra @ ..Design Dan Tempahan Kad Bisnes Murah
pembaca pula bila tengok entry best mcm ni, mesti simpan asrat nak pergi jugak hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
betul tu ni. itu semua bergantung ke mana kita pergi. kalau yang banyak sejarah islam mcm ni banyak la ilmu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Cantik sungguh pemandangan di Tarsus. Air sungai yang membiru dan bersih. Kiri kanan sungai pulak ada taman yang menghijau. siap ada fountain kat tengah sungai tu. Adakah itu fountain semula jadi atau buatan penduduk Tarsus, tuan DH?
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
menarik sungguh kisah Nabi Daniel. AB tak pernah dengar kisah Nabi Daniel sebelum ni. Nasib baik bangsa Yahudi tak menjumpai jeazah baginda terlebih dahulu.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
dlu pernah tengok aksi penjual aiskrim turki dalam cerita Istanbul Aku Datang. Sangat menarik. DH sempat ke merasa aiskrim iorang? sama ke dengan rasa aiskrim di Malaysia?
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
Sedapkah ais krim Turki?…hehe…hari tu nampak video viral di Facebook yang penjual ais krim di Turki melakukan aksi kreatif yang menarik perhatian pelancong…very cool…hehe… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
Banyak betul tempat menarik yang boleh di lawati di Turki nih .
Kebanyakkan pula memang tempat bersejarah..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 28 | Andainya…
Turki adalah kerajaan terakhir pemerintahan khalifah Islam, sudah pasti byk tinggalan sejarah yg menarik utk dilawati. Semoga semuanya ini kekal terpelihara buat tatapan sehingga masa akan datang.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
Comments are closed.