Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini sambungan dari entri “Turki aku datang” dan “Urfa kota Para Nabi” kisah Kembara Turki menjejaki legasi keagungan Islam terdahulu dan akan datang. Rami yang tertanya-tanya kenapa kami menjejaki Islam di negara sekular tetapi mungkin ramai yang tidak tahu rahsia disebalik sebuah negara sekular yang dibina oleh Mustafa Kamal Ataturk.
Hari terakhir di Gaziantep kami diraikan sarapan pagi bersama kepimpinan MTS Gaziantep. Memang terharu dengan sambutan dan juadah yang penuh satu meja. Nampaknya bertambahlah berat badan ni. Paling terharu apabila aku, Hj Zainal dan Ustaz Noehas dapat peluang naik kereta bersama Sheikh Ibrahim ke Adana. Macam-macam ilmu Sheikh Ibrahim kongsi sepanjang perjalanan dua jam kami, paling best amalan tertip naik kenderaan. Tapi ada juga perasaan ngeri apabila Sheikh bawa kereta kekiri kekanan sehingga beberapa kali kena hon dengan kenderaan lain.
Sepanjang perjalanan dari Gaziantep ke Adana kami melalui ladang gandum dan kapas yang beribu hektar. Kehebatan Turki sebagai pengeluar produk pertanian memang tidak dapat disangkal sehingga mereka tidak perlu mengimport dari negara lain. Mengikut Sheikh Ibrahim di antara Gaziantep ke Adana ada banyak tempat sejarah yang boleh dilawati seperti tapak Kerajaan Rom, Kerajaan Byzantine dan jejak Nabi dan Sahabat Nabi yang tidak cukup sehari nak ziarah. Tidak jauh daripada laluan kami terdapat sebuah negeri yang disebut dalan Surah Yassin iaitu Anthokia tetapi tak sempat nak singgah. Sheikh Ibrahim jemput kami untuk datang lagi ke Gaziantep untuk melawat tempat yang belum dilawati.
Di Adana kami singgah makan tengahari dan solat zuhur – asar di bazar MTS. Kami juga berjumpa dengan baris kepimpinan MTS Adana dan makan tengahari bersama mereka. Kedatangan kami bukan mendapat perhatian pengunjung bazar kerana jarang-jarang sekali orang Malaysia menjejaki kaki di Adana. Setakat ini layanan dari Yayasan Suleymaniyyah memang sangat baik sehingga jadi risau kami tak dapat melayan sebaik ini bila mereka membuat lawatan balas. Budaya Turki memang sangat menghormati musafir. Bandar Adana antara lokasi menarik di Turki memang sangat cantik, mengalir beberapa sungai berwarna biru di tengah bandar sehingga terpegun kami melihatnya. Pernah cuba aiskrim Turki ke??
Dari Adana kami di bawa ke sebuah kota purba di negeri Mersin iaitu Tarsus. Mungkin pembaca boleh cari berbagai informasi kehebatan kota purba Tarsus di google, aku sendiri pun baru pertama kali mengetahui kisah Tarsus. Lokasi menarik pertama yang kami singgah di Tarsus adalah sebuah masjid yang di dalamnya terdapat makam Nabi Seth a.s, Nabi Luqman a.s dan Khalifah Makmum. Kisah Nabi Seth a.s mungkin kita tidak begitu biasa tetapi Kisah Nabi Luqman a.s memang tertulis di Al Quran dalam sural al luqman yang mengajar bagaimana kita mendidik anak-anak. Dalam dunia akhir zaman ramai ibu bapa yang sudah tidak mengikut cara Nabi Luqman a.s mendidik kerana itulah kita gagal membina generasi yang baik untuk masa depan. Nabi Luqman a.s tinggal di Tarsus selama sepuluh tahun seblum berhijrah, kerana itu makam baginda dibuat sebagai tanda kenangan. Khalifah Makmum pula adalah anak kedua kepada Khalifah Harun Al Rashid yang telah memerintah Kerajaan Bani Abbasiyyah dari 813 sehingga 833 Masihi.
Tidak jauh dari lokasi makam Nabi Seth a.s terdapat bagunan yang menempatkan makam Nabi Daniel a.s. Pernah dengar ke sirah Nabi Daniel a.s? Nabi Daniel a.s diriwayatkan seorang Nabi yang membawa keberkatan di tempat yang baginda tinggal. Di akhir hayat baginda telah meninggalkan wasiat supaya jasadnya disimpan supaya dapat disempurnakan oleh umat Nabi Muhamad SAW. Jasad baginda telah disimpan di dalam bilik rahsia yang dikunci untuk mengelakkan dicuri oleh bangsa Yahudi yang percaya jika jasad tersebut dibawa ke tempat mereka maka akan membawa keberkatan. Seorang sahabat Nabi di bawah pemerintahan Khalifah Abu Bakar a.s telah terjumpa jenazah Nabi Daniel dan telah mengkebumikan di bawah tiang jambatan rom untuk mengelakan dicuri. Khabarnya dengan keberadaan jasad Nabi Daniel a.s di Tarsus, daerah ini tidak pernah kemarau dan terus subur sehingga sekarang. Selain itu kisah Nabi Daniel a.s dengan singa terus menjadi kenangan penduduk setempat sehinggalah kehari ini ramai yang memakai cincin berlambang singa.
Setelah menziarahi makam Nabi Seth a.s, Nabi Luqman a.s dan Nabi Daniel a.s kami di bawah jauh kependalaman di kaki Gunung Pion. Orang Turki yakin bahawa di kaki gunung ini terletaknya gua ashabul kahfi. Tujuh pemuda telah melarikan dari dari kezalima pemerintah Kerajaan Tarsus dan tidur selama 300 tahun di dalam gua tersebut. Sebelum ini aku pernah menziarahi gua ashabul khafi di Jordan memang ada perbezaan bentuk gua. Gua ashabul kahfi di Tarsus juga terletak disebelah masjid dan kubur lama dan guanya lebih kelihatan asli di dalam bumi. Perbezaan pendapat kisah ashabul kahfi sudah berlarutan sejak zaman Rasulullah SAW jadi yang pending bagi kita umat akhir zaman adalah belajar dan ambil pengajaran dari kisah bukan berdebat tentang perbezaan. Telah jelas dalam beberapa hadis meminta kita membaca surah Al Kahfi terutama pada hari Jumaat untuk mengelakkan fitnah Dajjal.
Selesai menziarahi gua ashabul kahfi dan solat maghrib – isyak di masjid ashabul kahfi kami bergerak ke bandar seterusnya iaitu Konya. Perjalan yang sangat jauh lebih lima jam memandu ditengah malam. Semua terlena keletihan melainkan pemandu. Kami sampai di Konya jam 1 am. Kami dihidangkan teh panas sebelum melelapkan mata.
Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Tarsus Kota Purba Menarik di Turki“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati
133 Comments
Walaupun Turki kini bergelar negara sekular namun Islam tetap menjadi agama majoriti penduduknya. Sedikit demi sedikit semakin terlihat perubahan berikutan kini ketua pemerintahnya kuat pegangan agama. Bukan mudah menjadi satu2 negara Islam di Eropah…pasti byk tekanannya. Semoga Islam terus mekar di Turki dan Eropah!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cintai Alam Semulajadi Dan Penciptanya
Teringin sangat nak belajar tentang sejarah negara Turki ni. Best sangat bila dapat tahu tentang sejarah silam. Kalau ada kesempatan, in shaa Allah akan menjejakkan kaki di sana jugak.
Banyak nih ilmu yang dapat dalam satu entri. Yang saya tahu tentang Turki hanyalah tentang negara sekular.
Kisah tentang jasad nabi Daniel as tu baru kini saya ketahui. Terima kasih dh. Bertuah bumi Tarsus kerana ada 3 nabi dimakamkan disini dan sememang cukup indah memukau sekali pemandangan kota Tarsus ini!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Kenapa Susahnya Jadi Wanita? Islam Tidak Adil!
Samalah kita Relaks Minda. Kalau banyak membaca kat blog tuan DH memang banyak jugalah input dan ilmu baru yang kita dapat. Kisah2 yang sebelum ni saya tak tahu saya manfaatkan sebaik mungkin. Berkongsi pula kisah ni dengan kawan2, mereka pun dapat ilmu baru.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Kelab Blogger Ben Ashaari: Selangkah ke Depan
bestnyer dapat tengok sendiri makan2 nabi2 yang terdapat di turki..terima kasih kongsi gambar dapat juga ana tatap
Curahan rasa adna2029 @ ..A young mother does the unexpected when protecting her daughter from the rain. Watch.
Alangkah seronok nya kalau kita sendiri berpeluang ke sana. Sebuah negara yaan oenuh dengan cerita tersendiri.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Kelab Blogger Ben Ashaari: Selangkah ke Depan
memang seronok..dapat mengembara negara orang…dapat lihat suasana..ya allah…teringinnyaaaaa
Curahan rasa zaza zehra @ ..Design Dan Tempahan Kad Bisnes Murah
Betul tu. Rasa macam nak terbang ke sana sekarang jgak. Teringin nak tatap dengan mata sendiri. Tersirat seribu satu kisah di sebaliknya.
beruntung dalam mempelajari ilmu sejarah yang ada di turki ni. kalau pergi ke turki mesti kena ambil masa yang lama untuk jelajah banyak tempat menarik.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Wordless Wednesday #120 | Tentang anda
Kalau pergi turki memang tak sah kalau tak pekena ais krim turki tu. Rasanya semua orang tahu betapa popularnya aiskrim turki yang susah nak dapat ni. Penuh dengan helah dan trick untuk sampai ke tangan kita kan..kreatif cara mereka jual ais krim.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Wordless Wednesday #120 | Tentang anda
Ye ye betul tu. Pernah dengar pasal aiskrim Turki yang unik ni. Tapi tak pernah lagi rasa satu hehe
Jauh juga perjalanan hari terakhir ni kan. Tapi kira rezeki bila dijamu dengan hidangan penuh satu meja tu. Memang terharu kalau dijamu sebegini kan.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Wordless Wednesday #120 | Tentang anda
seronok membaca artikel tentang pengalaman perjalanan macam ni.. membangkitkan semangat supaya dapat juga peluang macam ni.
Curahan rasa kizmyself @ ..Selamat Hari Malaysia
Menjadi penyuntik semangat kepada diri sendiri untuk berusaha supaya dapat juga diberi peluang seperti ini
rasa macam kita yang menjelajah ke sana.. hehe…kota tarsus memang lawa..
Curahan rasa zaza zehra @ ..Design Dan Tempahan Kad Bisnes Murah
Apa-apa pun one day kena sampai sini gak…
Ramai yg cakap psl kecantikan negara ni.. Takkan mau dengar je kan?
hahaha… kena usaha cari duit nak ke sana… banyak juga org share tentang turki…memang negara yang cantik..dan kena lawati nanti… 🙂
Curahan rasa zaza zehra @ ..Design Dan Tempahan Kad Bisnes Murah
Alhamdulillah dapat ilmu baru lagi berkaitan dengan kota purba ni..
cantik sangat tempat ni, bertuah sungguh tuan DH berpeluang untuk menziarahi makam para nabi.
seni bina dan tinggalan lama buatkan kota purba itu nampak menarik dan memang harus di kunjungi bila ke sana ..
Jauh berjalan luas pememandangan. Seronoknya dapat travel ke negara orang. Dapat kenal budaya dan cara hidup mereka. Apatah lagi berjalan ni negara yang menempatkan makam para nabi. Semoga saya pun berpeluang berziarah disini suatu hari nanti.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
Alhamdulillah Allah izin untuk melawat makam-makam nabi Nya.
Saya pasti akan melawat juga Gua Ashabul Kahfi di Tarsus dan Jordan
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Kelas Blog Dan SEO Oleh Firdaus Azizi Training & Consultancy
nampak sungguh indah dan tenteram je kat sana. Semoga saya dapat jejakan kaki ke sini suatu hari nanti
Curahan rasa amirnawawi @ ..AnCasa Royale : Hotel Pertama di Pekan Pahang Bertaraf 4 Bintang
Comments are closed.